بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, September 18, 2012

"Perang baru" terhadap Islam - Nasrallah


nasrallah
Pemimpin Hezbollah mahu protes baru diadakan secara berterusan sambil menyifatkan filem Innocense of Muslims "perang baru" ke atas Islam.

Bercakap kepada televisyen Hezbollah, al-Manar malam tadi, Hassan Nasrallah berkata, sedutan filem itu yang boleh diakses atas talian mencerminkan satu bentuk "perang" ke atas Islam dan Nabi Muhammad.

"Kita perlu menekankan kesedaran di kalangan Muslim dan Kristian bahawa tidak harus ada persengketaan di mana-mana negara atau di mana-mana tempat di dunia," kata Hassan.

Katanya, mereka yang mengeluarkan filem dan pihak yang menyokong mereka harus bertanggungjawab dan "dibawa ke muka pengadilan, dan dihukum dan dipulau."

"Dan, Amerika Syarikat berada di barisan depan mereka yang terlibat," kata beliau lagi.

Hassan berkata, masyarakat Islam telah menggesa Kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menyekat filem tersebut tetapi "pentadbiran AS tidak melakukan apa-apa."

"Alasan mereka yang sedia diketahui ialah kebebasan - kebebasan bersuara, nilai-nilai Amerika dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu katanya, perlu ada tindakan antarabangsa, dikuatkuasakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, untuk mendakwa mereka yang menghina Islam, Kristian dan juga agama orang Yahudi.

Sementara itu penerbit filem Innocence of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam, Nakoula Basseley Nakoula, 55, mengambil keputusan tidak kembali ke rumah, sebaliknya menghilangkan diri selepas disoal siasat Jabatan Syerif Los Angeles semalam, kata pegawai.

Nakoula disoal siasat pegawai penyiasat persekutuan kira-kira setengah jam di stesen sejurus selepas 12 tengah hari di bandar kediamannya di Cerritos, California. Selepas itu beliau dihantar dan ditinggalkan di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Nakoula sudah pergi dan kami tidak tahu dia ke mana. Dia ada memberitahu tidak akan kembali ke rumahnya, kata jurucakap jabatan itu, Steve Whitmore.

Pegawai penyiasat persekutuan dilaporkan menyiasat sama ada Nakoula, yang pernah disabitkan bersalah membabitkan jenayah kewangan, mengingkari tempoh percubaan lima tahun yang dikenakan ke atasnya. Jika sahih, hakim boleh memenjarakannya semula.

Nakoula menyerah diri di jabatan berkenaan dan datang dengan memakai kot, topi, skaf dan berkaca mata bagi melindungi identitinya yang sebenar. Rumahnya kini dipenuhi wartawan dan anggota media.

Whitmore berkata, Nakoula tidak digari dan pakaian dipakai adalah kehendaknya sendiri.

Jabatan perintah percubaan kini membuat penilaian kes Nakoula yang mengaku tidak akan menentang tuduhan penipuan bank pada 2010 dan diharamkan daripada menggunakan komputer, melayari internet atau menggunakan identiti palsu sebagai sebahagian daripada hukumannya.

Whitmore bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai soal siasat itu.

Pihak berkuasa persekutuan mengenal pasti Nakoula yang mengaku penganut Kristian Koptik, sebagai dalang penerbitan filem Innocence of Muslims yang mencemar Islam dan menghina Nabi Muhammad.

Kebanyakan penggambaran dijalankan di pejabat Media for Christ, sebuah pertubuhan bukan kerajaan beribu pejabat di Duarte di pinggir Los Angeles.

Seorang pegawai penguatkuasa berkata pihaknya mengaitkan Nakoula dengan lelaki menggunakan nama samaran Sam Bacile yang pada awalnya mendakwa sebagai penulis skrip dan pengarah filem berkenaan.

Tunjuk perasaan bertukar ganas membantah filem itu di Libya, menyebabkan duta Amerika ke negara itu Chris Stevens dan tiga pegawai Amerika, terbunuh.-17/9/2012

Sumber:agendadaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...