بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, September 24, 2012

Pemimpin dunia wajar kutuk filem anti-Islam, karikatur hina Nabi Muhammad


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata filem anti-Islam 'Innocence of Muslims' dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo, merupakan penghinaan kepada umat Islam dan wajar dikutuk oleh pemimpin-pemimpin di seluruh dunia.
Beliau berkata penghasilan filem dan karikatur itu adalah perkara yang tidak berfaedah dan telah menyinggung perasaan mereka yang berpegang kepada agama Islam.
"Charlie Hebdo mungkin tidak melanggar undang-undang Perancis dalam mencetak karikatur itu, namun kita pertikaikan etikanya dalam membuat sesuatu keputusan," katanya dalam entri terbaru Blog 1Malaysia.
Najib berkata penghasilan video filem itu pula menimbulkan provokasi lebih-lebih lagi pada masa kini yang keadaannya telah sedia genting.
Sehubungan itu, Najib menyeru umat Islam supaya terus bertindak secara aman dan bukannya berpaling kepada keganasan untuk menunjuk perasaan.
"Kini, kita seharusnya meningkatkan lagi penghormatan, toleransi dan persefahaman antara satu sama lain agar kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
"Oleh kerana inilah kita di Malaysia telah menjemput negara-negara lain tidak mengira bangsa dan agama untuk menyertai kita dalam perlaksanaan 'Global Movement of the Moderates' (Pergerakan Kesederhanaan Global)," katanya.
Filem 'Innocence of Muslims' itu, yang diarah Sam Bacile dari California, Amerika Syarikat, juga mendapat kecaman di seluruh dunia.- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...