بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Disember 21, 2010

Cabar UMNO perjuang resolusi PERKASA

KUALA LUMPUR- Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara Malaysia (PERKASA) sebagai salah satu agenda dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO.


Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menggesa UMNO berbuat demikian memandangkan UMNO politik pertubuhan Melayu yang menjadi tulang belakang Kerajaan Persekutuan.


"Kita mencabar ahli-ahli dan perwakilan UMNO untuk memberi perhatian dan prihatin kepada 10 perkara dalam resolusi ini, kerana ia adalah luahan kaum pribumi demi kepentingan dan kesinambungan generasi Melayu dan pribumi sebagai majoriti asal yang sah menurut sejarah dan Perlembagaan." katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam.


Menurutnya, PERKASA juga akan memantau perjalnan Perhimpunan Agung UMNO melihat sejauh mana keprihatinan dan keseriusan merekamenangani isu kaum pribumi.


"Kita tidak mahu perkara ini hanya menjadi retorik semata-mata. Kalau dijadikan retorik, mereka hanya mendapat faedah jangka masa pendek sahaja," katanya.


Kelmarin, kira-kira 1,500 perwakilan dari pada 66 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan bermuafakat mengatakan pendirian bersama dalam resolusi pengistiharan Persidangan Kemuncak Pribumi Negara yang mengandungi 10 perkara.


Antara isi terkandung sesolusi tersebut ialag mempertahankan kenyataan khas Majlis Raja-Raja Melayu, berkaitan hak keistimewaan pribumi dan bangsa Melayu, menolak sebarang provokasi mana-mana pihak bagi maksud penyamarataan dan lain-lain.

Sinar Harian 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...