بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Disember 24, 2010

PRK TENANG - TOK HIM DAKWA BN AKAN KALAH??

Alhamdulillah, setelah selepas menjalani rawatan susulan, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kini kembali mewarnai politik tanah air. Beliau yang baru berlepas ke Kelantan semalam telah mengulas mengenai PRK DUN Tenang yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tok Him di dalam kenyataanya menggambarkan bahawa DUN Tenang merupakan satu ujian sebenar BN jika dibandingkan dengan PRK Batu Sapi dan Galas. Kemenangan PRK sebelum ini hanya merupakan kemenangan moral buat BN bukan menunjukkan kekuatan BN yang sebenar. DUN Tenang dakwanya sebagai petunjuk sebenar samada kekuatan politik tanah air terletak pada BN ataupun Pakatan Pembangkang.

Ketika diminta mengulas mengenai sejauh mana Pakatan mampu memerintah Negara, beliau secara peribadi lebih rela BN sebagai tunggak Negara kerana Pakatan katanya sememangnya meletakkan misi mengubah perlembagaan Negara secara halus tanpa disedari mana2 pihak. DAP dan PKR sebagai tunggak gabungan tersebut akan melakukan apa sahaja termasuklah menghapuskan Melayu dan Islam di dalam perlembagaan demi mencapai misi menakluk Malaysia.

Melayu CinDia mengucapkan selamat berjuang buat Tok Him di dalam Perkasa. Ramai di kalangan ahli politik amat rindukan Tok Him.


Post by... Melayu CinDia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...