بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Disember 24, 2010

MAHATHIR HINA KONSEP 1MALAYSIA !!

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang sebelum ini menolak sebarang soalan berkaitan Gagasan 1Malaysia hari ini membuat kenyataan tersebut secara mengejut.

Ada beberapa sumber yang boleh dipercayai, Tun M telah menghina konsep 1Malaysia. 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibentuk bagi mengembalikan perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia. Berikut merupakan komen Tun M mengenai konsep 1Malaysia.

Sumber2 tersebut sebenarnya datang dari Pembangkang yang cuba melaga2kan Tun M dengan kepimpinan sedia ada. Tun M hari ini mengisytiharkan menyokong konsep 1Malaysia yang dilihat satu konsep yang dinamik buat rakyat Malaysia.

Tun M juga memuji pendekatan Datuk Seri Najib yang dilihat berjaya menerangkan kepada rakyat mengenai konsep ini. 1Malaysia katanya adalah kesinambungan dari Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Presiden UMNO ini dan pada masa itu, ianya merupakan 1 tempoh percubaan ke arah perpaduan rakyat Malaysia.
Kini 1Malaysia menyahut seruan Wawasan 2020 dan kata beliau jika ianya berjaya, tidak mustahil Malaysia akan mencapai sebuah Negara Maju pada tahun 2020.

Tun M kini secara terbuka menyokong gagasan 1Malaysia. Akan tetapi, kita tidak boleh selesa dan mengambil enteng terhadap konsep ini. Penerangan mengenai konsep ini mesti dirancakkan agar ianya tidak menjadi satu liabiliti terhadap rakyat.

Semua pihak termasuklah UMNO mesti terus bekerja keras dalam memastikan perpaduan kaum terus diperkuat. Jangan biarkan mana2 pihak menggunakan konsep ini demi kepentingan satu2 bangsa sahaja kerana ianya adalah sebuah gagasan kesemua kaum berlandaskan prinsip Perlembagaan Negara kita.

by Gelombang Rakyat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...