بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Mac 23, 2011

Nik Aziz diingatkan jangan langgar batas agama kerana politik

KOTA BHARU 21 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak melanggar batasan agama semata-mata untuk meraih kepentingan politik.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin itu perlu sedar bahawa banyak tindakan dan komen pemimpin Pas itu sejak kebelakangan ini adalah melampau.
Tegas beliau, kenyataan Nik Abdul Aziz baru-baru ini bahawa beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai Melayu menyinggung perasaan kaum itu, malah dalam soal politik beliau juga banyak memperalatkan agama.

“Amat malang nasibnya dia tak minta dilahirkan sebagai Melayu tetapi terpaksa jadi Melayu kerana mak ayahnya adalah Melayu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ibrahim menjelaskan, kaum Melayu wujud sejak sekian lama termasuk semasa kemunculan tamadun Temasik, Pasai, Majapahit dan Salendra.
Katanya, ini membuktikan kaum Melayu telah wujud sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar 1402 masihi, justeru kewujudannya mesti dipertahankan.
“Saya berpendapat Melayu dahulu atau Malaysia dahulu tidak berapa penting, hakikatnya Malaysia hanya wujud selepas 16 September 1963, Persekutuan Tanah Melayu sejak 1948 dan kita merdeka pada 1957, tetapi bangsa Melayu itu sudah lama wujud.
“Melayu adalah penduduk asal Nusantara, malah perkataan Melayu itu sendiri berasal dari Sungai Melayo di Palembang, Sumatera,” jelas Ibrahim.
Beliau sekali lagi mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah bahawa Pas adalah parti Islam kerana ia sebenarnya tidak lebih daripada parti politik semata-mata.
“Pas bukan Islam tapi parti politik. Siapa kata tolak Pas maka murtad kerana Islam di sisi Allah adalah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, jadi tidak bermakna kita tolak Pas maka tolak Islam,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...