بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Mac 21, 2011

Suara PERKASA kini kembali

Syed Hassan sedang meneliti keluaran terbaru
Suara Perkasa yang sedia untuk di edarkan.

KUALA LUMPUR 20 Mac – Suara PERKASA dengan Wajah baru kini telah berada di pasaran dengan pelbagai perubahan dan penambahbaikan bagi memenuhi selera para pembaca akhbar itu terutamanya didalam meyampaikan suara orang orang Melayu dan Pribumi.
Akbar yang terbit setiap dua kali seminggu itu mengalami perubahan selepas melalui proses ‘rebranding’ dan penyusunan semula warga kerja di Media PERKASA Sdn.Bhd. yang beribu pejabat di Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur.
Mengikut kata Ketua Pengarangnya yang baru Sdr. Syed Hassan Syed Ali, Antara perubahan ia lah dengan memperbanyakkan penyiaran aktiviti sama ada dari PERKASA Pusat mahupun PERKASA Negeri dan juga isu isu semasa yang melibatkan orang Melayu dan Pribumi.

Beliau juga berharap agar Suara Perkasa akan menjadi medium alternatif selain akhbar akhbar yang sudah sedia berada dipasaran bagi menyampaikan maklumat serta suara orang Melayu dan Pribumi.
Suara Perkasa sekarang ini boleh di dapati di kedai kedai majalah berhampiran dengan harga Rm1.00 sahaja sekiranya para pelanggan sukar untuk mendapatkan Akhbar Suara Perkasa sila maklumkan kepada Pejabat Media Perkasa Sdn.Bhd. atau boleh terus berhubung dengan Sdr Syed Hassan Syed Ali di talian 014 921 8508.
“Sokonglah Suara Perkasa Akhbar berbahasa Melayu yang khusus menyuarakan suara untuk orang Melayu dan Pribumi. Dapatkan di kedai kedai berhampiran. Maklumkan kepada kami jika tiada Suara Perkasa di tempat anda”. kata Syed Hassan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...