بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Mac 25, 2011

Perkasa tiada kena mengena dengan isu video sex


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan tindakan trio ‘Datuk T’ yang mendedahkan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin utama parti pembangkang. Walaubagaimanapun menidakkan Pertubuhan itu (Perkasa) terbabit dengan isu tersebut walaupun Bendahari Agung Dato Shuib Lazim dikatakan terlibat dengan kumpulan yang bergelar “Dato T”
Setiausaha Agung Perkasa Sdr Syed Hassan berkata, pertubuhan itu mahu mana-mana pihak terlibat agar tidak menyebarkan klip video seks berkenaan.
Beliau juga mengatakan, agar sebuah suruhanjaya diraja yang bebas ditubuhkan secepat bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut dan suruhanjaya berkenaan mestilah diangggotai pakar-pakar yang tiada kepentingan politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Jangan dilantik panel-panel dari parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebab nanti dalam menilai video itu ada yang kata betul ada yang kata palsu.
“Lantik mereka yang bebas termasuk pakar-pakar dari luar negara atau pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.
Syed Hassan juga menegaskan bahawa pertubuhan itu tiada kena mengena dengan pendedahan video seks berkenaan walaupun pemimpin kanan mereka terlibat.
“Kami pun terkejut apabila mengetahui beliau salah seorang ‘Dato T’ tetapi beliau telah menjelaskan bahawa penglibatannya atas nama individu yang tiada kaitan langsung dengan Perkasa,” jelasnya.
Sementara Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah pula berkata, pihaknya bersetuju dengan pendedahan yang dilakukan itu bagi membuktikan wajah sebenar mereka yang didakwa terlibat atas nama kebenaran.
“Pihak yang mendedahkan kurang dosanya dari yang melakukan zina dalam video itu,” katanya siang tadi di pejabat Perkasa Kuala Lumpur.
Hadir sama Penolong Setiausaha Agung Sdr, Norlizaizul Ismail dan Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Sdr Zanuddin Salleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...