بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Mac 22, 2011

Siapa lebih bermaruah? Anwar atau Soi Lek?

Hari ini dunia politik Malaysia digemparkan dengan isu video seks yang dikatakan telah di”lakon”kan oleh seorang pemimpin tertinggi pembangkang. Menurut “Datuk T” yang mendakwa lelaki yang melakukan perlakuan seks bersama seorang wanita Cina yang dipercayai pelacur itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut ceritanya, video seks tersebut telah dipertontonkan kepada beberapa pihak media bermula jam 9.00 pagi tadi, oleh seseorang bertempat di Hotel Seri Carcosa Negara.
Meskipun berita ini dinafikan oleh beberapa pemimpin PKR yang sememangnya “suka membodek” Anwar seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Nik Nazmi, blogger kontroversi “belaan” Husam Musa, Kickdefella, jelas mempercayai bahawa lelaki di dalam video tersebut ialah Anwar. Selalunya, Kickdefella sangat arif tentang kisah “gelap” pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ini.
Penulis masih ingat lagi ketika mana video skandal seks Presiden MCA, Chua Soi Lek, tersebar luas di kalangan umum. Dengan rasa penuh tanggungjawab dan berani, Soi Lek mengaku bahawa “lelaki C” itu ialah dirinya sendiri. Soi Lek tanpa disuruh atau dipaksa mana-mana pihak telah bertindak meletak jawatan sebagai Menteri dan semua jawatan yang disandang di dalam parti.
Penulis mengutuk tabiat Soi Lek yang merupakan salah seorang pemimpin BN kerana terlibat dengan perilaku tidak bermoral. Biarpun begitu, pada masyarakat Cina, tabiat menyimpan “mistress” adalah sesuatu yang biasa. Dan kerana keberanian dan sifat rendah diri Soi Lek itu, masyarakat Cina menobatkannya sebagai Presiden MCA (meskipun penulis tetap mengakui dia mungkin menjadi liabiliti pada BN).
Biar apa pun, penulis mengakui bahawa Soi Lek adalah seorang yang “GENTLEMAN” apabila mengakui kesilapan dan kerendahan moralnya. Malah, tindakannya meletak jawatan adalah sesuatu yang sangat tepat dan sukar dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang berjawatan Menteri.
Berbeza dengan Anwar, meskipun dia telah disahkan dan dibuktikan oleh mahkamah sebagai terlibat di dalam aktiviti liwat, dia tetap tidak mengaku! Pada insiden ini, kita dapat lihat bahawa Soi Lek lebih bermaruah berbanding Anwar. Seorang kafir zimmi seperti Soi Lek begitu berani mengakui kesilapannya, namun Anwar begitu “pondan” untuk mengakui kerendahan moralnya.
Kini, video yang dikatakan memaparkan adegan ranjang Anwar bersama seorang pelacur Cina sudah berada di “pasaran” Datuk T. Mahukah Anwar mengakui kesilapan dan kerendahan moralnya dihadapan semua rakyat Malaysia? Penulis menyangkal keberanian Anwar untuk bertindak seperti Soi Lek. Dia tak punya “telur”!
Anwar takkan berani mengaku dirinya di dalam video tersebut meskipun muka dan tubuh badannya terpapar di dalam adegan tidak senonoh tersebut. Sedangkan liwatnya yang mempamerkan semua bukti menunjukkan dia bersalah pun dia tidak mengaku bersalah, apatah lagi mahu mengakui kebenaran video tersebut.
Sesungguhnya Anwar adalah seorang yang tidak akan sekali-kali mengakui kesalahannya meskipun dibawa bukti dan ditunjukkan di depan matanya. Mungkin sudah sifat “pemimpin Anugerah Tuhan”, segalanya “maksum” pada dirinya. Mungkin sebab itulah dia tidak mahu menyerahkan DNAnya, malah meminta pula orang tidak ada kena mengena untuk menyerahkan DNA! Itu pun ada lagi penyokong yang begitu bodoh menyokongnya.
Ini adalah alasan terkini Anwar mengenai skandal video seksnya…
“Walaupun memiliki wajah yang hampir seiras, beliau difahamkan oleh wartawan yang melihat klip berkenaan, pelaku tersebut mempunyai perut yang lebih buncit daripada dirinya.”
Boleh terimakah alasan begitu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...