بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Ogos 07, 2011

ADAKAH PERLU DIBIARKAN ??? GEREJA DAN GERAKAN BAWAH TANAH

Assalamualaikum sahabat pembaca sekelian, semoga tenang pada ramadan ke 6 hari ini, jika ada gundah gulana bebawak lah beriftifar….
Astafirullah al azim…
Baik sahabat sekelian…. saperti mana sahabat sekian tahu dan paham dengan gerakan mengkristiankan orang Melayu dan negara malaysia.
Isu mengkristiankan orang Islam dan sembunyi sembunyi menjalankan dakwah kristian “gerakan bawah” kini kembali semula setelah beberapa siri yang lalu kelihatan sudah saperti di lupakan.


Sebelum ini kita di kejutkan dengan gerakan dakwah kristian yang mencari ‘ahli’ baru melalui berita atau kabar dari sumber yang kurang jelas kerana tidak disertakan dengan bukti untuk memudahkan ianya di percayai. Kini melalui media maya yang semakin berani tanpa berselindong dan kawalan aditor maka bahan berita semakin mencabar dan seronok untuk di baca.

Kini mereka semakin berani dengan menonjolkan diri di khalayak ramai melalui nama nama pertubuhan NGO malahan berani mendedahkan dengan menguna gereja sendiri untuk menjalankan dakwah mereka kepada orang Islam.
Isunya ialah mengapa pada orang Islam? mengapa tidak pada agama selainnya saperti Hindu mahupun Buddish?
Jawapannya mungkin sahabat sudah boleh meneka ia ini kerana kewangan , budaya dan pengaruh kehidupan serta tidak kurang juga kerana lemahnya jiwa didalam didikkan beragama. Jika di lihat kebanyakan mereka menyertainya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.
Mungkin juga Pendakwah Kristian ini melihat Umat Islam perlu dibantu dari segi kewangan kerana didalam Islam ada rukun wajib berzakat, kemudiannya wang zakat ini akan di agihkan kepada fakir mengikut hasnafnya. Walaupun bantuan zakat ini ada tetapi fakir ini tetap juga fakir untuk tahun tahun berikutnya dan sentiasa didalam kedaifan sedang kutipan zakat sahingga hari ini sudah boleh di kira mencecah berbilion ringgit. Maka fakir ini lah yang akan menjadi mangsa dakwah mereka dengan sedikit bantuan kewangan.
Pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.
“Amat sukar kami yang Islam keluar dari kumpulan ini kerana mendapat bantuan lebih daripada mencukupi dan berterusan. Siapa yang tidak mahukan wang,kalau pihak berwajib seperti jabatan agama dan kebajikan masyarakat tidak terlalu banyak birokrasi mungkin ia boleh dibendung”. ini pengakuan mereka.
Begitu pula kepada mereka yang jiwanya kosong dari pengisian agama Islam, memikirkan keseronokkan dan sangat suka kepada kebendaan dunia maka pendawah kristian mengunakan hiburan untuk mempengaruhi mereka, lihat sahaja lah gelagat mereka ini di kelab kelab malam aksi orang ‘Melayu’ lebih hebat dari pembawa budaya hiburan ini.
“Kami diberikan kitab Bible versi bahasa Melayu dan turut dibekalkan pita rakaman kecil mengandungi nyanyian keagamaan supaya dapat menghafal sebelum didedahkan dengan ceramah yang kandungannya lebih menolak Islam dan Nabi Muhamad SAW”. satu lagi pengakuan dari mereka yang di temu bual.
Seramai 12 orang beragama Islam di tangkap penguatkuasaan Jais dan polis ketika menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya.
Baik…. Bagaimana pula dengan gerakan yang ingin menjadikan negara Malaysia ini yang agama rasminya Islam menjadi sebuah negara yang agama rasminya Kritian?.
Mungkin ada para sahabat yang tidak mempercayai akan ujud nya gerakan untuk mengkristiankan Negara Malaysia ini.
Pernah beberapa bulan yang lepas beberapa penulis blog telah membongkar akan keujudan gerakkan untuk mengkritiankan Malaysia ini dan seterusnya akhbar Utusan sendiri telah mendedahkannya, Wlaupun ada ura ura untuk menyaman akhbar tersebut tetapi sahingga kini tida kedengan saman tersebut, alih alih timbul seorang hamba Allah yang membuat laporan polis dengan mengatakan apa yang di dedahkan itu ada kebenarannya.
Beliau berani mendedahkan perkara itu kerana beliau sendiri berada didalam majlis tersebut.
Walaupun penganjur menafikan adanya gerakan untuk mengkristiankan Malaysia dan bermaufakat untuk melahirkan Perdana Menteri Malaysia satu masa nanti dari kalangan penganut agama Kristian.
Walaupun ada ura ura untuk menyaman pengeluar berita tersebut tetapi sahingga kini tidak berlaku mungkin kerana penganjur telah sedar bahawa gerakan mereka sudah terhidu.
Soalannya sejauh manakah perkara ini telah di siasat atau sekadar ‘sedang disiasat’ oleh pihak berwajib?.
Atau demi kepentingan politik maka isu mengkristiankan orang Melayu dan Malaysia ini tidak dilihat penting kerana didalam perlembagaan membolehkan semua rakyatnya bebas beragama dan kebebasan beragama ini lah yang di guna pakai oleh pengamal undang undang dan pendakwah Kristian untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan bantuan dan campor tangan orang orang berkepentingan politik.
Merujuk Perlembagaan Persekutuan Artikel 11 (4) Undang-Undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Undang-Undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat perkembangan apa-apa doktin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.
Jadi kepada para sahabat pembaca perhatikanlah jiran jiran dan tetangga serta sanak saudara juga sahabat handai kita agar jangan lah ada dikalangan mereka ini terlibat dalam gejala mengkristian diri sendiri dan keluarga. Jika kerajaan dan pihak berwajib tidak menjalankan tugas mereka maka diri kita sendiri lah perlu berjihad ke jalan Allah menghalang gerakan halus pendakwah Kristian ini.
Orait sahabat sampai disini dahulu..insyaALlah berjumpa lagi di lain masa… Assalamualaikum
Selamat berpuasa ramadan… semoga ibadah kita kali ini lebih baik dari tahun tahun yang telah berlalu..
Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...