بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Ogos 08, 2011

SYABAS JAIS JANGAN GENTAR DAN TERUSKAN



Perkasa 05 Ogos 2011: Perkasa mengesa semua pihak supya tidak perlu tuduh menuduh dan melenting kerana kepentingan politik.
Menurut Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali melalui kenyataan medianya hari ini yang merujuk kepada kes berita serbuan JAIS serbu majlis Gereja Methodist di Damansara pada 4 Ogos yang baru lalu.
Beliau berkata isu ini wajar di beri peluang kepada pihak JAIS untuk menyediakan lapuran lengkap dan keputusan tindakan JAIS perlulah di hurmati kerana JAIS mempunyai tangung jawab yang telah di amanahkan mengikut undang undang.



Jangan menjadi saperti cerita di Pulau Pinang sebelum ini,bila terdedah,macam macam penafian serta kecaman terhadap akhbar Utusan,tapi bila akhirnya kebenaran terbukti bila seorang Ahli DAP,bernama Razali yang turut hadzir membuat lapuran polis dan mendedah kebenaran apa yg berlaku.
Pada 4 Ogos lalu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis menyerbu satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.
Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam.
Ho juga berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.
“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia,” kata Ho.
Dato Ibrahim Ali seterusnya berkata “majlis atas nama program kebajikan wajar di pantau kerana di sebalik program tersebut,ada ajenda halus untuk mengabui umat melayu Islam yang daif melalui berbagai bantuan”.
Gerakkan aktiviti seumpama ini sudah lama di jalankan.Walaupun di Malaysia ada kebebesan beragama,Tetapi sebarang bentuk kegiatan keagamaan oleh lain lain agama yang melibatkan umat Islam,mesti berhati hati,apatah lagi majlis yang di buat dalam gereja atau kuil.
Sementaran itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dalam satu kenyataannya yang mengecam tindakan Dr Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor yang mempertahankan tindakan JAIS berkata “Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Najib Razak ( Dato Seri) menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?”.
Ibrahim Ali mengingatkan “Ini kerana Islam agama resmi persekutuan dan pihak penganut agama lain tidak boleh cuba mendakwah orang Islam memeluki agama mereka,kerana ianya salah d sisi undang undang.
“Jangan guna alasan kebebasan beragama untuk melakukan kegiatan kegiatan keagamaan terhadap umat Islam dengan mengunakan progran bantuan kemiskinan.Ianya boleh di buat cara lain saperti menyumbang kepada institusi yang sah.
Beliau juga memberi harapan kepada JAIS supaya jangan gentar menjalankan tugas kerana Allah berserta dengan orang yang benar. mengakhiri kenyataan media nya sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...