بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Ogos 11, 2011

PERKASA SOKONG PEMUDA PAS

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan terus menyokong pendirian Nasrudin Hassan Tantawi dalam usaha memastikan akidah umat Islam di negara ini tidak terpesong walaupun Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu bakal dikecam oleh sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
“Bulu roma saya berdiri tegak apabila membaca kenyataan Nasrudin yg menegaskan pihaknya akan mempertahankan akidah umat Islam sekalipun dengan darah dan nyawa” Kata Dato Ibrahim Ali melalui kenyataan medianya.

“Saya tunggu nak tengok apa reaksi DAP dan parti politik lain termasuk golongan liberal apabila Nasrudin menyebut darah dan nyawa”.
“Apakah DAP dan MCA atau ada individu terpencil akan buat laporan polis? Roh saya bersama Nasrudin,” kata Presiden Perkasa menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) yang di keluarkan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai sokongan atas keberanian Nasrudin yang secara terbuka menyatakan pendirian terhadap JAIS dan Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berhubung serbuan terhadap sebuah gereja di Seksyen 13, Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Pada Selasa, Nasrudin menyatakan pendirian bahawa pemuda PAS Pusat menyokong usaha JAIS dan Dr Hasan mencegah gejala murtad dan memastikan akidah umat Islam sentiasa terpelihara.
Dalam pada itu, Ibrahim mencabar Nasrudin supaya lebih berani menegur secara khusus pemimpin pembangkang termasuk dari DAP dan pemimpin partinya sendiri berhubung isu mempertahankan akidah umah Islam.
“Nasrudin perlu berani menyatakan pendirian tegas walaupun terhadap sekutu mereka dalam pakatan pembangkang yang didakwa mencabar kesucian Islam”.
“Nasrudin jangan berkokok saja. Apa pendirian Pemuda PAS bila pihak DAP terus mencabar Islam. Kenapa membisu sebelum ini? Ahli Parlimen Bruas DAP, Ngeh (Koo Ham) juga kecam JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).
“Maka Nasrudin perlu tuju kenyataannya secara spesifik kepada pihak-pihak berkenaan termasuk pemimpin PAS sendiri,” tegasnya.
Dato Ibrahim Ali pernah di kecam hebat dan menerima pelbagai ugutan bila beliau mengeluarkan kenyataan untuk berjihat fisabilillah bersangkutan dengan isu gerakan untuk manjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia dan Perdana Menteri dari kalangan penganut agama Kristian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...