بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Februari 13, 2012

Cerita Wanita Bertudung Di Sebalik Isu Mohamad Najeeb A. Kashgari, Warga Arab Saudi Yang Hina Rasulullah..



Isu Mohamad Najeeb A. Kashgari, warga Arab Saudi yang menghina Rasulullah saw di dalam twitter beliau telah selesai apabila beliau dihantar balik ke Arab Saudi daripada KLIA.

Seperti biasa, terdapat pihak-pihak yang cuba mempertahankan lelaki tersebut di atas nama hak asasi dan prinsip kebebasan. Dan mereka adalah bukan Islam yang tidak tahu menahu dengan ajaran Islam.

Tetapi terdapat satu gambar yang tidak sepatutnya berada di dalam isu menghina Rasulullah saw. Beliau seorang Islam bernama Fadiah Nadwa Fitri, orang kuat PKR!




Seperti yang kita semua sedia maklum, laporan berita MalaysiaKini penuh dengan putar belit dan bohongnya. 

Maka apabila MiM membaca laporan di atas, apakah benar wanita bertudung tersebut salah seorang daripada aktivis hak asasi yang bergegas ke Subang (walau pun mereka tahu lelaki warganegar itu di tahan diKLIA!) dan kemudiannya ke KLIA kononnya mahu 'menyelamatkan penghina Rasulullah itu?

Atau MalaysiaKini hanya sekadar rujuk twitter wanita bertudung bernama Fadiah Nadwa Fitri sahaja?

Wanita bertudung itu disarankan supaya tampil ke depan dan menjawab soalan ini dengan kadar segera! Ianya kerana melibatkan sama ada manipulasi berita MalaysiaKini atau seorang Muslim yang menyokong orang yang menghina Nabi beliau sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...