بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 17, 2012

Ribuan sokong tuntutan tahanan Palestin



BAITULMAKDIS: Seorang tahanan Palestin yang menjalani mogok lapar selama 60 hari telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Israel, kelmarin, terhadap penahanannya yang dilakukan tanpa pendakwaan, sedang ribuan penduduk Palestin berhimpun di jalanan bagi menyokongnya.

Seorang peguam, Encik Jawad Bulus, berkata beliau telah menyerahkan rayuan kepada Mahkamah Agung agar membatalkan perintah penahanan itu memandangkan keadaan kesihatan kliennya, Encik Khader Adnan, yang semakin meruncing.

Encik Adnan, seorang pembuat roti berusia 34 tahun dari bandar Jenin, telah ditahan Israel tanpa sebarang dakwaan sejak 17 Disember lalu di bawah satu prosedur perintah tahanan.

Beliau mula enggan makan selepas penahanannya dan kini dikatakan hampir tidak bernyawa.

'Kami telah memfailkan satu rayuan pagi ini (kelmarin) dan meminta satu perbicaraan segera di mahkamah itu kerana keadaannya yang serius,' kata Encik Bulus kepada agensi berita AFP. 'Kami sedang menantikan jawapan,' ujarnya.

Rayuan itu difailkan dua hari selapas sebuah mahkamah tentera Israel menolak rayuan awal Encik Adnan agar membatalkan penahanannya yang selama empat bulan itu.

Encik Bulus, yang melawat Encik Adnan Selasa lalu di hospital tempat beliau telah ditahan di utara Israel, berkata kliennya telah digari ke katilnya 'dalam keadaan tidak berperikemanusiaan'.

Kelmarin, isteri Encik Adnan yang melawatnya buat kali pertama bersama bapanya dan dua anak perempuan pasangan itu memberitahu AFP beliau 'amat bimbang' dengan keadaan suaminya itu.

Encik Adnan, yang kelihatan lemah itu bagaimanapun menunjukkan semangat yang baik dan 'tidak akan menamatkan mogok laparnya tanpa mengajukan perjuangannya', kata beliau. -- AFP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...