بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Februari 15, 2012

'Usah terpukau sandiwara Nik Aziz'


Image Detail

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menganggap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respons terbuka mengenai kenyataannya di akhbar Wall Street Journal sebagai satu sandiwara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya memandang serius desakan dilakukan Nik Aziz yang meminta Anwar menarik balik kenyataan sokongannya terhadap keselamatan Israel atau menyaman akhbar berkenaan.


“Kenyataan Nik Aziz mungkin satu sandiwara yang cuba nak membersihkan Pas daripada bersekongkol dengan Anwar yang jelas berpegang teguh kepada sokongan politik Amerika dalam konteks kedudukan negara Palestin.

“Bila Nik Aziz gesa Anwar tarik balik atau saman Wall Street Journal, ia seolah-olah percubaan untuk kelirukan masyarakat. Mereka mungkin tersedar selepas kenyataan Anwar mendapat kecaman bertubi-tubi dari dalam dan luar negara,” katanya dalam sidang media di ibu pejabatnya, semalam.

Beliau mendakwa, Pas terpaksa menyokong kenyataan Nik Aziz selepas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa menyokong Israel adalah haram.

“Perkasa mahu tegaskan bahawa rakyat jangan keliru kerana jika Anwar ambil pendirian tarik balik kenyataan atau saman Wall Street Journal, saya tidak yakin bahawa itu lahir dari hatinya dan sikapnya tidak akan mengubah pendirian. 

“Maknanya, mengambil tindakan saman atau menarik balik kenyataan tidak bererti dia menolak pendirian dia selama ini. Dia hipokrit, hari ini boleh tegak pengakuan macam ni, esok boleh tarik balik, lusa boleh tukar hanya sekadar untuk kelirukan orang ramai,” katanya.

Ibrahim turut mempertikaikan mengapa Nik Aziz tidak mendesak Anwar menyaman individu seperti Ummi Hafilda Ali, Ezam Mohd Noor atau Datuk S Nalakaruppan yang didakwa membuat pelbagai tuduhan terhadapnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...