بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Oktober 31, 2012

BN boleh namakan dulu calon di kawasan kalah...


Ura-ura Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon lebih awal sebelum pilihan raya umum (PRU ke 13 sudah kedengaran sejak tahun lalu – ketika banyak pihak menjangka ibu segala pilihan raya itu diadakan pada Nov 2011.

Bagaimanapun, apabila jangkaan itu meleset, timbul cerita kononnya jika BN berbuat demikian, ianya akan menimbulkan banyak masalah dan idea itu tenggelam timbul disebalik pro dan kontra jika dilaksanakan.

Pemimpin tertinggi BN nampaknya masih meneliti idea itu berdasarkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, beberapa hari lalu bahawa BN kemungkinan mengumumkan senarai calon PRU ke 13 lebih awal.

Katanya, parti itu mungkin melakukan perubahan pada pilihan raya kali ini kerana ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukkannya.

Cuma keputusan itu katanya, terletak kepada Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setakat ini, ramai pemimpin komponen bersetuju dengan cadangan itu.

Agendadaily difahamkan, bahawa cadangan mengumumkan calon lebih awal memang ada dibincangkan tetapi belum ada keputusan mengenainya kerana memikirkan ianya mungkin memberi banyak kesan.

Bagaimanapun, cadangan menamakan calon-calon BN lebih awal satu langkah terbaik selaras transformasi politik yang diuar-uarkan Najib.

Dalam kenyataannya Tengku Adnan tidak menyatakan sama ada pengumuman calon-calon itu membabitkan ke semua 222 kerusi Parlimen yang akan ditandingi BN atau hanya sebahagiannya dahulu.

Jika enggan menamakan semuanya serentak, BN menamakan calon lebih awal di kawasan calon-calon Parlimen BN kalah dalam pilihan raya umum 2008.

Sekurang-kurangnya, BN boleh menamakan 80 calon lebih awal kerana tidak rugi berbuat demikian di kerusi yang sudah kalah sebelum ini.

Calon yang hendak dinamakan boleh sahaja muka baru atau calon lalu yang tewas dengan undi kecil kepada calon pembangkang.

Tetapi calon yang sudah berusia dan tewas dengan undi besar boleh diketepikan dan digantikan dengan calon baru.

Idea ini jika dilaksanakan memberi lebih banyak kesan baik seperti dikatakan Tengku Adnan.

Antara kebaikannya, calon yang diumumkan lebih awal di kawasan BN kalah, sudah boleh melakukan kerja-kerja ‘turun padang’ bertemu pengundi untuk mendengar masalah mereka.

Calon juga boleh mengenali jentera pilihanraya di pusat daerah mengundi (PDM) sekaligus mewujudkan momentum dan semangat mereka yang sudah lama tertunggu-tunggu tarikh pilihan raya untuk melaksanakan tugas masing-masing.

Ini juga bermakna calon tersebut mempunyai lebih banyak masa untuk bertemu pengundi dan mengenali jentera pilihan raya berbanding tempoh berkempen antara 10 hingga 14 hari sebelum ini.

Kaedah ini juga membolehkan parti komponen berdepan kemungkinan perbuatan sabotaj oleh mereka yang tidak dicalonkan termasuk jentera pilihan raya.

Sekurang-kurangnya BN boleh mengatasi mereka ini begitu juga dengan calon tersebut jika mereka tidak disenangi pengundi dalam erti kata lain bukan ‘winnable candidate’ atau calon boleh menang.

Parti boleh menukarkan mereka dengan calon lain yang ‘tidak bermasalah’ dan boleh diterima pengundi begitu juga jentera pilihan raya di kawasan masing-masing.

Itu antara kebaikan yang boleh difikirkan BN jika mahu idea mengumumkan senarai calon dalam PRU ke 13 diumumkan lebih awal.

Sebenarnya, ‘nothing to lose’ jika BN berani melaksanakan pembaharuan ini.

Bagi kawasan parlimen yang dimenangi BN dalam PRU ke 12 dahulu, BN boleh mengumumkan calon selepas pembubaran parlimen atau ketika proses penamaan calon.

Jika ada masalahpun, BN hanya perlu menangani masalah dihadapi calon yang diumumkan kemudian itu sahaja kerana masalah calon bagi 80 kawasan parlimen yang sudah dinamakan lebih awal tentu sudah diatasi.

Ini sekaligus dapat memastikan BN menang dengan majoriti lebih besar termasuk majoriti dua pertiga.

Sumber:agendadaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...