بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, November 02, 2012

Perkasa cadang Suruhanjaya Diraja siasat projek Lembah Sireh


PASIR MAS 29 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat projek pembangunan di Lembah Sireh yang dilaksanakan secara usahasama oleh kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, penubuhan suruhanjaya tersebut perlu bagi menyiasat sama ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan kawasan tersebut dibuat secara telus tanpa sebarang penyelewengan atau sebaliknya.


Beliau berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut selepas projek pembangunan tersebut mendapat teguran serius daripada pihak Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini.

"Kita hendak tahu sama ada pihak pemaju akan melunaskan janji-janjinya iaitu pembinaan jambatan berharga RM150 juta begitu juga dengan yang lain kerana tanah di kawasan tersebut telah digunakan.

"Pemaju sudahpun menjual rumah kedai dan bangunan yang dibuat, adakah kerajaan negeri sudah mendapat faedah hasil pemberian kawasan berkenaan kepada syarikat tersebut.

"Selain itu, saya difahamkan ada beberapa ekar tanah telah dicagarkan kepada pihak bank oleh pemaju. Sekarang ini bagaimana kepentingan kerajaan negeri dan rakyat dan perkara ini cukup serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU), Siti Habsiah Mohammad, 26, dan pasangannya Bakri Setapa, 32, di Kampung Pangkal Kala, Bunut Susu dekat sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...