بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, November 01, 2012

AES - Pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’


aes
Sudah macam-macam pihak bercakap pasal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang tujuannya mungkin baik tetapi dilihat pelaksanaannya tergesa-gesa dan tidak kena masa.

Seperti biasa, pembangkang sentiasa ‘menangguk di air keruh’ mencari mileage politik mereka menjelang PRU ke 13.

Ketika pemimpin parti politik BN mencadangkan AES dikaji semula, pembangkang pula menghasut pengguna jalan raya supaya tidak membayar saman yang sudah dikeluarkan pihak berkuasa sejak AES dilaksanakan.

Sebab itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali melihat tindakan Kempen Anti Saman Ekor (KASE) meminta pemandu yang disaman berdasarkan AES tidak membayar kompaun hanya tindakan populis untuk menghadapi PRU ke13.

Jangan politikkan AES, kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas kawasan Pasir Mas dalam sidang media di Lobi Parlimen, Rabu.

"Ini semua sebagai rayuan populis memandangkan pilihan raya sudah nak dekat."Cuba bayangkan kalau pembangkang tadbir negara nanti, mereka pun akan buat perkara  sama," katanya.

Menurut beliau, kerajaan tahu apabila melaksanakan AES akan merugikan Barisan Nasional (BN) tetapi demi menyelamatkan nyawa, sistem itu diadakan bagi mendidik pemandu dan mengurangkan kadar kemalangan maut.

Bagaimanapun, Ibrahim meminta kerajaan menangguhkan dahulu pelaksanaan AES sehingga kajian semula keberkesanan sistem itu.

"Saya menyarankan AES yang ada sekarang digunakan sebagai tempoh percubaan. Jika AES berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya, boleh diteruskan." Katanya.

Kementerian Pengangkutan bercadang memasang 831 kamera AES bagi tujuan itu dan setakat ini, 14 buah sudah dipasang di beberapa lokasi termasuk di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ibrahim berkata, Perkasa menyambut baik hasrat kerajaan untuk melaksanakan AES dengan tujuan mendidik rakyat menjadi lebih berhemah ketika berada di jalan raya.

Tambah beliau, pihaknya mengambil jalan tengah kepada kerajaan dan pengguna jalan raya untuk melihat pelaksanaan AES ini dilaksanakan secara berkesan dan bukannya membebankan rakyat.

“Cukup dengan kamera yang sudah pasang. Anggap macam pilot projek sehingga keberkesanan pelaksanaan AES dikaji semula bagi satu tempoh tertentu,” katanya.

Beliau juga meminta kerajaan supaya menangguhkan dahulu saman-saman AES terhadap pemandu dan saman yang sudah dikeluarkan dianggap sebagai amaran sahaja.

 Katanya, tidak ada makna jika kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 tetapi RM300 dihabiskan untuk membayar saman.

Perkasa juga mencadangkan had kelajuan di lebuh raya dinaikkan kepada 120 km/j selepas kajian mendapati AES boleh diteruskan.

Terdahulu, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar sebelum ini menggesa orang ramai yang telah menerima saman AES tidak membayar kompoun yang dikenakan.

Naib Presiden PAS itu dalam sidang media di Lobi Parlimen berkata, KASE bersedia menyediakan peguam untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Agendadaily difahamkan mesyuarat Kabinet dijangka membincangkan isu AES Jumaat ini. – 31/10/2012- OLEH ROSLAN BIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...