بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Oktober 16, 2012

Mahfuz Kata Pengaruh Tun M Beri Kesan Buruk Pada UMNO/BN



Saya tidak tahu lagi bagaimana untuk menyifatkan otak yang dimiliki oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang jelas suka bercakap tapi dia sendiri tidak tahu tentang apa yang dia cakapkan kepada khalayak masyarakat Malaysia.

Memang saya kasihan dengan puak-puak PAS yang ditakdirkan untuk memiliki seorang Naib Presiden sebodoh itu, namun apakan daya, dia menang jawatan itu pada Muktamar yang lepas dan tidak habis-habis memalukan PAS siang dan malam.

Terbaru, Mahfuz berkata bahawa setiap kali mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata-kata, maka ia akan memberi kesan negatif terhadap BN di mana undi di kalangan orang Melayu akan turun menjunam.

mahfuz lawak bodo
Dia memberi contoh tentang kenyataan Tun Dr. Mahathir tentang pemberian BR1M yang menurutnya seolah-olah satu tindakan untuk membeli undi dari rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Mahfuz menegaskan bahawa setiap kata-kata dari arkitek pembangunan Malaysia itu langsung tidak memberi sebarang pengaruh terhadap Pakatan Haram dan mereka langsung tidak pernah risau dengan pengaruh yang ada pada Tun Dr. Mahathir.

Pertamanya, saya ingin memberitahu Mahfuz bahawa setiap pandangan yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri itu mampu memberi kesan yang cukup positif kepada BN, khususnya UMNO.

Untuk pengetahuan Mahfuz, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu sebenarnya telah disalah tafsirkan oleh otaknya yang berIQ rendah di mana mantan Perdana Menteri yang gemar mengeluarkan kenyataan sinikal itu sebenarnya menyindir Pakatan Haram!

Sebelum ini, Pakatan Haram sebok mencanangkan bahawa BR1M adalah mekanisma Kerajaan BN untuk membeli undi.

Namun, jika benarlah kenyataan Pakatan Haram itu, sehari selepas Kerajaan BN selesai memberikan BR1M, sudah tentu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan PRU ke-13 akan berlangsung.

Ia adalah bagi mendapatkan momentum sokongan rakyat hasil dari pembelian undi tersebut.

Pun begitu, BR1M kali ini adalah pemberian kali kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan sehingga kini beliau belum pun membubarkan Parlimen! Jadi, di mana kebenaran yang dicanangkan oleh puak-puak Pakatan Haram itu?

Sebenarnya, pemberian BR1M itu adalah semata-mata untuk membantu rakyat, dan ikhlas dari sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya.

Manakala kenyataan Tun M itu hanyalah sekadar sindiran kepada Pakatan Haram yang suka sangat memanipulasi keihklasan kerajaan BN! Takkanlah itu pun Mahfuz payah untuk faham?

Lagipun, sekiranya pengaruh Tun M tidak ditakuti oleh Mahfuz dan Pakatan Haram, mengapa perlu Mahfuz mengeluarkan kenyataan untuk menyerang mantan Perdana Menteri itu? Jelaslah Mahfuz sebenarnya “phobia” terhadap sebarang kenyataan Tun M!

Mahfuz perlu tahu tentang kemenangan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen Jerlun pada PRU ke-12 dahulu di mana anak mantan Perdana Menteri itu merupakan “calon bidan terjun” yang tiba-tiba dicalonkan di kawasan tersebut.
Pada awalnya, Muhkriz dijangka akan dicalonkan di Parlimen Langkawi, namun bagaimanapun beliau tercalon di Parlimen Jerlun di saat-saat akhir.

Tahukah Mahfuz bagaimana dan disebabkan apa anak Tun M itu mampu memperoleh kemenangan majoriti lebih 2,000 undi di Parlimen Jerlun sedangkan dua DUN di kawasan tersebut berjaya dikuasai oleh PAS?

Untuk mengetahui jawapannya, Mahfuz perlu turun padang dan bertemu dengan para penyokong PAS di sana yang memberikan undi kepada Mukhriz pada pilihanraya yang berlangsung pada tahun 2008 itu.

Dan kalau Mahfuz rajin, boleh tanya kepada “tok-tok ayah” PAS di Parlimen tersebut mengenai kemenangan anak PM itu dan ketika itu barulah Mahfuz akan tahu sama ada pengaruh mantan Perdana Menteri itu memberi kesan positif atau negatif terhadap Pakatan Haram!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...