بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Oktober 17, 2012

MESYUARAT AJK PERKASA NEGERI TERENGGANU


Kuala Terengganu - Mesyuarat AJK Negeri Terengganu kali ke 8 telah diadakan di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu pada hari ini 16/10/2012 jam 3.30 petang. Mesyuarat yang diadakan adalah bertujuan untuk memperkemaskan tindakan-tindakan yang akan diambil bagi melaksanakan serta menjayakan Mesyuarat Agung Peringkat Negeri Terengganu.

Menurut YDP Tuan Haji Ismail Saamah, Mesyuarat Agung PERKASA peringkat Negeri Terengganu akan diadakan pada 03hb. November, 2012 jam 10.00 pagi di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Terengganu.

Perasmian dijangka akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said. Turut hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali serta ahli-ahli Majlis Tertinggi diperingkat Pusat.


Mesyuarat juga telah meluluskan beberapa peruntukkan kepada PERKASA Daerah bagi menjayakan mesyuarat yang akan diadakan. Kehadiran yang diperlukan dijangka melebihi 1,000 orang ahli sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua Pengerusi PERKASA Daerah.


Selain daripada itu, Naib YDP Negeri En. Othman bin Endut berkata selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, berikrar akan bekerja keras membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Untuk paparan selanjutnya sila KLIK DISINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...