بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Oktober 18, 2012

Sampai Bila Ulama “Agama” PAS Akan Terus Bisu?


harun din
Sejak berkawan dengan “syaitan-syaitan”, ramai yang melihat dan bersetuju untuk menyimpulkan bahawa PAS kini tidak seperti dulu dan ulama-ulamanya yang dulunya begitu vokal memperkatakan tentang dasar Islam, kini menikus bacul bagai “tidak bertelur”.

Sejak awal tahun 2008 lagi, ketika PAS mula bergabung dengan DAP dan PKR yang berjaya memesongkan PAS untuk menjadi sebuah parti yang lebih liberal, parti yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Fuad itu semakin hilang identitinya.

Paling menghairankan, kemanakah perginya golongan ulama di dalam PAS dan apakah mereka juga bersetuju melihat dasar-dasar perjuangan asal parti itu yang memperjuangkan kepentingan Islam dirosakkan begitu saja oleh “syaitan-syaitan” yang menjadi rakan karib Nik Aziz itu?

Rentetan demi rentetan peristiwa yang memalukan PAS berlaku sejak parti itu bergabung dengan DAP dan PKR.

Antara yang memanaskan punggung PAS ialah mengenai isu penggunaan kalimah “Allah” yang begitu hangat diperdebatkan sehingga ada Ahli Parlimen PAS seperti Khalid Samad yang “dibalun” bertalu-talu di dalam Parlimen oleh Ahli Parlimen PAS yang pro-ulama seperti Taib Azamuddin.

Saya masih ingat ketika itu bagaimana begitu ramai ahli dan pemimpin Dewan Ulama PAS yang bangkit marah kepada pemimpin-pemimpin “Anwarinas” di dalam PAS yang menyokong penggunakan kalimah “Allah” itu di kalangan penganut Kristian di negara ini.

Bagaimanapun, disebabkan kuasa veto yang ada pada Nik Aziz yang begitu sayang pada “syaitan-syaitan” itu, maka PAS mengambil keputusan songsang dengan membenarkan kalimah “Allah” digadaikan kepada penganut agama lain di negara ini dan menidakkan pandangan Dewan Ulama.

Begitu juga apabila bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang dikutuk, dihina dan kemudiannya dipecat dari PAS disebabkan oleh keputusannya mempertahankan aqidah umat Islam di negeri itu yang diancam oleh gerakan para pendakwah Kristian di sebuah gereja.

Ketika itu, ramai juga pemimpin PAS yang pro-ulama bangkit mempertahankan Hasan Ali memandangkan keputusannya yang dianggap tepat bagi menghalang aqidah umat Islam diperkotak-katikkan di Selangor.

Namun hanya kerana Khalid Ibrahim dan Khalid Samad yang menyebelahi Kristian dan Gereja, Hasan Ali diancam dan diugut akan digugurkan jawatannya ketika itu.

Dan hanya kerana Azmin Ali yang mendesak PAS menggugurkan individu yang mempertahankan kepentingan Islam itu, maka PAS sanggup memecat Hasan Ali meskipun begitu ramai ahli Dewan Ulama yang menyokong bekas pakar motivasi tersebut.

Kemuncaknya adalah apabila PAS dipaksa untuk melupakan perjuangannya menubuhkan Daulah Islamiyyah dan hukum hudud, apabila perjuangan tersebut terpaksa digantikan dengan Kerajaan Kebajikan dan hudud pula dibuang terus dari perjuangan asal PAS.

Saya yakin, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din, bekas Timbalan Presiden PAS yang digulingkan Mat Sabu,Nasharuddin Mat Isa, Ustaz Harun Taib dan ramai lagi ulama di dalam PAS yang tidak setuju dengan perubahan negatif itu.

Namun, mereka sekali lagi berjaya “dibisukan” oleh Nik Aziz yang berkeras mahu PAS terus menjadi “keldai tunggangan syaitan”!

Terkini, apa yang saya tahu, begitu ramai golongan pro-ulama di dalam PAS seperti Dewan Ulama PAS Pusat dan diperingkat negeri, Dewan Pemuda PAS dan Ahli Majlis Syura parti itu yang merajuk, marah, terkilan dan berkecil hati terhadap kepimpinan Nik Aziz serta Hadi Awang.

Suara mereka-mereka yang pro-ulama di dalam PAS sudah tidak laku sama sekali di dalam parti itu dan ramai di kalangan mereka yang enggan lagi bersuara memperjuangkan dasar-dasar Islam di dalam parti tersebut.

Hasilnya, PAS semakin hanyut di dalam “pelukan syaitan” dan Nik Aziz yang kini dikatakan sudah “expired” begitu degil, angkuh dan berlagak bagus sudah mula disifatkan sebagai liabiliti besar yang menyebabkan parti itu semakin hilang sokongan di kalangan umat Islam di negara ini.

Persoalannya, sampai bilakah para ulama di dalam PAS akan terus bacul, bisu dan “tidak bertelur” sedangkan PAS kini hampir “karam” dan hilang maruahnya?

Sumber:mykmunet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...