Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh
dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di
Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti
tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi
pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan
rakyat Malaysia sendiri.
"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia
dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan
bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.
"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.
Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan
secara bebas dan adil di semua negara.
Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam
pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.
Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.
Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana
ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan
perjanjian pertukaran pencari suaka.
Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua
dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.
Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus
perdana.
Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri
Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan
bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya
bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang
Malaysia.
Sumber:rbfonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan