بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, November 20, 2012

PAS 'jual borong' Islam demi Putrajaya...


Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu berakhir petang Ahad dengan menyaksikan dalam persidangan lima hari itu, parti tersebut ‘jual borong’ agama semata-mata mahu menyakinkan ahli-ahlinya bahawa PAS masih parti Islam.

Tindak tanduk pemimpin-pemimpin PAS itu jelas bertentangan ajaran Islam tetapi apakan daya, impian ke Putrajaya lebih penting dan menjelang PRU ke 13 – ibu segala pilihanraya – dan semuanya halal bagi PAS.

Di mata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti mereka sajalah dapat memperjuang Islam manakala sekutu mereka DAP dan PKR –patut diundi dalam pilihanraya nanti kononnya atas dasar kerjasama politik ‘ tahaluf siyasi’.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, keputusan dibuat ulama parti yang akan memberikan penjelasan perkara tersebut kepada anggota parti dengan menggunakan dalil daripada al-Quran dan hadis.

Katanya, ulama parti itu merujuk al-Quran dan hadis membuat ijtihad membenarkan 'tahaluf siyasi' dengan parti-parti lain sebagai satu wadah mencapai kemenangan pada pilihan raya.

Pemimpin PAS membesar-besarkan dan memuji DAP dan PKR walaupun sebelum ini PAS mengecam UMNO sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.

Namun, demi perjuang dalam pembangkang yang PAS anggap suci, dalil al-Quran dan hadis itu hanya terpakai untuk keuntungan politik mereka.

Tidakkah ini menjual atau menyalagunakan Islam?

Tidak malukan golongan yang mendakwa ulama dalam PAS – kononnya kuasa tertinggi dalam parti – tiba-tiba membisu apabila isu Hudud yang selama ini diperjuangkan PAS dan kontroversi mengenai kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan kebebasan beragama tidak disebut dalam muktamar tersebut.

Sebaliknya, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) jadi kecaman sejak awal muktamar dan berakhir dengan Nik Aziz mendakwa UMNO sudah murtad.

Semua dituturkan Nik Aziz dan Hadi mengambarkan seolah-olah UMNO – terlalu zalim dan tiba masanya kerajaan BN digulingkan.

“Sudah cukuplah "kuasa politik lebih 50 tahun ini telah disyaitani manusia yang menganggap dirinya maha suci daripada segala kesalahan dan kelemahan" dan kini sudah tiba masanya kerajaan seumpama itu digulingkan,” kata Hadi dalam ucapan presidennya.

"Ketika ini kita berada dalam lingkungan alam yang tetap berubah, walaupun di bawah kerajaan yang berselindung di sebalik tembok besi paling kebal dalam sejarah manusia, namun tetap akan menemui ajalnya mengikut pusingan alam dunia.

“ALLAH menjadikan kerajaan ini silih berganti untuk menguji kita, kita diajar bahawa tidak ada kerajaan yang kekal dan mutlak melainkan kerajaan ALLAH s.w.t," katanya.

Benarlah, segalanya ketentuan ALLAH s.w.t tetapi selepas PAS mendoakan supaya UMNO dan BN hancur, apakah PAS benar-benar parti memperjuang Islam atau hanya ‘menjual’ Islam?

Jika benar ditegaskan Dewan Ulama PAS bahawa PAS hari ini sama dengan PAS dahulu – perjuangan tidak lari daripada asal – kenapa isu hudud dan kenyataan Nurul Izzah tidak dibincangkan.

Bukankah tugas PAS sebagai parti Islam menjelaskan kepada orang ramai termasuk ahli-ahli mengenai pendirian parti itu berkaitan kedua-dua isu?

"...Saya sedih dalam Muktamar PAS yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?,"

Kata-kata kecewa ini diluahkan bekas Pesuruhjaya PAS yang kemudian dipecat keahliannya – Datuk Dr Hasan Ali dalam ceramahnya di Pulau Pinang, Sabtu malam.

Jika Dr Hasan yang pernah bersama-sama dengan PAS sedih dan kecewa dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga mungkin memendam rasa sama.

Lihatlah, bagaimana Naib Presiden Salahuddin Ayub menghinanya, apabila berkata mereka yang tidak berniat baik terhadap PAS, tidak akan kekal dalam perjuangan parti itu.

“Tahun lepas mereka ada di atas ini, tahun ini tak ada. Ke mana mereka? Dengan main-main dengan parti ISLAM,” katanya ketika mengulung perbahasan.

Hebat sungguh pemimpin-pemimpin PAS menjual borong ‘ISLAM’ dalam muktamar kali ini.

Dan ketika Hadi mendakwa ‘taufan wang’ akan digunakan UMNO pada PRU ke 13, sesungguhnya, taufan juga sedang melanda PAS.

Semoga doa PAS supaya UMNO dan BN, KO atau musnah memakan diri sendiri kerana menjual agama semata-mata disebabkan agenda Putrajaya lebih penting daripada segala-galanya pada PAS.

Sesungguhnya: Berdoa meminta keburukan sebenarnya bukanlah berdoa namanya tetapi lebih merupakan pernyataan rasa marah, geram atau kerana tidak sabar atas perkara yang berlaku.

Ia juga menunjukkan seseorang itu tidak reda dengan apa yang ditentukan oleh Allah s.w.t. sedangkan apa yang telah berlaku adalah sesuatu yang Allah s.w.t telah rencanakan.

Da sesuatu yang direncanakan oleh Allah s.w.t itu mempunyai muslihat yang Allah s.w.t sendiri mengetahuinya.

Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu padahal itu buruk bagi kamu dan ingatlah, Allah s.w.t jualah yang mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya".– 18/11/2012 - OLEH ROSLAN BIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...