
Sudah lebih seminggu
kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan
beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.
Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir
ayat suci Al-Qur’an akhirnya memakan dirinya sendiri.
Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah
apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang
dianjur oleh pihak gereja.
Truth Matters Forum bertajuk “Negara Islam: Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?”
adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di
Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.
Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan
ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung
isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,”Apabila anda bertanya saya, tiada
paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini
(kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya
diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas beragama.”
Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua
saluran media termasuk media arus perdana, media elektronik, laman sesawang,
blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang lain.
Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan
oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan
apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.
Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal
dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat
dengan isteri orang di dalam bilik hotel.
Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa
lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan
yang bercanggah dengan Islam.
Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu, samada
mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah
pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.
Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam
untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di
dalam Perlembagaan.
Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan
menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan
Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.
Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di
setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk
menutup sikap hipokritnya.
Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial,
memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung
sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan
meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang
dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan
idealogi politiknya songsang.
Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas
bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur’an yang dirujuk dan pendirian
Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang
menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.
Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi
sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat
politik kepada beliau.
Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro
Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan
oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.
Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi
timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan
membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).
Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul
Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.
Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya
bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi
kepakarannya.
Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh
kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13
nanti.
Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang
tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali
ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam
sejak merdeka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan