بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, November 18, 2012

PAS pentingkan politik dari Islam....


pas-menang513
PAS diera mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR dilihat lebih mementingkan politik mengatasi segala-galanya termasuk memperjuangkan syiar Islam yang dilaungkan serta dikatakan asas perjuangan parti itu.

PAS juga kini sudah dijerat oleh PKR-DAP sehingga sanggup menutup mulut dari berkata benar demi menjaga hubungan politik.

Kerana itulah, pada Khamis, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan satu fatwa atau kenyataan jelas mengenai isu kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama rakyat termasuk orang Melayu baru-baru ini.

Beliau juga menyokong penuh titah Sultan Selangor bahawa semua pihak tidak mencampuradukkan politik dengan agama terutama yang membawa fahaman songsang, peribadi dan fahaman yang membawa kecelaruan akidah.

Shahrizat yang ditemui wartawan selepas melawat Hospital Bersalin Kuala Lumpur sempena Maal Hijrah pagi Khamis juga menyifatkan PAS lebih mengutamakan politik dari menegakkan syiar Islam.

Diminta mengulas pendirian PAS tidak membincangkan perkara tersebut pada muktamar yang sedang berlangsung kerana dianggap perkara kecil, Shahrizat berkata, “PAS telah dijeratkan oleh PKR, saya percaya secara peribadi ramai pemimpin dan ahli PAS tidak setuju dengan pandangan Nurul Izzah. Mereka terjerat dan oleh kerana politik maka mereka sanggup gadaikan pendapat yang sepatutnya disuarakan.”

“Mereka terjerat dalam kancah politik, tidak ada keikhlasan dan keberanian untuk menyuarakan pendapat yang sebenarnya, mereka takut...mereka terpaksa memilih diantara untuk 'defence' kesucian Islam dengan lebih mengagungkan lagi politik,” tambah beliau.

Katanya lagi, “sekiranya mereka mempunyai keikhlasan, mereka mesti keluarkan 'fatwa' atau kenyataan untuk menentukan akidah Islam ini tidak dipesongkan atas dasar politik.”

Beliau seterusnya menganggap hujah serta pendapat yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah adalah yang paling bahaya sekali dan titik hitam dalam sejarah negara ini.

Sumber:agendadaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...