بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 15, 2011

Anwar Berbohong Atas Nama Maulana Jelaluddin Rumi & Kitab Mathnawinya

Ramai di kalangan kita yang telah mendengar atau membaca bait-bait yang dikaitkan dengan seorang tokoh abad ke 13, penyair ahli sufi terkenal, Maulana Jelaluddin Rumi. Di antara bait-bait tersebut adalah seperti berikut:
The lamps are different,
But the Light is the same.

Yang mana terjemahannya adalah:
Lampu-lampunya berlainan,
tetapi Cahaya itu sama.

Di antara yang memetik bait-bait ini ialah DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, dalam syarahannya di London School of Economics (LSE) pada 18hb March 2010.
Dalam syarahannya yang bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World”, beliau menyebut (teks ucapananya dipetik dari blognya sendiri  – namun kini telah dipadamkan semenjak sekitar bulan Ogos 2010):
Back in the 13th century, the mystical poet Jelaluddin al-Rumi wrote in the Masnavi:

The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality.
[Teks ucapannya kini boleh di baca di sini: Public lecture by Anwar Ibrahim at the London School of Economics]
Ramai orang mengambil jalan dengan mempercayai sahaja bahawa “ya” memang benar itu adalah bait-bait dari kitab Mathnawi (Masnavi) karangan Rumi.
Persoalannya, apakah bait-bait tersebut benar-benar terdapat dalam kitab karangan beliau yang asal?
Mathnawii - Jelaluddin Rumi
Menurut beberapa para pengaji penulisan Rumi (antaranya Prof Ajmal M. Razak Al-Aidrus dari ISTAC yang telah siap menterjemahkan kitab Mathnawi ke dalam bahasa Melayu dan Dr. Ibrahim Gamard, pengkaji Rumi yang berautoriti dari California USA), bait-bait tersebut adalah berbeza dengan yang sebenarnya dalam kandungan asal kitab Mathnawi yang ditulis dalam bahasa Farsi dan Arab.
Bait-bait tersebut telah diolah dan dimasukkan oleh para pengkaji barat (Allah sahaja yang mengetahui niat mereka) dalam terjemahan-terjemahan mereka ke dalam bahasa Inggeris.
Masalahnya ialah dengan mengaitkan bait-bait sebegitu sebagai datangnya dari Rumi, mereka kemudian membuat rumusan bahawa tokoh Sufi ini seorang pendokong yang menyamaratakan semua agama malah disabitkan beliau sebagai pencetus fahaman Pluralisme Agama dalam Islam. Antara orang yang menjaja ide ini dan diterima pakai pula oleh “sarjana-sarjana Islam” kita ialah seorang profesor dari University of Birmingham UK,  John Hick (yang mengelarkan dirinya sebagai seorang philosopher of religion and theologian).
Dalam syarahan bertajuk “Religious Pluralism and Islam” di Institute for Islamic Culture and Thought, Tehran pada Februari 2005, John Hick tetap mengaitkan Rumi dengan pluralisme agama melalui bait-bait yang dipalsukan itu:
I now turn to the third option, religious pluralism. In its broadest terms, this is the belief that no one religion has a monopoly of the truth or of the life that leads to salvation. Or in the more poetic words of the great Sufi, Rumi, speaking of the religions of the world, ‘The lamps are different but the Light is the same; it comes from beyond’
Menurut Dr. Ibrahim, yang telah menulis beberapa buah buku tentang Rumi, mereka yang menyebut sedemikian cuba mengambarkan Maulana Rumi seorang mistik yang mengajar perbezaan antara agama tidak penting.
Untuk itu, mereka memetik bait-bait yang dikatakan dari Rumi tapi sebenarnya yang bukan sahih bersumberkan dari Rumi. Mereka juga memetik sebahagian dari bait-bait dari Rumi secara tidak lengkap demi untuk membohongi yang Rumi tidak peduli dengan perbedaan antara agama.
Memetik dari buku, “Rumi and Islam” oleh Dr. Ibrahim Gamard, 2004:

… many people think of Rumi as someone who had been a Muslim and a dry scholar, who then became transformed into a universal mystic who transcended any particular religion. This impression is the result of frequently quoted verses which have been attributed to Rumi, but which are not authentic …
Maka isu besarnya di sini ialah mereka ini telah melakukan satu pembohongan yang besar dengan memasukkan bait-bait yang telah dipalsukan atau mereka menerima kepalsuan dengan membuta dan pembohongan itu dibuat atas nama seorang tokoh Sufi demi menuduh Rumi sebagai seorang yang membawa fahaman pluralisme agama.
Felo Amat Utama ISTAC-UIAM, Ustaz Muhammad Uthman El-Muhammady, dalam pembentangan kertas kerja beliau di Wacana Isu-isu Semasa Aqidah: Pluralisme Agama (di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu – 15hb Januari 2011) anjuran bersama JHEAT dan Muafakat, telah menjelaskan bahawa Jelaluddin Rumi bukan seorang tokoh pluralis (baca di sini Pluralisme Agama dan Bahayanya Kepada Umat Islam).
Ustaz Uthman telah memperincikan beberapa bait yang mengesahkan Rumi sebagai seorang ulama ahli sunnah wal jamaah dan mustahil untuk berfahaman pluralis seperti yang dituduh.
Apakah kita kini terlalu mudah untuk terpengaruh dengan alunan enak hujah orang seperti John Hick atau terlalu mudah terpedaya dengan pidato hebat Anwar dengan selitan senyumannya yang memukau kejernihan fikiran kita?
Jangan kita terlalu naive untuk begitu mudah terikut-ikut dan tenggelam dalam agenda ghazwul fikr alaf baru yang satu masa dahulu kitalah yang mempelopori istilahnya di Tanah Melayu ini.
Melalui ghazwul fikri ini tidak perlu lagi musuh Islam berusaha mengeluar kita dari anutan agama asal namun cukup dengan “terkeluar” sendiri melalui ikutan pandangan dan prinsip hidup yang jauh dari nilai-nilai Islam. Nauzubillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...