بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Februari 16, 2011

Blogger Pro PKR – ‘Kalau Anwar Masuk Penjara Pun Bagus Gak’



AIDCNews – 15/02/11 – Blogger ‘Ikut Suka Aku’,  salah satu blog pro PKR meluahkan kekecewaan dengan perkembangan politik PKR mutakhir ini sehingga merumuskan seandainya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali memasuki penjara Sungai Buloh merupakan resolusi yang paling sesuai untuk parti berkenaan.

“Setiausaha Agung (Saifuddin Nasution) pun 2×5 jer…. aaaahhhh… pi mampuslah kat PKR… kalau Anwar Brahim masuk penjara pun bagus gak…. Wan Azizah yang selama ini macam puppet boleh aktif semula… kah..kah..kah….”, katanya dalam postingnya bertajuk “Mat Saman Kati : Kah..Kah..Kah.. Akhirnya…!!!”. Klik di sini

Blogger Mat Saman Kati undur diri daripada PKR
Posting itu merujuk kepada pengunduran seorang lagi blogger pro-PKR, Mat Saman Kati (MSK) yang mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dalam lamannya, ureka dot asia semalam.
“Aku dah baca banyak komen. Aku dah dengar banyak alasan. Aku dah tengok banyak contoh. Dan aku dah rasa banyak pengalaman.
“Cukup lah sampai di sini. Aku tak mau lagi bersubahat dengan mereka yang mungkir janji. Sebab mungkir janji itu adalah sifat munafik.
“Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka”, kata MSK. Klik di sini
Ketika membaca ucapan ‘Selamat Kalan PKR’ itu, sahabatnya, blogger ‘Ikut Suka Aku’ tidak terkejut malah turut mengalu-alukan.
“Ahhh… persetankanlah pasal PKR nih… apa yang gua nak sound pada kepimpinan atasan PKR… lu orang kenal rapat dengan MSK… lu orang tau pengorbanannya dalam parti… soal kudrat yang diberikan tak perlu dipertikaikan dan gua tau dia pun tak kisah pasal tuuuu…
“Yang penting sekali… lu orang tolonglah cari duit dan bayar segala kos penyelengaraan projek2 yang lu orang suruh dia buat dan dia dah laksanakannya…. tapi tuntutan bayarannya (claim) sampai la ni…. mana daaaaaa…. dan dia pulak yang terpaksa berhutang demi parti PKR…
“Apakah itu di panggil perjuangan….???? Puluhan ribu Ringgit beb…. yang di korbankan demi parti… soal jual kambing peliharaannya demi parti usah ceritalah… ini sampai berhutang demi parti beb… mana tak frust orang tua tuuuuu….” kata blogger ‘Ikut Suka Aku’ mempertahankan tindakan sahabatnya, MSK.
Blogger CMK (kiri) dan MSK (kanan)
Blogger greenboc pula berpendapat kehilangan Blogger MSK dan sebelum ini CMK (Cucu Mat Kilau) berpunca dari ketidakpedulian pimpinan PKR terhadap nasib para bloggernya.
“Tindakan Anwar, Saifuddin dan Azmin sendiri yang menyebakan PKR jadi begitu menyebabkan ramai yang bertindak meninggalkan parti.
“Dan anehnya pimpinan tidak memperbaikinya, sebaliknya terus mempertahankan kelemahan dengan nak jelajah satu negara baiki imej parti.
“Tetapi pemulihan imej tidak hanya dapat dilakukan dengan sekadar menampal make-up di wajah yang telah hodoh sedangkan tak ambil langkah positif perbetulkan kelemahan yang menyebabkan PKR ditolak dan imejnya tercalar”, katanya. Klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...