بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 17, 2011

Jangan Takut untuk bercakap mengenai hak Melayu

Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri telah pada menyampaikan ucapan pada majlis Simposuim Dilema Melayu anjuran Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dr Mahathir berkata, “Orang Melayu kini berada dalam dilemma apabila mereka tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan dan hak Melayu kerana boleh dianggap sebagai bersifat perkauman. Malang lagi orang Melayu pula tidak mampu mempertahan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan berundur demi keamanan. Kita selalunya berdiam diri dan malu serta alah pada bangsa lain dan tidak berani mnyebut perkara yang benar. Ini merugikan kerana kita bukan merampas hak orang lain, Jika kita terus berpegang pada nilai itu, maka semakin lama kedudukan kita akan terhakis. Selalunya hendak cakap malu, tidak cakap kalah.”

Apa yang dikatakan oleh Tun berlaku di Singapura. Kalau orang Melayu Malaysia tidak berani untuk bercakap mengenai kepentingan dan hak Melayu maka nasib orang Melayu Malaysia akan menjadi seperti nasib orang Melayu Singapura. Lihat di Singapura orang Melayu dianggap sama seperti pendatang yang lain.
Di Singapura bilamana orang Melayu bercakap mengenai kepentingan dan hak Melayu, maka mereka akan di label sebagai racist (perkauman). Jika mereka meneruskan maka keselamatan mereka terancam. Kemungkinan atas alasan “keamanan” mereka akan di tahan oleh pemerintah dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA). Jadi orang Melayu di sana merasa takut untuk bersuara mengenai kepentingan Melayu dan menuntut hak Melayu. Kerana takut di tangkap dibawah ISA maka mereka banyak mengalah sehingga negeri Melayu tergadai ditangan orang bukan Melayu.
Jadi, jika orang Melayu Malaysia tidak mahu menerima nasib yang sama seperti orang Melayu Singapura maka mereka harus berani bercakap kepentingan dan hak Melayu. Orang Melayu tidak seharusnya banyak mengalah. Orang Melayu harus berani mempertahankan kepentingan dan hak Melayu. Dan jangan takut untuk menyuarakan hak Melayu walaupun akan terdapat orang bukan Melayu akan melabel kita sebagai perkauman.
Mohamed Mansor Abdul Rahman
Pengerusi
Malaysia Watch Group (MWG)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...