بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 18, 2011

Pas dan Isu Melayu - Satu Lagi Analisis ( REPOST )

Membaca kembali posting semalam dimana saya melepaskan geram kepada Pas yang merancang untuk meMelayukan perjuangan mereka demi meraih undi pilihanraya yang akan datang saya dapat bayangkan cara pemikiran Pas sekiranya ada yang baca.

Jika tujuan posting itu untuk menyedarkan pemimpin Pas akan kesilapan mereka selama ini kerana telah memecahbelahkan orang Melayu, saya rasa sia-sia saja. Sebab satu perkara yang saya tahu - Pas sentiasa punya alasan Islamik untuk setiap tindakan mereka. Perkataan sesal tidak ada dalam kamus mereka.
Kerana Pas tidak pernah buat salah. Bagi Pas, setiap tindakan mereka adalah demi Islam. Menggunakan alasan perjuangan Islam mencarut dan memaki hamun dibenarkan, bantuan iblis pun sanggup dihalalkan. Apalah sangat setakat menelan ludah yang telah dihamburkan kepada Melayu yang tidak sehaluan arah politik dengan mereka.

Saya sebut 'tidak sehaluan arah' politik bukan dalam ertikata arah menuju jalan Allah tapi arah yang menuju kepada kerusi kuasa kerajaan. Apa saja dan siapa saja yang dilihat menentang kerajaan akan dianggap sebagai sahabat. Apalah setakat bekerjasama dengan orang kafir asalkan matlamat mereka sama.

Konon bila sudah berkuasa nanti, tahulah Pas menjaga rakan kafir itu nanti. Bila dipersoalkan kerjasama mereka yang seiras kerjasama Umno dengan kafir, dengan pantas Pas akan menafikan persamaan itu. Kerjasama Umno itu bertujuan mengekalkan kemungkaran sedangkan kerjasama Pas kearah kebaikan, demi Islam.

Para penyokong Pas percaya semuanya hanya lakonan pemimpin mereka dan menganggap ia sebahagian dari strategi perjuangan. Takpe ... Pas terpaksa kerana keadaan darurat dan Pas tidak punya pilihan jika itu yang perlu untuk kejayaan Islam, penyokong faham. Dan digambarkan betapa rakan2 kafir Pas semuanya berakhlak mulia dan mereka seribu kali lebih baik dari Umno yang hanya Islam dimulut.

Makanya tidak hairanlah sokongan ahli kepada pemimpin Pas tidak pernah berganjak walau apapun tindakan pemimpin mereka. Undi Melayu penyokong Pas adalah safe deposit Pas. Cakaplah apapun, berilah apapun ..... terima dengan tak terima je tapi undi tetap pada Pas.

Makanya strategi Pas adalah keatas Melayu atas pagar dan Melayu yang menyokong Umno. Apalagi umpan yang paling sesuai kalau bukan makanan kegemaran mangsa ? Mangsa pilihan Pas kali ini adalah Melayu yang perihatin kepada nasib bangsa mereka. Jadi umpan yang digunakan adalah isu bangsa Melayu.

Pemimpin Pas tidak pernah risau akan sokongan dari ahli parti selama ini. Keluarkan satu dua ayat Quran, cakap dua-tiga perkataan Arab .... bertakbirlah mereka. Tapi pengundi2 Melayu lain terutamanya pengundi2 baru yang belum mengenali diri Pas yang sebenarnya, yang tidak tahu sejarah hipokrasi pemimpin Pas, yang dalam kekeliruan untuk mengundi siapa antara dua parti Melayu yang ada .... mereka inilah sasaran Pas.

Menggunakan stiker Islam yang tertepek didahi, pemimpin Pas akan cuba memainkan isu2 Hak Melayu, isu2 korupsi pemimpin Umno, isu2 kedayusan Umno dalam mengekang serangan cina, semua ini isu2 yang jelas menjadi perhitungan kepada orang Melayu.

Kepada Umno - Jangan memandang rendah kemampuan Pas, jangan memandang remeh sokongan Melayu terhadap Pas dan jangan bodoh sombong memandang tinggi diri sendiri.

Kerana itu yang saya baca dari amaran awal Mahfuz semalam, mereka akan memainkan isu Melayu. Target mereka bukan ahli Umno tegar sebab mereka ni sama macam penyokong Pas - taksub pada parti dan pemimpin. Target Pas adalah Melayu yang semakin ramai berasa tidak puashati dengan Najib yang terlalu liberal keMelayuannya dan Melayu yang masih mentah dalam dunia politik.

Peringatan telah diberikan kepada kawan kafir mereka, Pas bukan hendak bersaing dengan Dap. Maksudnya, jangan melatah jika nanti Pas akan melalak seolah menjadi juara Melayu mempertahankan Hak Melayu dari serangan Dap ( ! ). Kerana Pas sudah dapat mengagak respon dari Umno yang akan melagakan Pas dengan Dap.

Saya boleh bayangkan serangan Pas nanti ..... menghentam Najib yang ternyata lemah dan sering mengalah kepada cina. Dan serangan balas dari Umno pula ? Umno akan mempertikaikan keikhlasan Pas dalam misi membela Melayu, mempersendakan kerjasama Pas - Dap TAPI Umno tidak akan mampu menjawab serangan Pas dengan berkesan. Soal menang-kalah dalam perdebatan bukan keutamaan Pas kerana jika Pas dapat 'membesarkan' lagi ketidakpuasan hati orang Melayu terhadap Najib dan Umno itu sudah merupakan kejayaan.

Bukankah undi protes dikalangan Melayu yang sebelum ini mengundi BN juga punya efek yang sama dengan menaikkan majoriti undi Pakatan sepertimana terbukti diPRU12 ? Tidak semestinya dengan menyokong Pas, apasaja undi yang dapat dinafikan kepada BN (ie undi rosak atau tidak mengundi ) adalah juga kejayaan kepada Pas. Maka bersiapsedialah Umno dengan jawapan2 pembelaan Najib keatas survival Melayu.

Dalam saya menghentam Pas, saya terpaksa akui juga 'kehebatan' permainan politik mereka. Kalau tidak masakan Pas dapat bertahan selama ini... masakan Pas mampu bertahan diKelantan selama ini. Sebelum PRU12, Umno cakap besar juga tapi lihatlah hasilnya. Persoalan kepada Umno, apakah cakap besar pre PRU13 sama dengan cakap besar pre PRU12 ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...