بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Februari 16, 2011

Tun M : ‘Kerja Anwar Hanya Burukkan Nama Saya Di Luar Negara’

AIDCNews – 15/02/11 – Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pekerjaan utama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah memburuk-burukkan namanya di luar negara.
“Dia (Anwar) kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), di Shah Alam semalam.
Ketika diminta mengulas mengenai kekayaan Anwar yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata :”Itulah, memang kita tahu pun, tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti”.

“Mungkin selepas ini saya akan terima surat peguam dari Anwar mengancam untuk menyaman saya bagi menutup mulut saya,” katanya lagi.
Baru-baru ini, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman menegaskan, beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Beliau berkata, antaranya ialah operasi sebuah firma didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate (AICA) berpangkalan di Washington DC, AS yang berperanan merancang segala kegiatan dan aktiviti Anwar di luar negara.
Muhamad Rahimi dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Dakwanya, jumlah kos operasi pejabat itu yang didaftarkan dengan nama Anwar Ibrahim Consulting Associate adalah besar dan tidak mungkin mampu dibiaya oleh Anwar yang hanya berjawatan ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat.
Malah, Muhamad Rahimi berkata, pejabat tersebut turut mengambil lima orang pekerja yang terdiri daripada golongan muda dan ada di antaranya warga Pakistan dan Turki yang menetap di AS dengan gaji mencecah lima angka sebulan dalam mata wang AS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...