Baru-baru ini kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita telah digugat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dengan memperkenalkan satu port folio baru di negeri jajahan kafir harbi itu. Mengambil kesempatan di atas Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia, DAP kononnya menyokong resolusi Putera Ghazi dari Jordan di PBB pada tahun lepas.
Port Folio itu menurut Guan Eng, adalah mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk bertanggungjawab terhadap perkara-perkara hal ehwal 5 agama selain Islam iaitu Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Tao. Kononnya, dengan tertubuhnya port folio ini maka akan wujudlah keharmonian dan kesefahaman antara agama di negara kita.
Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP. Ingin diingatkan bahawa DAP ini menyeru kepada slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.
Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Isla di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda “Malaysian Malaysia” di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!
Apa perlunya port folio itu di Pulau Pinang? Apa perlunya port folio itu di mana-mana negeri di Malaysia ini? Selama ini tiada pun port folio sebegitu ditubuhkan oleh mana-mana pihak, namun hubungan keharmonian dan kesefahaman di antara agama tetap elok dan tiada cacat celanya.
Semua maklum bahawa kebebasan beragama di negara ini dipraktikkan dengan cukup berhemah dan bertolak ansur di mana agama Islam dihormati dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan dihiasi dengan pelbagai keistimewaan yang sewajarnya. Namun begitu, amalan dan perlaksanaan agama lain turut dihormati dan diberikan kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang sekatan seperti di negara lain.
Lihatlah bagaimana rumah-rumah ibadat agama lain turut dibina dan bilangannya semakin bertambah mengikut keperluan semasa. Gereja, kuil Buddha, kuil Hindu, dan rumah ibadat agama Sikh dan Tao turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan, malah Kerajaan juga turut menyumbangkan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat itu. Biarpun tanpa port folio yang Guan Eng tubuhkan itu, hubungan antara agama tetap terpelihara dan harmoni.
Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
Persoalannya, apakah kita sebagai muslimin dan muslimat harus berpeluk tubuh dan biarkan saja perkara ini berlaku? Nak harapkan pada PAS??? Tepuk dada tanya selera…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan