بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Disember 30, 2010

CILI KASI TARUK! WAHAI UMNO/BN! JANGANLAH TERLAMPAU TENANG DI PRK TENANG YA!

Kita semua tahu yang selepas ini akan ada satu lagi pilihanraya kecil iaitu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.  Ia bagi memilih pengganti Ahli Dewan Undangan Negeri Tenang, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha yang meninggal dunia baru-baru ini.

Secara jujur, saya merasakan sudah tiba masanya Barisan Nasional (BN) menukar beberapa strategi dan pendekatannya dalam pilihanraya kecil seperti ini.  Sebagai contoh projek ‘mi segera’ yang sering dijanjikan menjelang pembuangan undi.
Ini kerana kita tidak mahu pengundi merasakan usaha kerajaan membantu rakyat cumalah bersifat jangka pendek semata-mata.  Yang penting kita mahu rakyat memberi kepercayaan penuh kepada BN untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di DUN Tenang.

Janganlah bila pilihan raya saja, baru rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.   Pendekatan tidak mengamalkan pembangunan ‘mi segera’ tidak bermakna BN akan menyekat terus pembangunan segera yang diperlukan di Tenang kerana projek melibatkan keselesaan dan kebajikan rakyat akan tetap dipertimbangkan.

Itu mesej utama yang perlu kita beri pada pengundi Tenang.  BN juga perlu berbuat sesuatu untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi

Dalam hal ini, jentera kerajaan terutamanya menteri “jaga makmal” perlu memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Perlu diingat, isu rakyat menjadi sasaran kempen Pakatan Rakyat sekarang.   Kononnya mereka mendakwa sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan Rakyat berbanding BN yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tariff tetapi yang terjadi adalah sebaliknya

Agak malang, kita selalu menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan, namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat .  Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan seperti di Selangor belum tertunai, namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi

Dalam hal ini, BN sebagai pemerintah tidak boleh asyik berjanji sahaja, sebaliknya mereka perlu melaksanakan apa yang pernah dijanjikan.  Kita kena ingat, majoriti rakyat tidak meminta “bulan dan bintang” seperti dalam janji-janji Pakatan Rakyat.  Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan

Justeru itu, BN harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat.   Semoga kita tidak ‘terlalu tenang’ dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Ini kerana kalau salah langkah, ‘kubu kuat’ pun boleh ranap begitu saja.

Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...