بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Disember 30, 2010

Pemimpin Perlu Berani Berubah

Kejayaan program ADUN Kuala Nerang mengadakan program Gelombang Merah Berani Berubah pada hari ini 29 Disember 2010 dengan jemputan khas Datuk Mukhriz sebagai tetamu khas sepatutnya membuka mata ketua-ketua Pemuda, Wanita, Bahagian UMNO yang lain. Program yang dihadiri hampir 3000 orang (mengikut kiraan 1Melayu) telah berjaya mengumpulkan pelbagai pihak di Kuala Nerang.

Perkasa, Persatuan Pemandu teksi, Bekas tentera, Pelajar, Rela, MIC, Gerakan, Pegawai Masjid dan lain-lain sepatutnya dijadikan contoh kepada bahagian-bahagian lain untuk program memperkasakan UMNO Kedah demi merampas kembali Kedah dari PR.

Apa yang memusykilkan Kedah Times ialah kemana perginya Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian serta Ketua Pemuda Padang Terap? Ada satu mesej diterima mengatakan yang Ketua Bahagian ada program dengan Tourism Malaysia, Timabalan Ketua Bahagian berada di Perak dan Ketua Pemuda Padang Terap yang juga Ketua Pemuda Negeri berada di Kuala Lumpur. 

Jika tidak dapat hadir kenapa tiada wakil atau sebagainya di majlis sebesar ini? Malahan tidak didengar samada 'kiriman Salam' atau pengumuman kenapa ketidakhadiran dari Ketua-ketua ini.

Apa sudah jadi dengan Padang Terap? Masih tidak berubah atau takut untuk berubah? Jika inilah sikap-sikap  peneraju-peneraju parti di bahagian, UMNO tidak akan ke mana.

Kita menunggu bahagian mana yang BERANI BERUBAH dengan mengadakan program-program yang mengabungkan semua agensi, persatuan dan sebagainya yang bakal memberi impak yang besar kepada pengundi untuk memilih menyayangi UMNO dan seterusnya memenangkan UMNO pada PRU13 nanti.

Seterusnya kita bakal melihat mereka-mereka yang masih ingin berada ditakuk lama berpolitik yang hanya membawa kepada kemenangan perut mereka sahaja ... bukan kemenangan rakyat.

Jiika benar telahan Kedah Times, maka mereka inilah sebahagian dari Warlord-warlod yang kita selalu katakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...