بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Disember 31, 2010

HAPUSKAN SIKAP NAPOLEON KECIL

BERITA yang dipetik dari muka surat C8, Nanyang Siangpao bertarikh 27 Disember 2010 ini menyentuh mengenai kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.  Menurutnya, pihak kerajaan sepatutnya beri peruntukan kepada rumah ibadah bukan Islam dan pada masa yang sama hapuskan sikap pegawai-pegawai kerajaan yang bertindak seperti Napoleon Kecil, supaya dapat mencegah pegawai-pegawai kerajaan menyeleweng kuasa, menyebabkan permohonan rumah-rumah ibadah bukan Islam menempuh pelbagai rintangan.

“MCA negeri Johor sedang mengumpul maklumat tentang pemohon-pemohon rumah ibadah yang mengalami pelbagai rintangan semasa memohon, salah satunya ialah permohonan gereja di Kluang dan Johor Baharu. Kita akan berjumpa dengan Menteri Besar Johor untuk mencari penyelesaiannya. Tetapi dalam jangka masa panjang kita harap kakitangan awam boleh bersikap adil kepada semua agama,” katanya.
Pada malam 24 Disember lalu, Soi Lek telah merasmikan sambutan hari Krismas anjuran 11 buah gereja di Batu Pahat, termasuk MCA Cawangan Batu Pahat.

Soi Lek menegaskan, agama sepatutnya membangkitkan nilai-nilai yang ada persamaan, termasuk menggalakkan orang ramai ke jalan yang benar, dengan hati yang mulia membantu orang-orang yang kurang bernasib baik, supaya dapat hidup aman sejahtera, pastikan masyarakat bersatu padu dan stabil, bukan menggunakan agama sebagai alat untuk berpolitik.

“Dalam negara ini, ada sebuah parti yang menggunakan agama sebagai agenda politik mereka, apa yang mereka mahu ialah tubuhkan sebuah negara Islam.   Parti itu cuba menggunakan Islam untuk melaksanakan undang-undang mereka, mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam dan hukum hudud.  Apa yang saya curiga ialah, adakah rakyat bukan beragama Islam terpaksa ikut undang-undang Islam yang mereka laksanakan itu,” tambahnya.

Beliau juga menganggap semua agama walaupun fahamannya berbeza, sepatutnya bekerjasama bagi kesejahteraan dan hidup aman untuk semua rakyat, mengeratkan hubungan antara kaum, menzahirkan satu sikap boleh bertolak ansur terhadap semua agama.-UM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...