بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Disember 29, 2010

Pengurusan GLC tak daftar mengundi patut dibuang!

Alangkah sedihnya apabila kita tahu kini terdapat ramainya warga koperat yang menduduki kerusi empok di jabatan Agensi Kerajaan (GLC) tidak mendaftar sebagai pengundi dan sudah pasti tidak pernah mengundi.
Sedang ramai dikalangan kita terutama warga emas terpaksa bersusah payah untuk keluar mengundi dan tenaga kerja BN bekerja keras untuk mempastikan BN berjaya dan membolehkan mereka meeka ini terus memegang jawatan tertinggi didalam Syarikat milik kerajaan, namun mereka ini selesa dibilik berhawa dingin dengan gaji yang lumayan tanpa mempedulikan nasib bangsa yang kebanyakannya Melayu dan melupakan tanggung jawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mohon kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri najib Tun Razak melihat perkara ini dengan jelas dan memastikan warga korporat yang diterima sebagai pemimpin tertinggi didalam GLC supaya mereka yang diterima itu mestilah telah menjalankan tanggung jawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Mulai dari sekarang juga Menteri yang menjaga hal ehwal Koperat dan syarikat milik kerajaan perlu menyiasat adakah pemegang kuasa tertinggi didalam syarikat milik kerajaan ini telah mendaftar sebagai Pengundi. Agar kejadian yang pernah berlaku pada beberapa orang Pensyarah universiti dan artis yang tidak pernah mengundi malahan tidak pernah mendaftar sebagai pengundi berdaftar. Tetapi bercakap soal semangat, patriotik dan kebangsaan.
Juga perlulah di semak akan senarai pegawai dan kakitangan kerajaan yang mendapat imbuhan besar melalui kerajaan kerana dikhuatiri mereka juga tidak mendaftar sebagai pengundi.
Kepada anda warga yang cintakan Malaysia sila semak no kad pengenalan boss boss anda yang mungkin ada didalam simpanan anda atau diri anda sendiri sudah mendaftarkah anda sebagai pengundi.
Jalankan tanggungjawab anda sebagai Penentu Kerajaan dan Pemimpin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...