بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Disember 30, 2010

GEMPAR ! Foto-foto Rumah Orang Melayu Yang Dirobohkan Di Kampung Asam, Pulau Pinang !

Isu panas Kampung Asam, Pulau Pinang semakin merumitkan apabila 8 rumah rakyat Pulau Pinang dirobohkan baru-baru ini. Penulis telah pergi ke sana sebentar tadi untuk melihat sendiri rumah-rumah yang dirobohkan dan juga berkesempatan berjumpa dengan beberapa penduduk di sana.

Di bawah adalah beberapa rumah yang telah dirobohkan :







Selain aripada 8 rumah tersebut, 8 rumah lagi masih menunggu tindakan seterusnya dan penulis difahamkan bahawa besar kemungkinan akan dirobohkan juga tidak lama lagi untuk tujuan membina kondominium berharaga RM600,00 - RM800,000 dan juga jalanraya.

Semasa penulis berjumpa dengan mereka, terdapat banyak kemusykilan dan kekecewaan yang diluahkan. Di antara lain ialah klaus perjanjian yang meragukan dan pampasan yang tidak adil. 

Sebagai contoh, terdapat beberapa keluarga tinggal di dalam satu rumah di Kampung Asam tetapi sebagai pampasan, mereka hanya akan mendapat 1 lot rumah/flat sebesar 650 kaki persegi.
Dan untuk sementara waktu, mereka akan diberi pampasan sebanyak RM500 sebulan untuk tinggal dirumah sementara. Jika nilainya ialah RM500, dimanakah keluarga-keluarga tersebut dapat tinggal di bahagian pulau di sini?

Terdapat juga keluarga yang tidak mendapat pembelaan kerana alamat rumah mereka berkongsi lot dengan rumah keluarga yang lain. Hanya satu keluarga sahaja yang akan mendapat pampasan manakala keluarga yang satu lagi tidak.

Selain daripada itu, terdapat penduduk yang mempersoalkan ketidaktelusan perjanjian di antara penduduk dengan pemaju dan pemilik tanah di kawasan tersebut. Sebagai contoh, rujuk di bawah :-


Ada yang mempersoalkan klaus 'Bankruptcy' yang jelas menunjukkan bahawa penduduk-penduduk di Kampung Asam bakal merempat tanpa rumah sendiri jika pemaju perumahan tersebut didapati bankrup atau pun terdapat prosiding.

Dalam ertikata lain, penduduk-penduduk yang telah menandatangani perjanjian tersebut telah mengambil risiko yang tinggi memandangkan pemaju boleh 'cabut lari' tanpa meninggalkan sebarang pampasan yang realistik kepada mereka semua.

Penulis difahamkan bahawa terdapat projek perumahan di Jelutong yang berkesudahan dengan pemaju 'cabut lari' dan pembeli tidak mendapat hak mereka.

Seperkara lagi, mereka juga telah didatangi dengan beberapa ahli politik daripada parti PAS yang kononnya mahu membantu mereka, begitu juga dengan ADUN DAP Jelutong yang tidak memberikan komitmen seperti yang mereka harapkan.

Penulis tidak terkejut dengan dakwaan mereka tentang komitmen kosong pemimpin-pemimpin parti PAS. Realitinya, mereka tidak ada suara yang kuat di dalam kerajaan Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Sungguh memalukan sekali!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...