بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Isnin, Januari 10, 2011

INTERLOK : APA KATA A SAMAD SAID ? NAK BUAT DEMO KE BUAT DONO ?

Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk  Abdullah Hussain.

NONEMereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan mencetuskan ketegangan kaum.

"kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

"Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik.

NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara.

Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...