KUALA LUMPUR 7 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini menyerahkan memorandum cadangan penubuhan Unit Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan (UPB) sebagai salah satu sekretariat khas di bawah Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, cadangan itu salah satu daripada beberapa usul berkaitan kepentingan ekonomi orang Melayu dan bumiputera yang menjadi tumpuan perjuangan pertubuhan itu.
“Sekretariat UPB ini perlu setaraf Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) dalam memastikan agenda perjuangan ekonomi bumiputera tidak terbantut.
Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di sini hari ini.
Menurut Ibrahim, usul mengenai cadangan penubuhan UPB itu antara lain mahukan ia diketuai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bertaraf menteri selain berkuasa mengarah dan memantau menteri, Ketua Setiausaha kementerian-kementerian dan Ketua-ketua Pengarah agensi dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.
Dalam masa sama, katanya, UPB itu juga perlu dianggotai oleh individu terbaik dan pakar dalam sektor yang menjadi tumpuan MTAB.
“Paling penting, setiap anggota UPB hendaklah terdiri daripada mereka yang disahkan mempunyai semangat perjuangan bangsa yang amat tinggi dan tulen,” kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan