بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Rabu, Januari 12, 2011

Perkasa mahu kerajaan bertegas

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan tidak dayus dalam mempertahankan sejarah, budaya dan ilmu yang terdapat dalam novel Interlok.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali justeru berharap kerajaan bertindak tegas sebelum keadaan lebih buruk berlaku gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pihak menyalakan api perkauman dengan membakar karya sastera itu.
Katanya, tindakan membakar karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu mempunyai agenda politik untuk meraih sokongan kaum India dengan menggunakan isu perkauman.
”Ada parti politik, tahi hidung pun boleh jadi isu kalau korek guna salah jari.
”Kasta dalam masyarakat India adalah hakikat sebenar sejarah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai polemik Interlok yang diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini.
Penggunaan novel itu mendapat bantahan kerana dikatakan berunsur perkauman sehingga mendorong ia dibakar oleh kira-kira 100 orang India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK), kelmarin.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata, kumpulan yang membakar novel itu sepatutnya bertindak terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang mengeluarkan ungkapan “Tutup kedai, balik India” terhadap pekerja sebuah restoran di Pulau Pinang baru-baru ini.
”Oleh itu, sebelum api perkauman terus dinyalakan, kerajaan mesti cegah sebelum merebak walaupun ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi ia gagal digunakan sebagai alat pencegahan kerana ada pihak akan tuduh kerajaan zalim,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...