بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Januari 13, 2011

Nasib Kg. Baru sama Singapura


KUALA LUMPUR 11 Jan. – Nasib Kampung Baru di sini mungkin sama seperti nasib yang menimpa kampung-kampung Melayu di Singapura sekiranya kerajaan tidak lagi diterajui oleh pemimpin Melayu pada masa akan datang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di Singapura kampung-kampung Melayu telah dimusnahkan dan orang Melayu ditempatkan di rumah-rumah pangsa.
Beliau berkata, tujuannya adalah untuk memastikan kehidupan orang Melayu di republik itu tidak lagi dikelilingi oleh kaum serta suku-sakat mereka kerana Singapura mengamalkan dasar mengintegrasikan semua kaum.
”Hakikat yang nyata adalah segala bukti asal-usul Singapura sebagai tanah milik Melayu hilang sama sekali. Hari ini Kerajaan Malaysia dianggotai oleh majoriti orang Melayu yang prihatin terhadap nasib orang Melayu.
”Janganlah kita yakin tidak akan wujud kerajaan di mana suara wakil Melayu tenggelam hapus. Tanda-tanda ini boleh berlaku dan sudah pun nampak. Jika pada masa itu pembaharuan Kampung Baru dirancang, mungkin apa yang terjadi pada kampung Melayu di Singapura akan terjadi kepada Kampung Baru di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru blognya yang bertajuk Kampung Baru 2 di http://chedet.co.cc/chedet hari ini.
Sementara itu Dr. Mahathir berkata, beliau tertarik dengan cadangan supaya kerajaan membangunkan kampung Melayu moden dengan membina rumah-rumah kayu Melayu dilengkapi dengan parit dan pokok-pokok.
”Ia boleh dijadikan satu produk pelancongan untuk menunjuk budaya dan cara hidup orang Melayu dahulu kala. Cuma saya tidak begitu senang jika orang Melayu dan kampung mereka hanya dijadikan produk pelancongan.
”Kita telah hentikan membawa pelancong melihat cara hidup Orang Asli kerana kita hormati mereka sebagai manusia dan bukan pameran muzium,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu boleh dipertimbangkan.
”Apa pun janganlah kita pamerkan kedaifan orang Melayu dengan rumah robek mereka yang kini terdapat di tengah-tengah ibu kota moden kita,” ujarnya.
Beliau juga tidak setuju cadangan kerajaan memberi subsidi sebanyak 99.9 peratus kerana mentaliti subsidi keterlaluan akan menjadikan orang Melayu amat lemah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...