بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Januari 11, 2011

TAHNIAH TUAN GURU HADI AWANG !!!

Alhamdulillah teman memanjat syukur kepada ALLAH kerana ketegasan Tuan Guru Dato' Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan bahawa PAS dibawah kepimpinan beliau akan terus dengan perjuangan mendirikan sebuah Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Tuan Guru Haji Hadi mencabar kenyataan Karpal Singh dalam ucapan semasa Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang mendesak PAS supaya mengkaji semula pendirian mengenai penubuhan sebuah Negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam. Walaupun dalam konvensyen itu ada ahli PAS yang membuat ucapan "sanggup mati untuk Karpal Singh", namun alhamdulillah Tuan Guru Haji Hadi tidaklah bermain kompang yang sama!

Teman faham isi hati seorang Tuan Guru saperti Ustad Hadi. Beliau tahu sangat Karpal Singh adalah orang yang tidak akan menerima perjuangan PAS. Ustad Hadi tidak saperti pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan. Ustad Hadi tahu Karpal Singh telah membuat kenyataan kalau mahukan Islam "over my dead body". Sampai mampus Karpal Singh dan Kitsiang serta Anak lakinya tidak akan menerima Daulah Islamiyyah & perlaksanaan syariat Islam (walaupun teman, sebagaimana umat beriman yang lain tidak menafikan ketentuan ALLAH untuk memberikan hidayah dan iman kepada mereka - semoga ALLAH membuka hati & jiwa mereka kepada iman & Islam!).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...