بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Januari 13, 2011

Penyerahan Semula Darjah Kebesaran Selangor

1. Pada pertengahan Disember 2010 yang lalu saya telah menghantar sepucuk surat kepada Duli Yang Maha Mulia Tuaku Sultan Selangor bagi memulangkan sementara pingat darjah kebesaran Selangor Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

2. Surat tersebut dibuat berikutan kejadian saya di dakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam beberapa hari sebelumnya atas tuduhan salah guna kuasa. Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung.

3. Hari ini Dewan Diraja telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut. 

4. Justeru mulai hari ini semua media dan dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Dato Seri dari pangkal nama saya dan menggunakan nama Dr. Mohamad Khir bin Toyo sahaja.

Tahniah kepada Dr Khir Toyo kerana begitu gentlemen menyerahkan sementara gelaran Datuk Seri kepada Sultan Selangor demi nama baik Tuanku Sultan Selangor. Beliau tidak mahu pihak Tuanku terpalit dengan kes rasuah yang sedang di hadapi beliau! Wow tahniah sekali lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...