بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Khamis, Februari 03, 2011

Cabaran Aqidah : Pemikiran Islam Liberal


Mukadimah
Go to fullsize imageDalam rekomendasi Rand Corporation kepada kerajaan Amerika sebagaimana tertulis dalam buku “Civil Democratic Islam : Partners, Resources, and Strategies” (Cheryl Benard, 2003, m.s. 61-64) dinyatakan bahawa untuk menghadapi umat Islam maka mereka perlu memecah-belahkan umat Islam dengan memberikan sokongan kepada golongan Islam fundamentalis yang bakal melahirkan Islam radikal, akibatnya timbul pertentangan dengan golongan Islam tradisional. Di bahagian yang lain kerajaan Amerika memberikan sokongan kepada kelompok Islam liberal.
Dengan pembahagian umat Islam kepada golongan “Islam Fundamentalis” dan “Islam Liberal”, di samping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, maka gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah waljamaah dan menjadi umat pertengahan (tidak ekstreem-fundamentalis dan tidak ekstreem-liberal) tidak dapat dilihat dengan jelas.

Pada awalnya umat Islam tidak memerlukan suatu manhaj akidah sebab sejak zaman Rasulullah dan sahabat, umat Islam tidak menghadapi kelompok-kelompok pemikiran. Akan tetapi dengan munculnya kelompok Khawarij, Syiah Rafidhah, Muktazilah, Qadariyah, Jabariyah, maka para ulama memandang perlu menyusun sebuah manhaj akidah yang bersumber daripada akidah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW, dan dikuti oleh para sahabat dan tabiin serta majoriti umat Islam. Manhaj akidah tersebut disepakati dengan nama manhaj akidah Ahli sunnah waljamaah.
Sejarah kembali berulang, di mana umat Islam pada masa ini, akan menghadapi serangan dua golongan yang dibesar-besarkan oleh musuh melalui media, iaitu golongan “Islam fundamentalis” dan golongan “Islam liberal”.
Oleh sebab itu sebagaimana para ulama salaf terdahulu, maka umat Islam perlu kembali mengenali kedua-dua musuh tersebut dan menghidupkan kembali manhaj ahli sunnah waljamaah, serta menyebarluaskan pemahaman ahli sunnah waljamaah kepada umat Islam di samping memberikan penjelasan tentang kekeliruan pemahaman yang terdapat dalam kumpulan “Islam Fundamentalis”, dan kumpulan “Islam Liberal”, di samping kumpulan Syiah-Rafidhah, dan kumpulan tarekat sufi yang sesat.
Go to fullsize imageDalam makalah ini, penulis hanya akan memberikan kajian ringkas tentang prinsip-prinsip khawarij dan “Islam liberal”. Adalah diharapkan para ulama dan guru-guru agama dapat mengembangkan, mengkaji dan mengidentifikasi pemikiran tersebut dalam masyarakat moden sekarang ini, serta memberikan jawapan dan penyelesaian kepada masyarakat muslim dengan menjelaskan dan menghidupkan kembali pemahaman yang benar terhadap manhaj akidah ahli sunnah waljamaah.
Sejarah Islam Liberal
Go to fullsize imageIslam liberal pada mulanya diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam : A Source Book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism : A Critique of Development Ideologies ” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago, University of Chicago Press, 1998). Walaupun buku ini terbit tahun 1998, tetapi idea yang mendokong liberalisasi telah muncul terlebih dahulu seperti gerakan modernisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya.
Oleh sebab itu, walaupun Jaringan Islam Liberal di Indonesia bermula tahun 2001, tetapi idea-idea Islam Liberal di Indonesia sudah ada sejak tahun 1970 dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islam yang dibawa oleh Nurcholish Madjid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007).
Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalisme budaya, liberalisme politik, dan liberalisme agama.
Go to fullsize imageGerakan Liberalisme di Barat bermula dengan gerakan reformasi yang bertujuan menentang kekuasaan Gereja, menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia (Harorld Laski dan John L. Stanley, The Rise of European Liberalisme, London, 1997, m.s. 15).
Gerakan liberalisme tersebut masuk ke dalam bidang agama, sebagai contoh gerakan reformasi Inggeris bertujuan untuk menghapuskan ketuanan dan kekuasaan golongan agama (papal jurisdiction) dan menghapuskan cukai terhadap gereja (clerical taxation). Oleh sebab itu gerakan liberalisme berkait rapat dengan penentangan terhadap agama dan sistem pemerintahan yang dilakukan oleh golongan agama (gereja) atau raja-raja yang memerintah atas nama Tuhan. (Khalif Muammar, Atas nama kebenaran , m.s. 75).
Gerakan liberalisasi agama ini telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan Kristian. Contohnya, Gerakan Yahudi Liberal (Liberal Judaism) telah muncul pada abad ke-19 sebagai usaha menyesuaikan dasar-dasar agama yahudi dengan nilai-nilai zaman pencerahan (Enlightenment) tentang pemikiran rasional dan bukti-bukti sains.
Organisasi Yahudi Liberal diasaskan pada tahun 1902 oleh orang Yahudi yang memiliki komitmen terhadap falsafah liberal dengan tujuan mempercayai kepercayaan dan tradisi Yahudi dalam dunia kontemporer.
Akibatnya daripada pemahaman liberal tersebut maka daripada 31 pemimpin agama yang tergabung dalam persatuan Rabbi Yahudi Liberal (Liberal Judaism’s Rabbinic Conference) terdapat empat orang rabbi lesbian dan dua orang rabbi gay. (Adian Husaini, dalam pengantar buku 50 Tokoh Islam Liberal, Budi Handrianto, m.s.xvii)
Dalam agama Kristian juga terdapat golongan Kristian Liberal, di mana mereka melakukan rekonstruksi keimanan dan hukum dengan menggunakan metode sosio-historis dalam agama (mengubah prinsip iman dan hukum agama sesuai dengan perkembangan masyarakat), sehingga Charles A. Briggs, seorang Kristian Liberal menyatakan : “It is sufficient that Bibel gives us the material for all ages, and leaves to an the noble task of shaping the material so as to suit the wants of his own time” (Alister E. McGrath, The Balckwell Encyclopedia of Modern Christian Thought, Oxford, 1993).
Go to fullsize imageAkhir-akhir ini pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim seperti yang dilakukan oleh Nasr Hamid Abu Zayd (Mesir),Muhammad Arkoun (Al Jazair), Abdulah Ahmed Naim (Sudan), Asghar Ali Enginer (India), Aminah Wadud (Amerika), Nurcholish Madjid, Syafii Maarif, Abdurrahman Wahid, Ulil Absar Abdalla(Indonesia), Muhamad Shahrour (Syria), Fetima Mernisi (Marocco) Abdul Karim Soroush (Iran),Khaled Abou Fadl (Kuwait) dan lain-lain.
Di samping itu terdapat banyak kelompok diskusi, dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL – Indonesia), Sister in Islam (Malaysia) hampir di seluruh negara Islam (lihat laman web.unc.edu/~kurzman/LiberalIslamLink.)
Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid.
Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas- nas Syarak secara putus (qat’ie). Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.
Gerakan Islam Liberal sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.
Go to fullsize imageMenurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, cara berfikir barat tersebut terdiri daripada lima sifat yang saling kait-mengait :
1. Kebergantungan semata-mata kepada akal manusia bagi memandu kehidupan dunia.
2. Dualisme dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran. Contohnya dualisme antara akal dan jasad, dan pemisahan antara kaedah rasionalisme dan empirisisme.
3. Penekanan kepada unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang mempamerkan pandangan alam (worldview) yang sekular.
4. Doktrin humanisme iaitu jelmaan ideologi sekuralisme yang memusatkan penilaian segala-galanya kepada fikiran manusia.
5. Konsep tragedi yang menyusup dalam setiap arena kehidupan baik falsafah, agama, atau kesenian.
9. Konsep ini mencerminkan jiwa yang tidak beriman kerana kecewa dengan agama. Konsep tragedi ini mengakibatkan mereka asyik berpandu kepada keraguan, dan dalam proses ini falsafah telah diiktiraf sebagai alat utama menuntut kebenaran yang tiada tercapai.

Leonard Binder, penulis buku Islamic Liberalism dan seorang pakar politik beragama Yahudi dari Universiti Chicago mengakui bahawa sekularisme sebenarnya telah gagal di Timur Tengah (dunia Islam), oleh sebab itu kini barat memberikan konsep Islam Liberal untuk memperkuat liberalisme politik di negara-negara Muslim.
Buku ini (Islamic liberalism) mempersoalkan kemungkinan wujudnya Islam Liberal dan menyimpulkan bahawa tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah tidak akan berhasil. (Adian Husaini, Islam Liberal, m.s.23)
Antara ciri-ciri pemikiran Islam Liberal menurut Khalif Muammar adalah :
1. Rasionalisme dan Sekularisme.
2. Penolakan terhadap syariah.
3. Pluralisme Agama.
4. Penolakan terhadap autoriti keagamaan.
5. Kebebasan mentafsirkan teks-teks agama Islam.
6. Tiada dakwaan kebenaran (faham relativisme).
7. Mempromosikan nilai-nilai Barat.
8. Pembebasan Wanita.
9. Mendukung demokrasi liberal sepenuhnya.

Go to fullsize imageOleh sebab itu menurut Syekh Abdullah al-Khatib dalam kitabnya “al Islam wa raddu ala hurriyatil fikri”menyatakan bahawa golongan yang berfikiran bebas mempunyai agenda tersembunyi iaitu :
1. Untuk menggugurkan agama secara sepenuhnya daripada masyarakat iaitu memisahkan agama daripada pendidikan, menjauhkan syariat Islam daripada kedudukannya sebagai sumber perundangan dan mengasaskan ekonomi di atas dasar riba.
2. Untuk menjauhkan fikrah atau pemikiran manusia daripada setiap yang mempunyai kaitan dengan ruh, wahyu dan alam ghaib dan daripada segala ikatan dengan akhlak, akidah dan keimanan kepada Allah.
3. Untuk memartabatkan ketuanan akal, kebendaan, dan ketidakpercayaan kepada agama dan wahyu (ilhad) dalam setiap urusan kehidupan dan menjadikan Islam hanya sebagai agama rohani semata-mata dan menolak agama sebagai penentu dan pencorak perjalanan hidup bermasyarakat.

Program Islam Liberal
Tesis Ph.D Greg Barton di Monash Universiti yang berjudul “The Emergence of Neo-Modernism : A Progressive, Liberal Movement of Islamic Thought (diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dengan tajuk “Gagasan Islam Liberal di Indonesia”) menyatakan bahawa program Islam Liberal di Indonesia iaitu :
a. Kepentingan kontekstualisasi ijtihad.
b. Komitmen terhadap rasionaliti dan pembaharuan agama.
c. Penerimaan terhadap pluralisme sosial dan pluralisme agama.
d. Pemisahan agama daripada parti politik dan adanya posisi nonsektarian negara.
(Greg Barton, Gagasan Islam Liberal di Indonesia, Jakarta, 1999,m.s.21-22)

Jaringan Islam Liberal ( JIL ) di Indonesia telah merumuskan tujuan gerakannya ke dalam empat matlamat :
1. Memperkukuhkan landasan pendemokrasian melalui penanaman nilai-nilai pluralisme, inklusivisme, dan humanisme.
2. Membangun kehidupan keberagamaan yang berdasarkan kepada penghormatan atas perbezaan.
3. Mendukung dan menyebarkan gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka, dan humanis.
4. Mencegah agar pandangan-pandangan keagamaan yang militan dan pro-kekerasan tidak menguasai wacana awam.

Seorang tokoh Jaringan Islam Liberal di Indonesia, Denny JA lebih jauh menyatakan bahawa Islam Liberal adalah golongan yang menginterprestasikan Islam yang sesuai dengan kemodenan dan demokrasi “dan demokrasi sebagaimana yang diteorikan dan dipraktikkan di seluruh dunia bersikap sekular, dimana negara mengambil jarak yang sama atas pluralisme agama atau pun pluralisme interprestasi agama”.
Di Malaysia, gerakan liberal tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama Islam Liberal, tetapi dilakukan oleh individu-individu yang memperjuangkan demokrasi , fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme).
Usaha ini dilakukan melalui tulisan-tulisan dalam akhbar, atau menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman Islam Liberal. Sister In Islam adalah kumpulan yang menyarankan persamaan hak antara wanita dan lelaki, di samping mempromosikan demokrasi, dan kebebasan.
Dalam laman webnya dinyatakan bahwa “Sisters In Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of the holy text”.
Misi gerakan Sister In Islam adalah untuk memahami ajaran Islam berasaskan kesamaan hak, keadilan, kebebasan dan demokrasi. “Our mission is to promote an awareness of the true principles of Islam, principles that enshrine the concept of equality between women and men, and to strive towards creating a society that upholds the Islamic principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state”.
Jika di Indonesia Gerakan Liberal dilakukan oleh Jaringan Islam Liberal (JIL), maka di Malaysia gerakan Islam Liberal difokuskan kepada persamaan hak antara wanita dan lelaki (feminisme).
Sehingga pada bulan Mac 2007 SIS dengan ditaja oleh lembaga dan yayasan dari negeri Barat sepertiOxfam Novib, Ford Foundation, Global Fund for Women, The Sigrid Rausing Trust dan Hivosmembentuk kelompok dan jaringan yang memperjuangkan persamaan hak wanita dan lelaki dalam Islam seluruh dunia yang mereka namakan dengan gerakan Musawah.
“Musawah was initiated in March 2007 by Sisters in Islam, a Malaysian non-governmental organisation that is committed to promoting the rights of women within the framework of Islam, and a 12-member international planning committee of activists and scholars from 11 countries. The committee came together to consolidate information, experiences, and ideas that have been used by NGOs and activists in countries around the world to advance equality in the family. Musawah is funded through the generous support of Oxfam Novib, the Ford Foundation, the Global Fund for Women, the Sigrid Rausing Trust, and Hivos”.
Menurut Adian Husaini, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu :
1. Liberalisasi bidang akidah dengan penyebaran faham pluralisme agama.
2. Liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad.
3. Liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.
(Adian Husaini, Liberalisasi Islam di Indonesia, 2006, m.s.11)

Liberalisasi Akidah
Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan faham Pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar, dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama. (keterangan lanjut tentang Pluralisme Agama sila baca Dr. Anis Malik Taha, Tren Pluralisme Agama, Perspektif, Jakarta, 2002)
Ulil Absar Abdallah, penyelia Jaringan Islam Liberal di Indonesia menyatakan bahawa “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi, Islam bukan agama yang paling benar (Majalah Gatra, 21 Desember 2002).
Ulil Absar juga menulis : “Dengan tanpa rasa segan dan malu saya mengatakan bahwa semua agama adalah tepat berada pada jalan seperti itu, jalan panjang menuju Yang Maha Benar. Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman yang berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama ada dalam satu keluarga besar yang sama : yaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang tak pernah ada hujungnya “(Kompas, 18-11-2002, dalam artikel : “Menyegarkan kembali pemahaman Islam”)
Budhy Munawar Rahman, pensyarah Universitas Paramadina menyatakan : “Teologi pluralis memberikan legitimasi kepada kebenaran semua agama, dan pemeluk agama apapun layak disebut sebagai orang yang beriman, dengan makna “orang yang percaya kepada Tuhan ”, kerana sesuai dengan al-Quran Surah 49:10-12, sebab mereka semua adalah bersaudara dalam iman.
Oleh itu, hal yang diperlukan sekarang dalam penghayatan Pluralisme agama adalah pandangan bahawa siapapun yang beriman adalah sama di hadapan Allah, kerana Tuhan kita semua adalah Tuhan yang Satu” (Wajah Islam Liberal, 2002, m.s. 51-53).
Abdul Munir Mulkan, pensyarah Uniersitas Islam Negeri Yogyakarta juga menulis : “Yang harus diyakini bahwa syurga Tuhan yang satu itu terdiri dari banyak pintu dan kamar. Tiap pintu adalah jalan pemeluk tiap agama untuk memasuki kamar syurganya. Syarat memasuki syurga adalah keikhlasan pembebasan manusia dari kelaparan, penderitaan, kekerasan,dan ketakutan, tanpa melihat agamanya. Inilah jalan universal syurga bagi semua agama”. (Ajaran dan Jalan kematian Syekh Siti Jenar, 2002, m.s.44).
Dr. Nurcholis Madjid, juga menyatakan : “Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan, dan jari-jari itu adalah jalan dari pelbagai agama. Falsafah perenial juga membahagi agama pada level esoterik (batin) dan eksoterik (zahir). Satu agama berbeza dengan agama lain dalam level eksoterik, tetapi sama dalam level eksoterik. Oleh karena itu ”Satu Tuhan Banyak Jalan ”. (Tiga Agama Satu Tuhan, 1999, m.s.xix). “Jadi Pluralisme sesungguhnya adalah sebuah aturan Tuhan (Sunnatullah) yang tidak akan berubah, sehingga juga tidak mungkin dilawan atau diingkari”. (Islam dan Doktrin Peradaban, Paramadina, 1995, m.s.lxxxviii).
Dr.Alwi Shihab, mantan Menteri Luar negara Indonesia, pensyarah di Universiti Islam Negeri Jakarta, menyatakan : “Prinsip lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan kewujudan orang yang
berbuat baik dalam setiap komuniti beragama dan dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan. Jelas prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme keagamaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran. Sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komuniti agama dari lainnya” (Alwi Shihab, Islam Inklusif : Menuju sikap terbuka dalam beragama, Mizan, Bandung, m.s.108-109).

Cadangan Penubuhan InterFaith Comission ( IFC )
Di Malaysia Gerakan Liberalisme dalam persamaan agama-agama dicadangkan dengan penubuhanInterFaith Commision ( IFC) atau nama asalnya Inter Religious Council (IRC) atau Majlis Suruhanjaya Antara Agama-Agama.
Badan ini berfungsi seperti sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yang terbabit. IRC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama. Jika diteliti, penubuhan IRC ini ditaja oleh Malaysian Consultative Council of Budhism, Christianity, Hinduism, and Sikhs (MCCBCHS) atau Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha,Kristian,Hindu dan Sikh melalui memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001.
Kandungan memorandum tersebut adalah :
1. Orang Islam hendaklah diberi hak murtad tanpa permohonan ke mahkamah Syariah. Ini adalah hak yang diberi Artikel 11 Perlembagaan. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah sivil.
2. Seorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
3. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
4. Tidak perlu dicatat dalam kad pengenalan seseorang muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan -perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Dari butir-butir memorandum di atas dapat dilihat bahawa agenda utama penubuhan IFC adalah meletakkan semua agama dalam kedudukan yang sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan bagi seorang muslim untuk murtad.
Penubuhan IFC ini ditaja oleh yayasan barat sebagaimana terbukti pada Persidangan Kebangsaan “Towards the Formation of the Interfaith Commission of Malaysia” yang berlangsung pada 24-25 Februari 2005 di Hotel Equatorial Bangi, Selangor di mana terdapat Jawatankuasa Pemandu IRC iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan Malaysian Interfaith Network. (Untuk mengetahui tentang penubuhan IFC sila rujuk Malaysian Interfaith Commision – A Documentation, Konrad Adenauer Foundation, 2007).
Malaysian Interfaith Network ( MIN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 15 Februari 2003 khusus bertujuan untuk menjayakan agenda pluralisme agama di Malaysia. MIN mempunyai 20 badan gabungan
termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, dan lain-lain.

Dalam programnya, MIN mendapat dana daripada “The Pluralisme Project, Havard University” yang ditaja oleh badan Yahudi Amerika, Ford Foundation dan Rockefeller Foundation (www.pluralism.org)
Konrad Adenauer Foundation (KAF) atau Yayasan Konrad Adenauer, dinamakan sempena Canselor Jerman yang pertama, ditubuhkan lebih daripada 50 tahun lalu. Mendapat namanya daripada Etika Pengajaran Sosial Kristian Katolik dan Kristian Protestan, dan menentang latar belakang sejarah Nazi. Ia bekerja keras untuk keamanan, kebebasan dan keadilan dengan menganjurkan nilai sejagat yang dikongsi oleh pelbagai budaya dan agama di atas bumi.
Menurut Peter Schier ( wakil KAF Malaysia), yayasan itu telah bertapak di Malaysia sejak 30 tahun lalu menaja badan pemikir Institut Kajian Dasar, Institute of Development Studies. Matlamat utama yayasan ini di seluruh dunia, dan di Jerman, adalah untuk menggalakkan demokrasi, peraturan undang-undang, hak asasi manusia dan konsep Jerman yang sangat unik iaitu ‘ekonomi pasaran sosial’, iaitu pasaran ekonomi dengan sosial, ekologikal dan tanggungjawab yang beretika. (Jacqueline Ann Surin, Sharing Universal Values, Thesundaily.com)
Cadangan penubuhan IFC tersebut akhirnya mendapat respon pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia sehingga tertubuhnya ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs) yang menyatakan bahawa penubuhan IRC akan membahayakan agama Islam sebab :
1. Penubuhan IFC membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal-ehwal agama Islam.
2. Penubuhan IFC menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang
dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah.
3. Penubuhan IFC akan menjadikan orang Islam bebas melakukan apa sahaja.
4. Penubuhan IFC akan membuat orang Islam bebas untuk murtad.
5. IFC berhak menentukan status agama seseorang, sebab seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC.

Liberalisasi Syariah
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Greg Barton bahawa antara tujuan Islam Liberal adalah merubah hukum-hakam agama Islam sehingga dapat disesuaikan dengan perkembangan zaman. Oleh sebab itu pemahaman al-Quran harus disesuaikan dengan perkembangan zaman sebagaimana dinyatakan olehAzyumardi Azra, mantan rektor Universitas Islam Negeri Jakarta (dulu bernama IAIN Jakarta) : “Al-Quran menunjukkan bahawa risalah Islam – disebabkan keuniversalannya adalah selalu sesuai dengan lingkungan budaya apapun, sebagaimana (pada saat turunnya) itu disesuaikan dengan kepentingan lingkungan Semenanjung Arab.
Oleh itu al-Quran harus selalu dikontekstualisasikan (disesuaikan) dengan lingkungan budaya penganutnya, dimanapun dan bila-bila saja ”.(Pengantar dalam buku Dari Neo-modernisme ke Islam Liberal , Dr. Abu A’la, 2003, hal.xi ).
Dr. Nurcholish Madjid menyatakan dalam syarahan di Taman Ismail Marzuki 21 Oktober 1992 tentang Ahlul Kitab : “Dan patut kita camkan benar-benar pendapat Muhammad Rasyid Ridha sebagaimana dikutip oleh Abdul Hamid Hakim bahwa pengertian Ahlul Kitab tidak hanya terbatas pada kaum Yahudi dan Kristian sahaja seperti tersebut jelas dalam al-Quran serta kaum Majusi seperti disebutkan dalam sebuah hadis, tetapi juga mencakupi agama-agama lainnya yang mempunyai suatu bentuk kitab suci ”. (Liberalisasi Islam di Indonesia, m.s. 48).
Kumpulan Islam Liberal di Indonesia telah menerbitkan buku “Fiqah Lintas Agama” yang menyatakan : “Soal pernikahan laki-laki non-Muslim dengan wanita muslimah merupakan urusan ijtihad dan terikat dengan konteks tertentu, di antaranya konteks dakwah Islam pada saat itu, di mana jumlah umat Islam tidak sebesar saat ini, sehingga pernikahan antara agama merupakan sesuatu yang terlarang. Oleh kerana kedudukannya sebagai hukum yang lahir dari proses ijtihad, maka amat dimungkinkan bila dicetuskan pendapat baru bahawa wanita muslimah boleh menikah dengan laki-laki non muslim atau pernikahan berlainan agama secara lebih luas amat dibolehkan apapun agama dan aliran kepercayaannya”. (Mun’im Sirry (ed), Fiqih Lintas Agama, 2004, m.s.164).
Dalam Rancangan Kompilasi Hukum Islam (Counter Legal Draft) yang diajukan kepada Kementerian Agama, kumpulan Islam Liberal Indonesia di bawah penyelia Dr. Musdah Mulia memberikan beberapa perubahan hukum Islam :
Pasal 3 ayat 1 : Asas perkahwinan adalah monogami dan perkahwinan poligami adalah tidak sah dan harus dinyatakan batal secara hukum.
Pasal 9 : Ijab-kabul boleh dilakukan oleh isteri –suami atau sebaliknya suami–isteri.
Pasal 54 : Perkahwinan berbeza agama antara muslim atau muslimah dengan non-muslim disahkan.
Pasal 59 : Talak tidak dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh suami atau isteri di depan sidang pengadilan agama.
Pasal 88 ayat 7a : Masa iddah bukan hanya dimiliki oleh wanita tetapi juga untuk lelaki. Masa iddah bagi lelaki adalah seratus tiga puluh hari.
Pasal 8 ayat 3 : Bahagian warisan anak laki-laki dan wanita adalah sama.

Itulah beberapa ijtihad Liberal yang diajukan untuk merubah enakmen perkahwinan , tetapi syukur kepada Allah, rancangan tersebut ditolak oleh Parlimen dan Kementerian Agama Republik Indonesia.
Nuryamin Aini, seorang pensyarah Fakulti Syariah UIN Jakarta, juga membuat pernyataan yang menggugat hukum perkahwinan antara agama. Dia menulis: “Maka dari itu, kita perlu meruntuhkan mitos fekah yang mendasari larangan bagi perempuan muslim untuk menikah dengan laki-laki non-muslim …. Isu yang paling mendasar dari larangan PBA (Perkawinan Berbeza Agama) adalah masalah sosial politik. Hanya saja, ketika yang berkembang kemudian adalah logika agama, maka konteks sosial-politik munculnya larangan PBA itu menjadi tenggelam oleh hegemoni cara berpikir teologis.” (Lihat buku Ijtihad Islam Liberal, JIL Jakarta, m.s.220-221).
Ulil Abshar Abdalla, di Harian Kompas edisi 18 November 2002, juga menulis: “Larangan kahwin berlainan agama, dalam hal ini antara perempuan Islam dengan lelaki non-Islam, sudah tidak relevan lagi.”
Bahkan, lebih maju lagi, Dr. Zainun Kamal, pensyarah Universiti Islam Negeri Jakarta, selalu menjadi tuan kadi yang menikahkan puluhan-mungkin sekarang sudah ratusan-pasangan yang berbeza agama.
Muhidin M. Dahlan, Dari Universiti Islam Negeri Yogyakarta menulis buku memori berjudul “Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur”, yang memuat kata-kata berikut: “Pernikahan yang dikatakan sebagai pembirokrasian seks ini, tak lain tak bukan adalah lembaga yang berisi tong-tong sampah penampung sperma yang secara anarkis telah membelah-belah manusia dengan tuntutan yang sangat menyakitkan. Istilah pelacur dan anak haram pun muncul dari rejim ini. Perempuan yang melakukan seks di luar lembaga ini dengan sangat kejam diposisikan sebagai perempuan yang sangat hina, tuna, lacur, dan tak pantas menyandang harga diri. Padahal, apa bezanya pelacur dengan perempuan yang berstatus isteri? Posisinya sama. Mereka adalah penikmat dan pelayan seks laki-laki. Seks akan tetap bernama seks meski dilakukan dengan satu atau banyak orang. Tidak, pernikahan adalah konsep aneh, dan menurutku mengerikan untuk bisa kupercaya.” (lihat buku: Tuhan Izinkan Aku Menjadi Pelacur: Memori Luka Seorang Muslimah, SriptaManent dan Melibas, Yogyakarta , 2005).
Dari Fakulti Syariah IAIN Semarang muncul gerakan yang mengizinkan perkahwinan homoseksual dengan terbitnya sebuah buku : “Indahnya Kawin Sejenis”. Buku ini adalah kumpulan artikel yang ditulis dalam Jurnal “Justisia” diterbitkan oleh Fakulti Syariah IAIN Semarang edisi 25, Th XI, 2004. Dalam buku ini ditulis strategi gerakan yang harus dilakukan untuk menghalalkan perkahwinan homoseksual di Indonesia.
“Bentuk gerakan yang harus dibangun adalah:
(1) mengorganisasi kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang merebut hak-haknya yang telah dirampas oleh negara
(2)memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada diri kaum homoseksual adalah sesuatu yang normal dan fitrah, sehingga masyarakat tidak memencilkannya bahkan sebaliknya, masyarakat ikut terlibat menyokong setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya
(3) melakukan kritik dan reaktualisasi tafsir keagamaan (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kaum homoseksual
(4)menyuarakan perubahan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan harus antara laki-laki dan wanita.” (Lihat buku Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual, Lembaga Studi Sosial dan Agama, Semarang, 2005)

Pada bahagian penutup buku tersebut, pelajar-pelajar fakulti Syariah IAIN Semarang tersebut menulis kata-kata yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya oleh seorang muslim pun: “Hanya orang primitif saja yang melihat perkahwinan sejenis sebagai sesuatu yang abnormal dan berbahaya. Bagi kami, tiada alasan kuat bagi siapapun dengan dalil apapun, untuk melarang perkahwinan sejenis. Sebab, Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan berterusan.”
Harian The Jakarta Post, edisi Jumaat (28/3/2008) dalam halaman muka depan menerbitkan berita berjudul Islam ‘recognizes homosexuality’ (Islam mengakui homoseksualiti). Memetik pendapat daripada Prof. Dr. Siti Musdah Mulia, Pengarah di UIN (Universiti Islam Negeri) Jakarta, akhbar berbahasa Inggeris itu menulis bahawa homoseksual dan homoseksualiti adalah alami (semulajadi) dan diciptakan oleh Tuhan, kerana itu ia dihalalkan dalam Islam. (Homosexuals and homosexuality are natural and created by God, thus permissible within Islam).
Menurut Musdah, para sarjana Muslim moderat berpendapat, bahawa tidak ada alasan untuk menolak homoseksual. Dan bahawasanya kritikan terhadap homoseksual atau homoseksualiti oleh kalangan ulama arus perdana dan kalangan Muslim lainnya hanyalah dibuat berdasarkan penafsiran sempit terhadap ajaran Islam.
Secara jelas, ditulis dalam akhbar itu: “Moderate Muslim scholars said there were no reasons to reject homosexuals under Islam, and that the condemnation of homosexuals and homosexuality by mainstream ulema and many other Muslims was based on narrowminded interpretations of Islamic teachings.”
Dengan merujuk ayat al-Quran surah Hujurat 49 ayat 3, Musdah menyatakan, bahawa salah satu berkat Tuhan adalah semua manusia, baik lelaki ataupun wanita, adalah sedarjat, tanpa mengira etnik, kekayaan, kedudukan sosial ataupun orientasi seksual.
Kerana itu, Musdah Mulia yang juga dikenal sebagai aktivis Islam Liberal dan kebebasan beragama daripada kumpulan ICRP (Indonesia Conference of Religions and Peace) ini berkata, “Tidak ada perbezaan di antara lesbian dengan non-lesbian. Dalam pandangan Tuhan, manusia dihargai hanya berdasarkan ketaatannya.” (There is no difference between lesbians and nonlesbians. In the eyes of God, people are valued based on their piety).
Demikianlah pendapat pensyarah Universiti Islam Negeri Jakarta ini dalam seminar yang dianjurkan oleh golongan Arus Pelangi di Jakarta, pada hari Khamis 27hb Mac 2008 yang lalu.
Menurut Musdah Mulia, intisari ajaran Islam adalah memanusiakan manusia dan menghormati kedaulatannya. Lebih jauh lagi dia berkata, bahawa homoseksualiti adalah berasal daripada Tuhan, dan kerana itu harus diakui sebagai hal yang alamiah (semulajadi).
Oleh itu tidak hairanlah jika kerana hujahnya itu, maka pada Hari Perempuan Dunia pada 8 Mac 2007, Musdah Mulia menerima penghargaan “International Women of Courage” dari Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat Condoleezza Rice di pejabat Kementerian Luar Negera Amerika Syarikat, di Washington. Dia dianggap berani menyuarakan, membela dan mengembalikan hak perempuan di kaca mata agama dengan cara melakukan ‘pembaharuan hukum Islam’ di Indonesia.
Di Malaysia perubahan hukum syariah khususnya yang berkaitan dengan persamaan hak antara lelaki dan perempuan disuarakan oleh kelompok Sister in Islam.
Dalam isu Rang Undang –Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan (Pindaan 2005) Sisters in Islam (SIS) bersama kumpulan wanita yang lain telah menentang kuat Rang Undang-Undang tersebut atas dakwaan kononnya ia akan menzalimi perempuan. Sebelum itu mereka juga menentang Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Terengganu (Hudud) dengan membangkitkan polemik kononnya undang-undang itu akan menzalimi wanita yang dirogol. SIS juga terkenal sebagai kumpulan yang menentang amalan poligami secara keseluruhannya dan pernah melancarkan kempen monogami secara terbuka (Riduan Mohd.Nor, Siri Serangan Pemikiran , MHI Publication, 2006, m.s.49).
Liberalisasi Al-Quran
Islam Liberal juga menggugat kesucian kitab suci al-Quran dengan melakukan studi kritis terhadap al-Quran. Lutfi Syaukani, pengasas Jaringan Islam Liberal di Jakarta mengatakan : ” Sebahagian besar kaum muslimin meyakini bahwa al-Quran dari halaman pertama hingga terakhir merupakan kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara langsung baik dalam lafaz maupun dalam makna. Kaum muslimin juga meyakini bahwa al-Quran yang mereka lihat dan baca hari ini adalah hampir sama seperti yang ada pada masa Nabi lebih dari seribu empat ratus tahun silam. Keyakinan semacam itu sesungguhnya lebih merupakan formulasi dan angan-angan teologis (alkhayal al-diniy), yang dibuat oleh para ulama sebagai sebahagian daripada doktrin Islam. Hakikat sejarah penulisan al-Quran sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai keadaan yang kacau dan tidak lepas dari perdebatan, pertentangan, tipu daya dan rekayasa ”.(Lutfi Syaukani, Merenungkan Sejarah Al Quran, dalam Abd.Muqsith Ghazali, Ijtihad Islam Liberal, 2005, hal.1.).
Ulil Abshar Abdalla, mantan Koordinator Jaringan Islam Liberal, menulis, “Tapi, bagi saya, all scriptures are miracles, semua kitab suci adalah mukjizat.” (Jawa Pos, 11 Januari 2004).
Taufik Adnan Amal, guru Ulumul Quran di IAIN Makasar, menulis satu makalah berjudul “Edisi Kritis al-Quran”, yang isinya menyatakan, “Huraian dalam paragraf-paragraf berikut cuba mengungkapkan secara ringkas pemantapan teks dan bacaan al-Quran, sambil menegaskan bahawa proses tersebut masih mengekalkan perkara dasar, baik dalam ortografi teks mahupun pemilihan bacaannya, yang kita warisi dalam mushaf tercetak dewasa ini. Kerana itu, tulisan ini juga akan mengutarakan bagaimana penyelesaian itu dengan penyuntingan Edisi Kritis al-Quran. “(Lihat makalah Taufik Adnan Amal berjudul “Edisi Kritis al-Quran”, dalam buku Wajah Liberal Islam di Indonesia [Jakarta: JIL, 2002], hlm. 78).
Dalam buku “Menggugat Otentisiti Wahyu”, hasil tesis master di Universiti Islam Negeri Yogyakarta (Dulu: IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta) yang ditulis oleh Aksin Wijaya, secara terang-terangan mengkritik kitab suci al-Quran. “Setelah kita kembalikan wacana Islam Arab ke dalam dunianya dan melepaskan diri kita dari hegemoni pengaruh budaya Arab, kini saatnya, kita melakukan keupayaan pencarian seruan Tuhan yang terperangkap dalam Mushaf Uthmani, dengan suatu metode dan pendekatan baru yang lebih kreatif dan produktif. Tanpa menidakkan besarnya peranan yang dimainkan Mushaf Uthmani dalam mentransformasikan firman Tuhan, kita terlebih dahulu menempatkan Mushaf Uthmani itu setara dengan teks-teks lain. Dengan kata lain, Mushaf itu tidak sakral (suci) dan kebal, melainkan profan dan fleksibel. Yang sakral dan absolut hanyalah firman Tuhan yang terdapat di dalamnya, yang masih dalam proses pencarian. Kerana itu, kini kita dibolehkan bermain-main dengan Mushaf tersebut, tanpa rasa terbeban sedikit pun, beban sakraliti (kesucian) yang melingkupi perasaan dan fikiran kita.” (Aksi Wijaya, Menggugat Otentisitas Wahyu Tuhan [Yogyakarta: Safiria Insania Press, 2004], hlm. 123).
Dalam bahagian lain buku terbitan JIL tersebut, dinyatakan, bahawa al-Quran adalah perangkap bangsa Quraisy’, seperti dinyatakan oleh Sumanto Al-Qurtubhy, alumni Fakulti Syariah IAIN Semarang. Ia menulis: “Di sinilah saya ingin menyebut teks-teks Islam klasik merupakan ‘perangkap bangsa Arab’, dan al-Quran sendiri dalam beberapa hal sebenarnya juga boleh menjadi ‘perangkap’ bangsa Quraisy sebagai suku majoriti. Ertinya, bangunan keislaman, tidak terlepas dari jaring-jaring kekuasaan Quraisy yang dulu berjuang keras untuk menunjukkan eksistensinya di tengah suku-suku Arab lain.” (Sumanto Al-Qurtubhy, “Membongkar Teks Ambigu”, dalam Abd. Muqsith Ghazali (ed) Ijtihad Islam Liberal [Jakarta: JIL, 2005], hlm. 17).
Cara yang lebih halus dan nampak akademik dalam menyerang al-Quran juga dilakukan dengan mengembangkan pengajian kritik al-Quran dan pengajian Hermeneutika di Perguruan Tinggi Islam. Antara tokoh-tokoh terkenal dalam pengajian ini adalah Prof. Dr. Nasr Hamid Abu Zayd dan Mohammad Arkoun.
Kumpulan Islam Liberal dalam mengkritik al-Quran menggunakan metode pentafsiran hermeneutika iaitu “to understand the discourse just as well as even better than its creator” (Freidrich Schleiemenrcher “The Hermeneutics: Outline of the 1819 lectures”, dalam Hermeneutic Tradition, 1990, m.s.93). Pada awalnya Hermeneutika ini digunakan oleh pemikir Barat untuk memahami kitab Bible , sebab kitab Bible merupakan kitab yang mempunyai banyak persoalan yang tidak jelas. Islam Liberal menggunakan metode pentafsiran ini untuk mentafsirkan al-Quran (lihat Adnin Armas, Pengaruh Kristian-Orientalis terhadap Islam Liberal, 2003). Malahan Nasr Hamid Abu Zayd telah menjadikan hermeneutika dan “textual criticism” sebagai kaedah yang terbaik dalam mentafsirkan al-Quran (Mafhumun Nash; Dirasah fi Ulumil Quran, m.s.9).
Demikian juga dengan Muhammad Arkoun yang menyatakan bahawa hermeneutika adalah cara terbaik untuk mentafsirkan al-Quran sebab dengan hermeneutika kita dapat menafsirkan al-Quran sesuai dengan tinjauan sejarah, sosiologi, dan antropologi sehingga dengan demikian kita akan menolak bentuk pentafsiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan secara teologis dan tradisional (Muhammad Arkoun, Rethinking Islam, 1994, m.s.36) Dengan pernyataan ini Arkoun menganggap bahawa al-Quran itu tidak suci dan mulia, sama dengan buku yang dapat dianalisa dan dikaji sesuai dengan keadaan dan situasi tertentu.
Sebenarnya pengajian kritik al-Quran merupakan program dari Orientalis Barat untuk menyerang kitab suci umat Islam. Dr. Ernest C. Colwell, dari School of Theology Claremont, misalnya, selama 30 tahun mengkaji bidang ini dan telah menulis satu buku berjudul “Studies in Methodology in Textual Criticism on the New Testament”
Pesatnya pengajian kritis Bible itu telah mendorong golongan Kristian-Yahudi untuk “melirik” al-Quran dan mengarahkan hal yang sama dilakukan terhadap al-Quran. Pada tahun 1927, Alphonse Mingana, paderi Kristian yang berasal dari Iraq dan pengarah di Universiti Birmingham Inggeris, mengumumkan, “Sudah tiba masanya sekarang untuk melakukan kritik teks terhadap al-Quran sebagaimana telah kita lakukan terhadap kitab suci Yahudi yang berbahasa Ibrani-Arami dan kitab suci Kristian yang berbahasa Yunani.”
Demikianlah beberapa pemikiran Islam Liberal yang sangat berbahaya, apa lagi jika pemikiran mereka telah masuk ke institusi pendidikan Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh Donald Rumsfeld : “ Amerika Syarikat perlu menciptakan lembaga bantuan kewangan untuk mengubah kurikulum pendidikan Islam yang radikal menjadi moderat. Lembaga pendidikan Islam dapat lebih cepat melahirkan pengganas baru, lebih cepat dibandingkan kemampuan Amerika untuk menangkap atau membunuh mereka” (Harian Republika, 3/12/2005).
Sokongan Barat terhadap Islam Liberal
Pada tahun 2003, RAND Corporation juga telah mengeluarkan beberapa cadangan kepada pemerintah AS yang bertajuk : “Civil Democratic Islam: Partners, Resources, and Strategies”. The RAND adalah singkatan kepada “Research and Development” ditubuh pada 1946 sebagai satu projek penyelidikan (Projek RAND) khusus untuk Pasukan Tentera Udara Amerika (United States Army Air Forces). Projek RAND ini dibangunkan oleh Douglas Aircraft (Douglas Aircraft Company) di Santa Monica, California. Dua tahun kemudian (1948), dengan bantuan tajaan Ford Foundation, Projek RAND telah menjadi institusi penyelidikan tersendiri yang dinamakan RAND.
Cadangan RAND Corporation mencadangkan pemerintah AS itu supaya menjalin kerjasama dengan kelompok modernis dan tradisionalis termasuk kelompok-kelompok Sufi untuk membendung perkembangan kelompok fundamentalis yang dianggap menghalang perkembangan demokrasi. Strategi untuk kelompok modernis:
1. Menerbitkan dan menyebarkan hasil kerja mereka dengan cara disubsidi.
2. Mendorong mereka menulis dalam media massa khusus kepada golongan pemuda.
3. Menerapkan pandangan-pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam.
4. Memberikan mereka platform dalam masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan hujah-hujah perdebatan terhadap asas agama sebagai perdebatan antara kaum fundamentalis dengan tradisionalis. Yang mana mereka memiliki website, rumah produksi (production house), sekolah, institut dan pelbagai kemudahan lain dengan tujuan untuk mencabar pemikiran mereka.
5. Menjadikan sekularisme dan modernisme sebagai pilihan counterculture kepada pemuda muslim yang belum terpengaruh.
6. Mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah pra-Islam yang tidak Islamik melalui media dan kurikulum di negara-negara yang relevan.
7. Membantu pembangunan organisasi sivil yang bebas untuk mempromosikan budaya sivil dan mendorong penduduk tempatan untuk mendidik diri mereka tentang proses politik.

Strategi untuk kaum tradisionalis:
1. Menerbitkan kritikan-kritikan terhadap kekerasan fundamentalis dan kaum ekstrimis.
2. Mendorong wujudnya pertentangan antara tradisionalis dan fundamentalis.
3. Menghalang gabungan antara kaum tradisionalis dan fundamentalis.
4. Mendorong kerjasama antara golongan tradisionalis dengan golongan modernis.
5. Mendidik kelompok tradisionalis dengan memberikan fakta-fakta kepada mereka agar dapat berdebat melawan golongan fundamentalis kerana kelompok fundamentalis dianggap sering memiliki retorik yang lebih hebat.
6. Meningkatkan imej dan profil golongan modernis di institusi tradisionalis.
7. Membezakan pelbagai aliran tradisional dan mendorong mereka agar memiliki persamaan dengan golongan modernis.
8. Mendorong populariti dan penerimaan golongan Sufi.

Starategi untuk melawan kelompok fundamentalis :
1. Melawan tafsiran mereka terhadap Islam dengan menampakkan ketidakrelevanannya.
2. Membongkar hubungan kaum fundamentalis dengan golongan radikal.
3. Menerbitkan kesan tindakan kekerasan mereka.
4. Menunjukkan bukti-bukti ketidakmampuan mereka dalam memimpin dan membangunkan sesebuah negara dan komuniti mereka.
5. Menyebarkan peringatan khususnya kepada generasi muda, penduduk tradisionalis yang soleh, golongan minoriti di Barat dan kaum wanita.
6. Melarang diberikan penghormatan terhadap kaum fundamentalis, ekstrimis dan teroris. Melabelkan mereka sebagai pihak perosak dan pengecut serta bukan sebagai pahlawan.
7. Mendorong para jurnalis untuk menyiasat isu-isu korupsi, sikap hipokrit dan tindakan tidak bermoral kelompok fundamentalis dan teroris.
8. Mendorong perpecahan di antara kelompok fundamentalis.

Jaringan Islam Liberal
RAND Corporation pada tahun 2007 juga telah menerbitkan sebuah hasil laporan yang dipimpin oleh mantan wakil Jabatan Pertahanan AS, Angel Rabasa yang bertajuk: “Building Moderate Muslim Networks”. (Membina Rangkaian-rangkaian Muslim Moderat). Buku ini mendedahkan pelbagai strategi kenapa Amerika Syarikat bersungguh-sungguh membina rangkaian Muslim Moderat di seluruh dunia Islam, strategi-strategi pembinaan rangkaian dan memperincikan secara mendalam apakah fungsi-fungsi mereka serta bentuk negara Islam yang diimpikan oleh negara pembekal demokrasi itu.
Dalam bahagian penghargaan laporan itu RAND Corporation mengucapkan ribuan terima kasih kepadaAnwar Ibrahim dari Malaysia, bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu sedang mengajar di Universiti Georgetown, Amerika. Tiada nama lain yang dicatatkan dalam buku itu dari Malaysia kecuali nama Anwar Ibrahim sahaja, tetapi tujuh nama disebut dari Indonesia, empat orang dari Filipina dan tiga orang dari Singapura.
Dari Indonesia adalah : Ahmad Syafii Maarif, bekas Pengerusi Muhammadiyah; Abdul Mu’ti, Pengerusi Pemuda Muhammadiyah Pusat; Azyumardi Azra, Rektor Universiti Islam Negeri; Ulil Abshar-Abdalla, penyelia Jaringan Islam Liberal (JIL); M Syafi’i Anwar, Pengarah Eksekutif Pusat Islam Antarabangsa & Pluralisme (ICIP); Jusuf Wanandi, Pengerusi Lembaga Pengarah – Pusat Strategik Dan Kajian Antarabangsa (CSIS)/Presiden The Jakarta Post Daily dan Rizal Sukma Pusat Kajian Strategik Dan Antarabangsa Jakarta. Dari Filipina : Carolina Hernandez, Presiden Institut Strategik dan Kajian-kajian Pembangunan (ISDS); Amina Rasul-Bernardo, Majlis Islam Dan Demokrasi Filipina (foto); Carmen Abubakar, Institut Kajian-kajian Islam Universiti Filipina dan Taha Basman, Pusat Islam Moderat Filipina (CMM).
Manakala dari negara Singapura adalah: Duta besar Tommy Koh; Sue-Ann Lee, penganalisis Islam Singapura dan Suzaina Kadir, Universiti Nasional Singapura.
Berdasarkan nama-nama di atas, kebanyakan aktivis Islam yang dijemput untuk memberi idea adalah kelompok yang dilabel sebagai Muslim Liberal yang terlibat dalam memperjuangkan demokrasi, liberalisme dan pluralisme agama.
Antara nama dan badan yang disenaraikan adalah : Hillel Fradkin, Pengarah,Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World, Hudson Institute; Duta Dennis Ross dan Robert Satloff dari The Washington Institute Untuk Dasar Timur Dekat; Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir, Dan Scott Flipse dari US Commission on International Religious Freedom; Paul Paul Marshall dari Freedom House; Abdeslam Maghraoui dan Mona Yacoubian dari United States Institute of Peace; Daniel Pipes dan Stephen Schwartz, pemikir Yahudi yang kritikal mengenai Islam; Adam Garfinkle, Radwan Masmoudi dari the Center for the Study of Islam and Democracy (CSID); Michael Whine, Pemangku Pengarah Hubungan Jemaah Yahudi British.
Selain itu badan itu turut berterima kasih kepada John Esposito, Universiti Georgetown; Steven Cook, Council on Foreign Relations; ; Juliette Kayyem, Universiti Harvard; Duta Daniel Kurtzer, Princeton University; Joseph Nye, Universiti Harvard; Gary Sick, Columbia University; Ross Johnson, yang menjayakan Projek Radio Liberty dengan kerjasama CIA; J. Scott Carpenter, Timbalan Setiausaha Negara untuk Timur Hampir; Alberto Fernandez, Biro Hal-ehwal Ketimuran Dekat, Jabatan Negara; serta pegawai kerajaan AS berkhidmat di dalam the United States Agency for International Development (USAID) dan Jabatan Negara, serta ahli-ahli kakitangan kongres.
Manakala dari Timur Tengah, turut disenaraikan nama-nama berikut : Shamlan Al-Essa, Pengarah, Pusat Strategik dan Kajian Masa Hadapan, Universiti Kuwait; Ahmed Bishara, Setiausaha Kuwait National Democratic Movement; Mohammed Al-Jassem, ketua pengarang akhbar Al-Watan, Kuwait; Shafeeq Ghabra, Presiden Universiti Amerika Kuwait dan Mohamed Al Roken, Dekan Fakulti Penolong Sharia Law Di Universiti Di Al Ain; Uni Arab Emirate.
Laporan ini bertujuan untuk membentuk model jaringan muslim moderat khususnya di dunia Islam yang dianggap memiliki pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum fundamentalis.
Di dalam dokumen tersebut turut dinyatakan AS akan mendapat pelbagai keuntungan sama ada secara tersurat ataupun tersirat dari penyebaran agenda nilai-nilai demokrasi liberal iaitu: nilai kesamaan (values of equity), toleransi, pluralisme, penegakan hukum (undang-undang) dan hak asasi manusia (HAM).
Dalam mengusahakan perkara tersebut, Jabatan Luar Negara AS bersama dengan USAID (U.S. Agency for International Development) ditugaskan khusus untuk mempromosikan nilai-nilai di atas. Untuk menterjemahkan dasar ini dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar Negara AS dan USAID telah memberi kontrak projek kepada beberapa NGO, di antaranya NED (National Endowment for Democracy), IRI(International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute), TAF (The Asia Foundation), danCSID (Center for the Study of Islam and Democracy). Kesemua NGO tersebut ditaja sepenuhnya oleh pemerintah AS.
The Asia Foundation sendiri dianggap sebagai organisasi yang paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai “model” penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah.
Strategi Untuk Membina Muslim Moderat
Langkah pertama adalah persetujuan kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya untuk membina rangkaian Muslim Moderat mengikut kaedah berikut:
1. Menentukan kriteria yang membezakan antara Muslim Moderat dan Muslim Fundamentalis. Penjelasan takrif Muslim Moderat ini penting kerana dibimbangi golongan Muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi Muslim Moderat.
2. Mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya.
3. Proses pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan, dan menyelia program-program, projek-projek, dan keputusan-keputusan yang telah dan bakal dilaksanakan.

Untuk membina jaringan rangkaian Muslim Moderat, laporan itu mencadangkan keutamaan seharusnya diberi kepada :
1. Muslim Liberal dan akademik Islam sekular yang cerdik pandai.
2. Sarjana-sarjana muda dalam bidang keagamaan yang moderat.
3. Aktivis-aktivis masyarakat.
4. Kumpulan-kumpulan wanita yang memperjuangkan persamaan jantina.
5. Wartawan-wartawan dan penulis-penulis yang berfikiran moderat.

Dari segi bantuan kewangan, laporan ini mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek berikut :
1. Pendidikan demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan penggunaan teks-teks dan tradisi-tradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.
2. Media. Menaja berkembangnya media moderat sebagai usaha untuk membendung dominasi media anti demokratik dan unsur-unsur Islam yang konservatif.
3. Kesamaan jantina. Memperjuangkan hak-hak isu wanita dan peguambela hak-hak wanita . Promosi kesamaan jantina adalah satu komponen penting dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.

Kesan Strategi RAND Corporation di Indonesia
Di dalam laporan tersebut juga turut dipaparkan beberapa institusi di Asia Tenggara khususnya Indonesia yang menjadi cabang utama jaringan AS. Institusi tersebut adalah organisasi Muslim terbesar di Indonesia yang dianggap moderat iaitu Nahdatul Ulama (NU) dengan 15,000 sekolah agama yang menjadi ahlinya dan Muhammadiyah dengan sokongan institusi pendidikan tinggi dan institusi sosial termasuk Center for the Study of Religion and Civilization (diketuai oleh Pramono Tanthowi, berpusat di Jakarta), satu institusi di luar Muhammadiyah yang aktif berkempen demokrasi liberal.
Organisasi lain yang dianggap cukup kuat adalah JIL (Jaringan Islam Liberal) yang didirikan pada tahun 2001 oleh Ulil Absar. Salah satu misi institusi ini adalah untuk menghalang perkembangan pengaruh dan kegiatan kelompok militan dan radikal Islam di Indonesia.
Meskipun begitu, institusi pendidikan dianggap sebagai kunci dalam pengembangan liberalisme. Institusi tersebut antara lain:
1. Pondok dan Madrasah : Majoriti pondok di bawah payung NU. Begitu juga madrasah di bawah jaringan Muhammadiyah dan Persis (Persatuan Islam). Menurut laporan RAND Coporation kurikulum sekular telah dimasukkan ke dalam institusi tersebut meskipun pendidikan Islam tetap menjadi fokus.
2. Pusat pengajian tinggi : Universiti Islam yang terdiri daripada Universiti Negeri Islam (UIN)-dahulu dikenali sebagai IAIN-termasuk 47 buah institusi pengajian tinggi dengan lebih daripada 100,000 mahasiswa. Universiti Muhammadiyah yang terdiri daripada 35 buah universiti serta 160 institusi sokongan. Sama ada IAIN (Institut Agama Islam Negeri) dan universiti-universiti Muhammadiyah telah menganut idea pluralisme dan demokrasi. Universiti Gajah Mada juga telah menubuhkan Center for Religious Cross-Cultural Studies atas arahan daripada mantan Menteri Luar Negara, Alwi Shihab.
3. Media Massa : Salah satu media yang paling berpengaruh adalah Jaringan radio Islam yang bertajuk “Liberal Religion and Tolerance”. Transkrip dialog ini telah diterbitkan oleh akhbar Jawa Post dan turut disebarkan oleh lebih daripada 70 media.
4. Institusi Demokrasi : Salah satu organisasi yang termasuk dalam kategori ini adalah Lembaga Kajian dan Pengembangan Sumberdaya Manusia (Lakspedam), salah satu institusi NU yang terlibat dalam pendidikan pengundi di Jatim yang ditaja oleh Asia Foundation dan Ford Foundation. Badan lainnya adalah PM3 LSM yang berasaskan madrasah, aktif melakukan diskusi tentang peranan negara dalam mengatur agama.
5. Usaha Pembangunan Jaringan Serantau: Asia Tenggara dianggap sebagai salah satu pusat pengembangan jaringan serantau. Salah satu pelopor organisasi serantau tersebut adalah International Center for Islam and Pluralism (ICIP) yang ditaja oleh Ford Foundation. Misi organisasi ini adalah membangun jaringan NGO Muslim dan aktivis dan intelektual muslim yang progresif di kawasan Asia Tenggara (dan akhirnya di seluruh dunia). Mereka adalah platform untuk menyebarkan idea-idea pemikir-pemikir muslim moderat dan progresif yang bertaraf antarabangsa.
Dalam penjelasan lanjut mengenai modul pembinaan rangkaian Muslim Moderat oleh RAND Corporation ini, Angel Rabasa penganalisis kanan RAND Corporation menjelaskan berikut : “Perjuangan dalam kebanyakan dunia Islam hari ini adalah perang idea”. Katanya lagi “Ini bukan satu bentuk peperangan antara tamadun -bukan Islam lawan barat – tetapi peperangan idea antara Islam sesama Islam dalam menentukan takrif mereka, Islam Liberal atau Islam Radikal”.
Menurut Rabasa lagi Amerika Syarikat mempunyai satu tanggungjawab penting memberi bantuan kepada Islam Moderat sama seperti peranan yang telah dimainkan oleh Amerika dalam peperangan dengan komunis. Semasa perang dingin, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya membina kebebasan dan jaringan demokratik dengan menyediakan institusi serta pasukan bertindak balas. Pasukan ini yang telah diserapi oleh ideologi komunis iaitu melalui kumpulan politik, belia, pertubuhan-pertubuhan pelajar dan kelompok-kelompok lain. Menurutnya selepas kejayaan ke atas Perang Dingin, maka kini usaha ditumpukan kepada Islam.
Dalam menentukan takrif Muslim Moderat, Rabasa menyenaraikan definisi berikut : Orang yang memperjuangkan demokrasi; memperjuangkan hak asasi manusia termasuk kesamaan jantina dan kebebasan agama; penerimaan sumber undang-undang tanpa mazhab dan melawan keganasan.
Kesimpulan
Dari penjelasan tentang pemikiran Islam di atas dapat kita simpulkan bahawa pemikiran Islam Liberal adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah umat Islam, dan menyalahi prinsip-prinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak.
Pemikiran Islam Liberal adalah merupakan bentuk bidaah yang besar dalam agama yang boleh menjejaskan akidah umat Islam hari ini dan generasi akan datang. Bidaah bukan hanya berlaku dalam amalan, tetapi juga dalam akidah dan pemikiran. Malah bidaah dalam akidah dan pemikiran lebih berbahaya daripada bidaah dalam amalan kerana ia boleh merosakkan iman dan mengeluarkan seseorang daripada keyakinan agamanya.
Jika pada zaman dahulu pelopor kepada bidaah akidah dan pemikiran ialah golongan Muktazilah, Jabariyah, Murji’ah dan sebagainya, maka pada zaman hari ini bidaah pemikiran dipelopori oleh golongan Islam liberal yang membawa masuk belbagai ideologi asing dalam masyarakat muslim seperti pemikiran dan ideologi sekular, rasionalisme, demokrasi, pluralisme, hermeneutika, dan sebagainya yang bertentangan dengan akidah Islam.
Akhirnya , umat Islam harus selalu waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang akan merosak keyakinan. Tidak kira sama ada pemikiran tersebut mempunyai nama-nama yang telah berganti seperti Islam Moden, Islam Liberal, Islam Rasional, Islam Post-Moden dan sebagainya. Jalan Islam hanya satu, iaitu Islam yang sesuai dengan nas-nas kitab suci al-Quran, dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis yang mutawatir, di samping yang telah dijelaskan dan ditempuh oleh ulama-ulama mujtahid ahli sunah waljamaah.
Setiap muslim harus meyakini bahawa hanya agama Islam satu-satunya agama yang benar sebagaimana firman Allah : “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali Imran : 19) “Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Ali Imran : 85) “Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu daripada jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa” (Surah al-An’am : 153)
Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain, tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain, sebab agama yang benar hanyalah agama Islam sedangkan agama lain adalah agama yang bathil. Oleh sebab itu pluralisme agama adalah bertentangan dengan akidah Islam. Demikian juga dalam bidang syariah, Islam mengakui ada hal-hal yang bersifat keyakinan dan hukum yang bersifat tetap tidak berubah, iaitu hukum-hukum yang telah ditetapkan dengan dalil-dalil dan nas yang qat’ie, berdasarkan nas al-Quran dan Hadis.
Walaupun di sana terdapat hukum ijtihad yang dapat berubah tetapi tetap di bawah panduan nas-nas al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Oleh sebab Islam menolak kebebasan berfikir dalam hukum-hukum syariah, apalagi sampai merubah sesuatu yang sudah tetap dan “muhkamat” dari al-Quran dan Hadis.
“Dia-lah yang menurunkan kitab (al-Quran) kepada kamu, di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamat (ayat-ayat yang mempunyai pengertian dan hukum yang tetap dan pasti) , Itulah pokok-pokok isi al-Quran dan yang lain ayat-ayat mutasyaabihaat (ayat-ayat yang mempunyai makna dapat ditakwilkan). Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari takwilnya, Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah, dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang yang berakal.” (Surah Ali Imran : 7)
Bagi Islam liberal semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan sesuai dengan akal fikiran mereka, padahal Allah sudah menyatakan bahawa tidak semua ayat itu dapat ditakwilkan, tetapi sebahagian ada yang tetap dan pasti, dan jika ada yang dapat ditakwilkan, maka pentakwilan tersebut tidak dapat dilakukan oleh semua orang tetapi mereka yang sudah memiliki ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukum dan prinsip-prinsip pengambilan hukum berdasarkan nas al-Quran dan nas hadis–hadis Rasulullah.
Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasar rasional dan akal semata-mata, ia merupakan jalan menuju kesesatan. Begitu juga akal fikiran itu dipandu oleh hawa nafsu sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran : “Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat dari agama itu Maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui” (Surah Al-Jasiyah : 18)
“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu pengetahuan dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan menutup penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran” (Surah al-Jasiyah : 23)

Semoga tulisan ringkas ini dapat membangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran akidah pada saat ini, dan semoga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan agar kita mendapatkan cara dan ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan pemikiran Islam Liberal, sehingga umat Islam dan kebenaran agama Islam tetap terpelihara hingga akhir masa. Wallahu A’lam.
Lampiran
http://media-islam.or.id/2007/09/27/fatwa-mui-pluralismeislam-liberal-sesat/
Fatwa MUI – Pluralisme/ Islam Liberal Sesat
Berikut adalah Fatwa MUI yang menyatakan faham Pluralisme yang didukung kelompok Islam Liberal sesat.
KEPUTUSAN FATWA MAJLIS ULAMA INDONESIA
Nomor : 7/MUNAS VII/MUI/II/2005
Tentang PLURALISME, LIBERALISME DAN SEKULARISME AGAMA
Majlis Ulama Indonesia (MUI), dalam Musyawarah Nasional MUI VII, pada 19-22 Jamadil Akhir 1246 H. / 26-29 Julai M.

MENIMBANG :
1. Bahawa pada akhir-akhir ini berkembang paham pluralisme agama, liberalisme dan sekularisme serta paham-paham sejenis lainnya di kalangan masyarakat;
2. Bahawa berkembangnya paham pluralisme agama, liberalisme dan sekularisme serta di kalangan masyarakat telah menimbulkan keresahan sehingga sebagian masyarakat meminta MUI untuk menetapkan Fatwa tentang masalah tersebut;
3. Bahawa kerana itu , MUI memandang perlu menetapkan Fatwa tentang paham pluralisme, liberalisme, dan sekularisme agama tersebut untuk di jadikan pedoman oleh umat Islam.

MENGINGAT :
1. Firman Allah : Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi (QS. Ali Imran [3]: 85)
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam (QS. Ali Imran [3]: 19)
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku. (QS. al-Kafirun [109] : 6).

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (QS. al-Azhab [33]:36).
Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan sebagai teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang
zalim. (QS. al-Mumtahinah [60]: 8-9).

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan. (QS. al-Qashash [28]: 77).
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (QS. al-An’am [6]: 116).
Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu. (al-Mu’minun [23]: 71).
1. Hadis Nabi SAW :
a) Imam Muslim (w. 262 H) dalam Kitabnya Shahih Muslim, meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW: “Demi zat yang menguasai jiwa Muhammad, tidak ada seorang pun baik Yahudi mahupun Nasrani yang mendengar tentang diriku dari Umat Islam ini, kemudian ia mati dan tidak beriman terhadap ajaran yang aku bawa, kecuali ia akan menjadi penghuni Neraka.” (HR Muslim).

b) Nabi mengirimkan surat-surat dakwah kepada orang-orang non-Muslim, antara lain Kaisar Heraklius, Raja Romawi yang beragama Nasrani, al-Najasyi Raja Abesenia yang beragama Nasrani dan Kisra Persia yang beragama Majusi, di mana Nabi mengajak mereka untuk masuk Islam. (riwayat Ibn Sa’d dalam al-Thabaqat al-Kubra dan Imam Al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari).
c) Nabi SAW melakukan pergaulan sosial secara baik dengan komunitas komuniti non-Muslim seperti Komunitas
Yahudi yang tinggal di Khaibar dan Nasrani yang tinggal di Najran; bahkan salah seorang mertua Nabi yang
bernama Huyay bin Aththab adalah tokoh Yahudi Bani Quradzah (Sayyid Bani Quraizah). (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim).

MEMPERHATIKAN : Pendapat Sidang Komisi C Bidang Fatwa pada Munas VII VII MUI 2005. Dengan bertawakal kepada Allah SWT.
MEMUTUSKAN MENETAPKAN : FATWA TENTANG PLURALISME AGAMA DALAM PANDANGAN ISLAM
Pertama : Ketentuan Umum Dalam Fatwa ini, yang dimaksud dengan:
1. Pluralisme agama adalah suatu fahaman yang mengajar bahawa semua agama adalah sama dan kerananya
kebenaran setiap agama adalah relatif; oleh sebab itu, setiap pemeluk agama tidak boleh mendakwa bahawa
hanya agamanya saja yang benar sedangkan agama yang lain salah. Pluralisme juga mengajarkan bahawa semua pemeluk agama akan masuk dan hidup dan berdampingan di syurga.
2. Pluralitas agama adalah sebuah kenyataan bahawa di negara atau daerah tertentu terdapat berbagai pemeluk agama yang hidup secara berdampingan.
3. Liberalisme adalah memahami nas-nas agama (al-Quran & Sunah) dengan menggunakan akal fikiran yang bebas; dan hanya menerima doktrin-doktrin agama yang sesuai dengan akal fikiran semata.
4. Sekularisme adalah memisahkan urusan dunia daripada agama. Agama hanya digunakan untuk mengatur hubungan peribadi dengan Tuhan, sedangkan hubungan sesama manusia diatur hanya dengan berdasarkan kes
epakatan sosial.

Kedua : Ketentuan Hukum
1. Pluralisme, Sekularisme dan Liberalisme agama sebagaimana dimaksudkan pada bahagian pertama adalah
fahaman yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
2. Umat Islam haram mengikuti faham Pluralisme Sekularisme dan Liberalisme
Agama.
3. Dalam masalah akidah dan ibadah, umat Islam wajib bersikap eksklusif, ertinya haram mencampur adukkan
akidah dan ibadah umat Islam dengan akidah dan ibadah pemeluk agama lain.
4. Bagi masyarakat muslim yang tinggal bersama pemeluk agama lain (pluralitas agama), dalam masalah sosial yang tidak berkaitan dengan akidah dan ibadah, umat Islam bersikap inklusif, ertinya tetap melakukan pergaulan sosial dengan pemeluk agama lain sepanjang tidak saling merugikan.

Ditetapkan di: Jakarta
Pada tanggal: 22 Jamadil Akhir 1426 H. 29 Julai 2005 M

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1486
Kategori : Sosial/Syariah
ALIRAN PEMIKIRAN LIBERAL: HUKUM DAN IMPLIKASINYA KEPADA ISLAM DI MALAYSIA
Isu : Mesyuarat sebulat suara bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-74 bahawa :

Keputusan :
1. Gerakan pemikiran liberal mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariah seperti berikut:

Aspek Akidah
a. Berpegang kepada Konsep Pluralisme
Konsep Pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Pluralisme agama berpendirian
bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respons yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung
(ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung.

b. Akal Manusia
Adalah Wahyu Aliran ini membahagikan wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks suasana zaman.

c. Meragui Ketulenan Al-Quran
Aliran pemikiran ini mendakwa al-Quran diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi pemilik bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad yang menjadi pembawa risalah juga terdiri daripada orang Arab.
Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah mesej budaya Arab.

Aspek Syariah
a. Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran al-Quran dan al-Hadis

Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.
Contohnya, mereka mendakwa syurga dan neraka tidak wujud melainkan kesan psikologi kegembiraan dan
kesedihan manusia. Hari akhirat ditafsirkan sebagai tidak wujud melainkan satu fasa untuk manusia mencapai
satu tingkatan kepada tingkatan yang lebih matang dan sempurna.

b. Menggesa Tafsiran Baru Konsep Ibadat
Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Quran, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Quran menempuh proses dekonstruksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat.
c. Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian
Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapa pun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Israk dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimpi yang tidak terjadi di alam realiti.
d. Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam
Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa al-Ta’dil dan sebagainya yang
telah secara Ijmak diterima sebagai metode dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai ciptaan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qatíe menurut mereka perlu dinilai
semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam.

e. Sikap Terhadap Hukum
Aliran pemikiran liberal ini mempunyai kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum Fiqah iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum.
2. Berdasarkan kepada ciri-ciri penyelewengan tersebut, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-74 bahawa:
“Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.”
Mesyuarat juga bersetuju agar keputusan ini tidak perlu diwartakan.
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1487
Kategori : Akidah
Resolusi Muzakarah Ulama 2006 Mengenai Pemurnian Islam Daripada Liberalisme Dan Pluralisme.
Isu :

Keputusan :
Mesyuarat bersetuju menerima pakai resolusi Muzakarah Ulama 2006 pada 14-16 Jamadilawal 1427H/11-13 Jun 2006 bahawa:
“Aliran pemikiran Islam Liberal dan fahaman pluralisme agama (menyamakan semua agama/mengakui kebenaran semua agama) sebagai penyimpangan serius dan berbahaya. Ia adalah sebahagian daripada agenda al-ghazw al-fikriyy (serangan pemikiran) yang didalangi oleh kaum orientalis dan dilatari oleh pengaruh faham asing seperti sekularisme, modenisme dan pascamodenisme. Pemikiran liberal dan plural dalam konteks tersebut jelas
menggugat pokok-pokok ajaran Islam serta mencemarkan kemurnian dan ketulenannya, termasuk:

a) Mencemarkan kemurnian tauhid (teras akidah Islamiyyah).
b) Menggugat kemutlakan al-Quran sebagai kitab suci, wahyu Ilahi (kalamullah).
c) Menggugat martabat kerasulan dan keluhuran peribadi Nabi Muhammad SAW
d) Menggugat autoriti al-Sunnah dan ijmak ulama.
e) Menggugat keunggulan syariat dan kedaulatannya.

sumber asal klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...