بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Jumaat, Februari 04, 2011

Najib perlu respons isu ‘Tanah Melayu’ Mahathir

Respons terhadap kata-kata Tun Dr. Mahathir bahawa Malaysia adalah 'Tanah Melayu' dan Melayu adalah teras negara ini, sangat menarik, terutama apabila ianya datang dari kelompok Pakatan Rakyat.

Dan sudah tentunya wakil Melayu dalam Pakatan yang akan memberi respons pantas ialah MAHFUZ OMAR. Bagi menunjukkan yang dia bukan 'rasis', maka Mahfuz Omar mempertikaikan kenyataan tersebut, sekalipun tidak lama dahulu, dia juga mengungkapkan bahawa keturunannya bukanlah Melayu asal, tetapi Melayu kacukan.... aneh, makhluk ini tidak sedar apa yang diucapkannya sangat bertentangan dengan penentangannya. Mengapa dia jadi Melayu kalau dia tidak percaya bahawa Melayu adalah dominan di negara dan wilayah ini? Mengapa dia tidak menyandarkan bangsa atau keturunan bapanya yang datang dari Benua Kecil Kalinga atau menamakan sahaja dirinya sebagai Keling, bukannya Melayu.

Mahfuz tentu tidak tahu bahawa pengiraan keturunan adalah daripada Paternity bukannya Maternity... kecuali dalam kes Melayu apabila Melayu menyerap segala bangsa yang mahu bertutur dalam bahasanya, menjalani resam dan adat istiadat bangsa Melayu, hidup dengan cara Melayu, dan yang lebih penting, beragama Islam... kaedah termudah untuk diterima sebagai bangsa Melayu.... kaedah yang tidak digunapakai dalam bangsa-bangsa yang lain di dunia ini, kecuali Melayu!!!

Dan Mahfuz PALING BANGANG apabila menganggap kata-kata Dr. Mahathir itu bermaksud menafikan hak kaum lain di Malaysia... walhal, sepanjang 53 tahun Malaysia merdeka dan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan, Artikel 152 dan Artikel 153 secara jelas mengatakan, hak-hak dan kebebasan kaum lain selain Melayu bebas diamalkan dan tidak boleh disekat!!!!

Namun yang paling menarik apabila respons daripada Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan yang mempertikaikan tentang persetujuan 'nenek moyang' dalam meletakkan teras Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan yang menyatakan seperti apa yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir. Walhal, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Raja-Raja Melayu sebagai payung negeri dan negara, Adat-Istiadat Melayu sebagai adat-istiadat rasmi kebangsaan dan agama Islam, iaitu agama yang dianuti oleh majoriti orang Melayu di negara ini sebagai agama rasmi negara, begitu jelas menujukkan Melayu telah diiktiraf sebagai dominan ketika Perlembagaan dirangka.

Memperkatakan tentang 'nenek moyang' seolah-olah ia merupakan perkara DOM-MAKHDUM, walhal Tony Pua sendiri hanyalah generasi ketiga atau keempat imigran yang datang ke Tanah Melayu yang belum pun sampai seratus tahun menjadi penduduk di salah sebuah wilayah Kepulauan Melayu ini.

Malah orang penting DAP seperti Chen Man Hin merupakan pendatang dari Cina yang dibesarkan di sini mengikut ibu bapanya, bukannya kelahiran Tanah Melayu pun!!!

Generasi Cina Peranakan yang sudah lebih 500 tahun berada di Tanah Melayu tidak sebising dan seberani puak-puak DAP mempersoalkan Melayu dan Tanah Melayu. Mereka kekal menerima Melayu sebagai teras negara ini walhal berbanding hampir 99.9% orang DAP adalah generasi kedua atau ketiga imigran yang masih belum 100 tahun berada di sini, begitu mempersoalkan dengan ungkapan 'nenek moyang' seolah-olah tempoh 100 tahun itu, sudah terlalu lama.

Dengar sahajalah Bahasa Kebangsaan mereka yang sangat daif sebagai membuktikan yang mereka masih 'baru' dan 'hijau' di wilayah ini!!!!

Secara tidak langsung, dapat dilihat tujuan utama mereka mempersoalkan kenyataan Dr. Mahathir adalah PENOLAKAN TOTAL MEREKA terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam sebagai Agama Rasmi, Adat-Istiadat Melayu sebagai Adat-Istiadat Rasmi dan Raja-Raja Melayu sebagai Kepala Negeri dan Negara.

Ianya tidak ada kena-mengena dengan 1Malaysia atau Bangsa Malaysia kerana baik 1Malaysia mahupun Bangsa Malaysia, teras kedua-duanya tetap pada Artikel 152 dan Artikel 153 yang di dalamnya turut tidak menafikan hak kaum dan agama lain.....

Author: CUCU TOK WAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...