بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 01, 2011

Keretapi lama bangkit nostalgia

SURA GATE – Keretapi adalah sistem pengangkutan utama yang terbukti berjaya memacu perkembangan ekonomi berasaskan perlombongan bijih besi suatu ketika dahulu. 

Namun, akibat penutupan lombong bijih di Bukit Besi pada awal 70-an, sistem pengangkutan ini terus lumpuh sehingga menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai bukan sahaja kepada individu yang pernah melalui zaman penuh nostalgia itu, malah kepada bangsa asing yang pernah bekerja di lombong yang dikuasai British. 

Tidak dinafikan, biarpun terdapat penambahbaikan terhadap sistem jalan raya di daerah ini, namun perkhidmatan keretapi dilihat masih relevan untuk merancakkan perkembangan ekonomi di suatu kawasan dan hal ini sudah terbukti di beberapa lokasi negeri lain di Semenanjung Malaysia. 

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu Cawangan Dungun, Abdul Wahab Yunus berkata, jika kerajaan ingin membangunkan ekonomi rakyat di sesuatu kawasan, sistem pengangkutan keretapi mesti diwujudkan terlebih dahulu kerana ia murah selain praktikal untuk mengangkut pelbagai hasil pertanian dan industri. 

“Kerajaan Negeri perlu memikirkan cara mewujudkan semula sistem keretapi di negeri ini selepas semua negeri lain di Pantai Timur dan Barat sudah mempunyai jalan keretapi, kecuali Terengganu yang tidak secara menyeluruh. 

“Kita harap pemimpin kerajaan meneliti perkara ini dan berusaha mencari jalan bagi memastikan ia menjadi keutamaan kerana sejarah membuktikan dengan adanya jalinan keretapi, Dungun menjadi terkenal ketika era kegemilangan Bukit Besi dahulu,” beliau berkata demikian ketika mengulas penemuan rel keretapi sepanjang kira-kira lima meter oleh pekerja binaan yang membina jalan di Sura Gate, pagi kelmarin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...