بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Sabtu, Februari 05, 2011

INSAF ! MELAYU AKAN HANCUR BERDERAI !

Di sini MiM sertakan komentar pembaca blog MiM. Perlu dikongsi bersama anda sekalian :-

1. Kami di Johor telah lama dengar isu yang sama di negara jiran yang merupakan rujukan kerajaan DAP Penang hari ini.

2. Jangan pandang mudah hal ini kerana ini hanya permulaan. Maka itu nama-nama jalan baru cuba mereka lakukan di Selangor dengan matlamat jangka panjang.

3. Walaupun dengan mejoriti 2/3 hasil sokongan Melayu PAS dan PKR, DAP lupa diri. Apa yang kita kesalkan Melayu PAS dan PKR tidak sedar diri!

4. Bayangkan jika mereka dapat menguasai kerajaan pusat. Gambarannya telah kita dapat lihat hari ini (selepas PRU12). Isu tuntutan-tuntutan luarbiasa dan tidak langsung menghormati Sistem Raja-raja Melayu dan kaum Melayu yang telah dijamin perlembagaan.

5. Pola taburan undi dalam PRK Dun Tenang di kawasan-kawasan Cina jelas mencerminkan bagaimana mereka solid dan terpimpin dalam hal undi. Ironinya masyarakat Melayu terus syok sendiri bagai ketam dalam bakul.

6. Wahai saudar-saudaraku orang Melayu/Islam, ingatlah kita sedang berdepan dengan rakan, jiran, penduduk, kenalan ... daripada kaum yang juga berstatus rakyat Malaysia tetapi punya cita-cita politik mereka sendiri.

7. Tidak tergamak rasnya untuk menggambarkan bagaimanakan peritnya kehidupan anak-cucu Melayu di tanah airnya sendiri akibat kesilapan percaturan politik Melayu hari ini.

8. Gambaran keperitan hidup Melayu Pulau Pinang adalah cerminan kegelapan Melayu masa hadapan jika gagal mempertahankan kuasa politik yang dimiliki hari ini.
Posted by MIM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...