بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 01, 2011

Perhimpunan Melayu Perak- Persediaan

Satu mesyuarat khas persiapan Majlis Perhimpunan Melayu Perak yang akan diadakan pada 26 Febuari 2011 di Pasir Salak. Menurut SMS yang disampaikan oleh Pengerusi PERKASA Daerah Kelang Sdr Abu Bakar yang turut hadir didalam mesyuarat tersebut.
Menurut sms tersebut beliau teruja dengan semangat yang di tunjukkan oleh dua orang Pemimpin Melayu yang berani, hebat serta lantang bersuara dalam hal memperjuangkan bangsanya.
Sepatut nya semangat ini ada pada pemimpin pergerakan pemuda. Yang pentingnya pertemuan ini berlaku d tempat yg bersejarah yg mana saorang pembesar melayu dengan beraninya telah merancang dan membunuh saorang pemimpin Inggeris yang di anggap pemusnah bangsa ( merujuk kepada sejarah Pasir Salak).
YB Datuk Ibrahim Ali (Presiden PERKASA) merangkap MP Pasir Mas dan YB Datuk Tajuddin Abd Raman (Pengerusi FELKRA) yang juga MP Pasir Salek. Kedua dua pemimpin ini amat d kenali kehebatan nya di dalam Dewan Rakyat dan mereka sama sama memiliki empayer pasir, satu Pasir Mas satu lagi Pasir salak.
Beliau turut menyeru kepada orang ramai khusunya rakyat Perak untuk turut serta didalam Majlis Perhimpunan Melayu Perak yang akan di adakan pada 26 Febuari ini dimana Tun Dr Mahathir Mantan Perdana Menteri Malaysia di jangka turut serta dan akan menyampaikan ucaptama pada hari pelancaran majlis tersebut.
“Mari kita beramai ramai turut serta didalam Perhipunan Melayu Perak pada tarikh dan tempat tersebut. Semoga dengan gandingan dua pemimpin hebat serta suntikan azimat daripada Tun Dr Mahathir Muhmmad akan menguatkan semula semangat untuk Perpaduan Melayu.” mengakhiri SMS tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...