بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 01, 2011

Penasihat Anwar, Ziauddin Sardar Juga Gay ?

AIDCNews – 01/02/11 – Seminar tentang “Critical Islam” di Dewan Seminar Tingkat 16, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya, pada 29 Januari lalu membuka satu dimensi baru.
Penceramah utamanya, Ziauddin Sardar, pengulas Datuk Seri Anwar Ibrahim, peserta majoritinya dari Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan penganjurnya, Institut Kajian Dasar (IKD), seolah-olah Anwar sedang mempersiapkan satu pasukan askar baru, generasi muda penyokongnya ke arah mencapai visi dan misi “Critical Islam” impian Ketua Umum PKR itu bersama Zia Sardar.
Pemikiran baru Islam, ‘Critical Islam’ atau ‘Kritikal Islam’ merujuk kepada kritikan-kritikan terhadap pemikiran lama Islam khususnya yang termaktub dalam Al Quran dan AsSunnah serta diwarisi oleh sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan para ulama Islam.

Zia Sardar tidak bersetuju Islam yang diamalkan sekarang. Islam perlu dirombak semula mengikut peredaran zaman, tanpa perlu merujuk kepada ijtihad ulama-ulama dahulu yang dianggap konservatif, tetapi menggunakan ijtihad baru dari golongan ‘cerdik pandai’ sepertinya.
Sebab itu dalam melaksanakan misi ‘Critical Islam’, pelbagai tulisan dihasilkannya untuk mengkritik Islam. Misalnya, tulisannya “Can Islam change?”, Sardar menyeru syariah Islam disusun semula mengikut acuan baru, kerana syariat Islam yang diwarisi dari para ijma-ulama sudah tidak sesuai pada masa kini. Klik di sini
Pemikiran Islam (‘Critical Islam’) Sardar hampir sama dengan Anwar Ibrahim iaitu mahu mewujudkanrevivalisme Islam pada zaman moden. Maksud Revivalisme Islam di sini , bukan sekadar diterjemahkan sebagai ‘Pembangunan Semula Islam’, tetapi lebih tepat mempertikaikan amalan syariah Islam yang dipegang secara turun temurun selama ini. Klik di sini
Apa yang mahu di’revivalisme’kan semula Syariah Islam ? ibadah ? muamalat ? munakahat ? jinayat ? Politik ? Dan persoalan yang paling penting perlu disoal, cukupkah syarat Zia Sardar mahupun Anwar Ibrahim untuk berijtihad merevivalkan semula Islam berbanding dengan para ambiya dan para ulama ?
Himpunan pemikiran Zia Sardar yang dibukukan bertajuk ” “Islam Tanpa Syariat : Menggali Universalitas Tradisi” yang diterbitkan PT Grafindo Khazanah Ilmu (Indonesia) merumuskan; “Matlamat akhir pemikiran Sardar adalah “memusnahkan akar-akar syariah” secara lebih ekstrim, sehingga memberi gambaran bahawa Islam yang ideal adalah ‘Islam tanpa syariat’. Pemikiran ini tidak jauh berbeza dengan gagasan para tokoh Liberal, seperti Fazlur Rahman, Abdullah Ahmed Naim, Mohammed Arkoen dan sebagainya. Klik di sini
Ulasan sokongan Anwar kepada ucapan Zia Sardar
Sebab itu kita tidak terkejut ulasan Anwar dalam Seminar tentang “Critical Islam” baru-baru ini menjurus kepada sokongan kepada pemikiran Sardar. Menurut Anwar, hanya dengan mempromosi ‘perbincangan inteletual’, mempraktik (baca : mengutamakan) toleransi antara agama. Letupan golongan yang berfahaman ektrim (baca : fundamentalis) merugikan Islam, sebaliknya Islam baru yang patut diketengahkan adalah Islam yang mengutamakan ‘Freedom’ (kebebasan).
Walaupun ringkas tulisan Anwar ditwitternya, tetapi sudah mengambarkan hala tuju dan pemikiran Islamnya. Ini juga tidak jauh bezanya dengan “12 Dalil Ucapan Anwar Di LSE Yang Bercanggah Akidah Islam” tahun lepas. Klik di sini
Ziauddin Sardar Juga Seorang GAY ?
Pertanyaan ini dibuat setelah membaca surat daripada LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) UK yang menyelar Sir Iqbal Sacranie berucap di Unite Against Fascism (UAF) conference kerana tokoh itu dianggap sebagai mendiskriminasi kumpulan LGBT. Klik di sini
Surat yang ditandatangani bersama oleh aktivis-aktivis LGBT iaitu Imam Mahmoud Ayaz Araon Saeed (Muslim Affairs spokesperson of OutRage!), Adnan Ali (founder of the UK gay Muslim group, Al-Fatiha), Ali Hili (Iraqi gay Muslim refugee), Ramzi Isalam (Algerian gay Muslim refugee) dan Peter Tatchell (campaign coordinator, OutRage) mencadangkan nama-nama penceramah alternatif iaitu Ziauddin Sardar atau Sheikh Dr Muhammad Yusuf atau Munira Mirza menggantikan Sir Iqbal Sacranie.
Rasheed Eldin dalm blognya “Eye on Gay Muslims” mempersoalkan gelaran “Imam Mahmoud Ayaz”. Adakah dia benar-benar seorang Imam ?
Kenapa Kumpulan homoseksual menyarankan tiga nama Islam “progresif” sebagai pembicara: “Ziauddin Sardar, Sheikh Dr Muhammad Yusuf atau Munira Mirza”, soal Rasheed Eldin.
Menurutnyanya lagi, Pandangan Islam Sardar sangat meragukan. Berkenaan ”Sheikh Dr” Mushamad Yusuf, dia pula merupakan pelopor dan mengetuai the “progressive and liberal” Interfaith Alliance UK. Pada mulanya, Yusuf “dilatih sebagai pegawai perubatan sebelum belajar dan memenuhi syarat sebagai seorang imam” atau atau dilatih sebagai seorang ahli falsafah, bercakap berkenaan “Abad Pertengahan Islam dan Wacana Falsafah Yahudi tentang Doktrin Triniti”. Klik di sini
Seorang pengomen bernama ‘mariah’ pula memberitahu Munira Mirza bukan Muslim. Dia adalah seorang atheis.
Jadi kenapa kumpulan homoseksual mencadangkan nama-nama tokoh yang pemikiran Islamnya telah rosak ? Malah seorang murtad, adakah kumpulan homoseksual mahu sokongan daripada tokoh-tokoh ini ?
Buku tulisan Sardar juga merupakan salah satu buku yang diiktiraf untuk bacaan kumpulan LGBT. Klik di sini
Zia Sardar pernah muncul di BBC1 bersama Nicky Campbell. Seorang penonton bernama Hassan terkejut besar apabila Zia Sardar bersetuju Gay, Lesbian atau Transeksual menjadi Imam.
“Saya juga hairan melihat seorang Muslim “Scholar” – Ziauddin Sardar berbicara tentang perlunya untuk berkembang nilai moral dan bahawa tidak ada ajaran agama harus dilihat sebagai abadi dan ketika Nicky Campbell bertanya apakah dia akan mengizinkan Gay, Lesbian atau Transexual (menjadi) Imam dia (Sardar) berkata “Ya! “- Saya hampir jatuh dari sofa!”, kata Hassan. Klik di sini
Apatah lagi, Zia Sardar juga pernah dilantik sebagai ‘commissioner for the Equality and Human Rights Commission’ pada tahun 2006 [klik di sini] yang dipimpin oleh aktivis LGBT bernama Ben Summerskill. Klikdi sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...