بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Selasa, Februari 01, 2011

Tuan Lembu perlu di sekolahkan - Dua kemalangan dalam seminggu

KAMPUNG LANDAS - Belum pun cukup seminggu kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler berlaku gara-gara lembu melintas, satu lagi kemalangan berlaku berpunca daripada haiwan berkenaan, malam semalam. 

Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira jam 10 malam itu membabitkan tiga sekeluarga yang menaiki sebuah kereta dari arah Jerangau Jabor menghala ke Ajil. 

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Landas, Muzir Salim berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan terlanggar seekor lembu yang berkeliaran di atas jalan raya. 

“Kemalangan tersebut menyebabkan kereta dinaiki kemek pada bahagian hadapan. 

“Namun, tiga beranak itu terselamat dan difahamkan mereka dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu,” katanya kepada Sinar Harian. 

Muzir berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan kemalangan gara-gara lembu berkeliaran di atas jalan raya di kampung itu. 

“Saya mewakili pihak JKKK melahirkan rasa kesal kerana pemilik haiwan berkenaan masih gagal mengurung haiwan ternakan mereka sehingga menyebabkan dua kemalangan dalam tempoh seminggu. 

“Kita merayu dan berharap individu yang mempunyai haiwan ternakan khususnya lembu lebih bertanggungjawab dengan mengambil langkah segera supaya lembu ini tidak terus dibiarkan berkeliaran,” katanya.

Dan apakah tindakan Majlis Daerah Tempatan mengenai perkara tersebut ?????? adakah perlu buat tanda untuk lembu-lembu melintas ??? bertujuan untuk mengalakkan lagi ????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...