بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t - Ayuh kita bangkit, mempertahankan nadi Bangsa Melayu, Agama dan Tanah Air tercinta dari mereka yang cuba menghancurkannya. Allahhuakhbar, Allahhuakhbar, Allahhuakhbar.
Email: perkasa_terengganu@yahoo.com.

Ahad, Januari 23, 2011

Apa Agenda Anwar & Khalid Dalam Asia Dialogue Society ?


AIDCNews – 22/01/11 – Di dalam perjumpaan tertutup Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ABIM dan bekas ABIM, di rumah Profesor Osman Bakar baru-baru ini, Anwar sehabis mungkin berusaha mengasingkan dirinya dengan Khalid Jaafar dan peranan gelap ke arah ‘menghancurkan’ Islam yang dimainkan oleh IKD (Institut Kajian Dasar) dan sekutu-sekutunya, termasuk MEGC (Middle Eastern Graduate Centre ), Jalantelawi.com, dan KSJT (Komuniti Seni Jalan Telawi). Termasuk juga peranan gelap ODC (Open Dialogue Centre) di bawah arahan Azmin Ali.
Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ke-6 ABIM yang lebih mengenali sikap Anwar ‘yang suka menafikan segalanya’ serta ‘sikap menyalahkan pihak lain yang tiada dalam mesyuarat itu’ terus mengasak hubungan Anwar-Khalid.
Persoalan Agenda Anwar-Khalid dalam IKD & Sekutu-Sekutunya
Berikut merupakan petikan perdebatan Dr Yusri dengan Anwar berkenaan peranan gelap IKD dan sekutunya.
“Buku Islam Pluralisme (yang diterbitkan oleh penulis IKD), dalam ini ada artikel John Hick, Asghar Ali Engineer, berapa banyak lagi buku-buku…”, kata Yusri.

Ketika ini Anwar cepat-cepat mencelah, “Itu (kena) serang Khalid Jaafar, jangan campur (dengan saya)..boleh lah refer. (tetapi) tak kan nak kaitkan dengan saya apa yang dilakukan Khalid”
Yusri membalas, “Tak kan Datuk Seri nak dakwa, Datuk Seri tak tahu, segala benda yang dijalankan (oleh Khalid)…(belum habis Yusri berhujah, terus dibalas oleh Anwar) “Tidak..tidak semestinya (saya tahu)”, kata Anwar yang bertujuan untuk memutuskan hubungannya dengan Khalid.
Melihat gelagat Anwar yang berusaha menafikan itu, Yusri membalas dengan pukulan keras, “Itu kesilapan awak, awak perlu bertanggungjawab (ke atas IKD), Dia (Khalid) menggunakan IKD, tak kan (awak) tidak tahu apa yang berlaku (kerana Khalid bekerja di bawah arahan Anwar).

Pukulan Yusri ini menyebabkan Anwar terkedu dan bekas Presiden ABIM itu meneruskan dengan mengemukakan topik lain.
Peranan Khalid, IKD dan sekutu-sekutunya dihujahkan kembali oleh sahabat lama Anwar, Ismail Mina.
Ismail : “Bila sebut Khalid Jaafar, saya dengan izin Allah, saya ingin menyebut bahawa (terdapat) 45 buku terbitan IKD. Mungkin Datuk Seri tak baca..
Anwar mencelah “Tak Sampai (jumlah itu)”
Ismail menegaskan : “45 buah buku…saya bawa 10 buah buku malam ini..yang menulis tentang pekahwinan Islam dan bukan Islam boleh..buku-buku ini difinance oleh K.A.F. atau nama lain K.A..apa dia Datuk Seri ? KAS..Stiftung…Buat-buat tak tahu tu..

“(Antara buku itu ditulis oleh) Ahmad Wahid, saya baca buku itu lebih kurang tahun 80-an, saya baca lima kali. Khalid Jaafar re-print semula..baca buku ini (jadi) kafir..wa Nauzubillah..sebab itu saya minta Dato Hasyim Yahya datang untuk bagi penerangan..
Buku yang dimaksudkan oleh Ismail Mina adalah “Pergolakan Pemikiran Islam – Catatan harian Ahmad Wahib” yang diterbit dan ditaja oleh MEGC & KAS 2008. Klik di sini
Ketika Ismail menunjukkan bukti-bukti buku yang dibawanya pada malam itu, Anwar akhirnya mengakui, beliau bertanggungjawab ke atas Khalid Jaafar.
Anwar : “Baik lah..okay… kalau dah betul, bagi tahu lah (kepada saya), sebab Khalid ni… iya lah Khalid, ada juga sejarah dia, dia editor suara keadilan. Saya di penjara masa itu. Orang hantar (kepada saya) ada beberapa rencana yang sangat kontroversi, saya arah supaya dia (Khalid) diberhentikan”
Ismail : “Jadi (dalam keadaan ini seperti dalam kes suara keadilan) awak lah yang sepatutnya arahan (kepada Khalid)”
Baca perdebatan lengkap antara Dr Yusri, Ismail Mina dan Anwar berkenaan peranan IKD dan sekutu-sekutunya, sila klik di sini
Benarkah Anwar benar-benar tidak mengetahui peranan gelap Khalid, IKD dan sekutu-sekutunya seperti yang didakwa kepada sahabat-sahabat ABIM pada malam itu ?
Atau sebenarnya Anwar lebih mengetahui malah menjadi dalang yang bersembunyi di sebalik imej Khalid Jaafar dan Al Mustaqeem Mahmood Radhi ?
Islam & Pluralisme : Anwar Talam Dua Muka
AIDCNews dalam laporan bertajuk “Apa Motif Tersembunyi Badan Pemikir Anwar Terbitkan Buku Difatwakan Sesat ?” [klik di sini] mendedahkan Anwar sebenarnya mengetahui penerbitan buku-buku MEGC, malah turut mengecam pihak kerajaan sebagai ‘bebal’ apabila pengharaman buku “Islam dan Pluralisme’, salah satu buku terbitan MEGC & KAS.
“Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat ‘sapere aude’ danlazzatul makrifah, ghairah atau berahi dengan ilmu. Secara tuntas, ini menuntut kesediaan berwacana berdasarkan tradisi ilmiah, bukan sikap bebal, pantas menghukum atau mengharam karyadengan sewenangnya” kata Anwar pada 3 Februari 2008, di blognya, ketika menjawab pertanyaan Sapere Aude yang membangkitkan isu pengharaman 11 buku termasuk buku Islam & Pluralisme terbitan MEGC. Klik di sini

Sapere Aude, individu yang bertanya Anwar itu mungkin salah seorang aktivis IKD atau AIC kerana penggunaan nama itu yang bermaksud ““Berani Menggunakan Pemahaman Sendiri” pernah digunakan oleh Imanuel Kant yang bukunya amat popular di kalangan kader-kader IKD.
Jawapan Anwar yang bersimbolis ‘sapere aude’ dan ‘lazzatul makrifah’ satu kombinasi gabungan di antara Bahasa Pencerahan Peranchis dengan Bahasa Pencerahan Arab (Islam) sudah menunjukkan motif dan hala tujunya.
Bahasa simbolis orang-orang dalam inner circle. Hanya jauhari yang mengenal manikam !
Jawapan Anwar di atas bermaksud beliau menyokong usaha-usaha menerbitkan buku-buku yang kontroversi atau bercanggah dengan Islam semata-mata kerana ‘kelazatan’ (lazzatul makrifah) menimba ilmu. Sokongan dan semangat menimba ilmu-ilmu kontroversi itu sudah diamalkannya sejak 20 tahun lepas (dua dekad lalu) atau sekitar lewat 80-an.
Menurut Anwar, tujuan penerbitan buku-buku kontroversi itu untuk ‘membuka minda rakyat’ dengan wacana dan polemik, supaya rakyat boleh menilai sendiri yang baik dan buruk.
Anwar juga tidak setuju dengan langkah kerajaan membendung elemen yang tidak tidak sihat itu terus merebak, dengan mengharamkannya. Langkah ini ‘bebal’, kata Anwar. Sepatutnya dibenarkan buku-buku yang menyeleweng seperti buku buku “Islam dan Pluralisme”, kemudian serah kepada rakyat buat keputusan.
Maksudnya Anwar menyokong usaha penerbitan buku-buku seperti itu dan berusaha mempengaruhi rakyat dengan pemikiran tersebut, tetapi bersikap talam dua muka, berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kebebasan berfikir.
Perkataan ‘Sapere Aude’ yang digunakan oleh Anwar bermaksud adalah istilah yang popular digunakan oleh pendokong Islam Liberal  yang bermatlamat akhir untuk “Pencerahan Islam”. Klik di sini
Istilah ‘Sapare Aude’ mula-mula digunakan oleh Bapa ‘Pencerahan’ Eropah, Imanuel Kant yang menyeru agar persoalan agama diliberalkan dijadikan urusan peribadi dan diasingkan daripada pemerintahan.
Tokoh-tokoh Islam Liberal amat memuja pemikiran Kant ini, sepertimana yang dilakukan oleh IKD dengan menerbitkan buku “Apa Itu Pencerahan -Imanuel Kant pada tahun 2006. Klik di sini

Apa Itu Pencerahan (Enlightenment) ? . Menurut Kant, pencerahan kemampuan manusia keluar dari ketidakmatangan dengan menggunakan akal fikirannya sendiri. Moto pencerahan adalah ‘Sapere aude!’ iaitu ‘Beranilah menggunakan pemahaman sendiri!’.
Era pencerahan terbahagi kepada tiga zaman iaitu ‘Renaissance’(abad ke-15, zaman seni dan falsafah) ‘reformasi’ (abad ke-16, zaman memprotes agama) dan ‘Enlightenment” (abad ke-17, zaman Pencerahan).
Tokoh-tokoh zaman Renaissance seperti Galileo Galilei, Christopher Columbus, Leonardo da Vinci dan lain-lain [klik di sini]. Zaman Reformasi seperti, Martin Luther, John Calvin dan lain-lain [klik di sini].
Manakala tokoh-tokoh zaman ‘Enlightenment’ adalah John Locke, Immanuel Kant, David Hume, Jean-Jacques Rousseau, Adam Smith, Edmund Burke, Thomas Jefferson, Adam Weishaupt, dan lain-lain. Klik di sini
Berdasarkan keterangan ini, apakah tidak terfikir bahawa sikap Anwar semasa pertemuan dengan sahabat-sahabat ABIM pada malam itu, sekadar berpura-pura ?
Apa Agenda Anwar & Khalid Dalam Asia Dialogue Society ?
Khalid dan Anwar (bertanda bulat) sebagai Penasihat Asia Dialogue Society
Laporan di atas merupakan aktiviti dalam negara yang nampak seperti ‘pengasingan’ di antara Anwar dan Khalid. Tetapi di luar negara, peranan mereka adalah ‘bersatu’ di bawah organiasasi yang dinamakan “Asian Dialogue Society” (ADS).
Anwar Ibrahim dan Khalid Jaafar merupakan penasihat kepada organisasi ADS yang berpengkalan di Thailand itu.Klik di sini
Apa itu ADS ? Apa agenda mereka ? Kenapa Khalid dan Anwar dipilih mewakili Malaysia ? Semua persoalan ini perlu disoal kembali kepada Anwar dan Khalid.

Siapa penaja ADS ? Penajanya adalah HIVOS (kepunyaan Soros khusus dalam bidang seni), Hanns Seidel Stiftung (satu lagi Yayasan Kristian Jerman), Open Society Institute & Soros Foundations Network (kepunyaan Soros), The Asia Foundation (organisasi yang ditaja CIA), The Japan Foundation, The Nippon Foundation, The National Endowment for Democracy (NED), The Rockefeller Foundation, The Rotary Foundation, The Sasakawa Peace Foundation dan lain-lain. Klik di sini
Salah satu matlamat ADS adalah “Building a Better Asia”. Hal ini sama yang dilakukan oleh Anwar dan Khalid dalam Program Kepimpinan Muda Asian Renaissance, anjuran IKD dengan kerjasama the Sasakawa Peace Foundation, Japan (The Nippon Foundation) di Kenyir Lake Resort, Kenyir, Terengganu pada 21-26 Januari 2007 yang turut dihadiri oleh Suratno, pensyarah ‘sarang Islam Liberal Indonesia’, Universiti Paramadina. Klik di sini
Selain Anwar dan Khalid, penasihat-penasihat ADS juga turut hadir dalam program IKD di Kenyir. Mereka adalah Surin Pitsuwan (tenaga penting dalam The Asia Foundation) dan M. Rajaretnam di sini
Kali ini Anwar tidak boleh menggelakkan diri dengan menyisihkan nama Khalid, sepertimana yang dilakukan pada malam pertemuan dengan sahabat ABIM itu sengaja menyisihkan kedatangan Khalid.
Kalau Khalid sengaja tidak dijemput, berdasarkan bukan ahli ABIM, kenapa pula Anwar jemput Datuk Nazri Abdullah dan Zulkifli Ahmad, penyelidik PAS ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...